6 bulan kemudian....
Jari jemari ku berkali-kali menekan nombor Puan Raisha, namun di akhir nombornya aku batalkan niat untuk mendail nombor itu.
Aku rebahkan punggung ku ke atas katil sambil menghela nafas. Perlukah aku..... Hurm?
Selang beberapa minit sedang aku mengelamun, telefon bimbit ku berbunyi. Hurm macam tau saja pemanggil ni yang aku sedang fikirkannya.
RAISHA >> Assalamualaikum, Iman?
(Terkejut juga aku tiba-tiba dia call.)
IMAN >> Wa'alaikumussalam... Puan Raisha.
RAISHA >> Are you okey? Suara serak je tu? Awak sihat ke? Suami awak dah sihat ke?
IMAN >> Selesema batuk, Puan Raisha. Jadi suara saya serak sikit. Alhamdulillah suami pun dah selamat....."
(Sebenarnya.. Aku tipu ja yang aku dijangkiti selesema dan batuk. Suara serak aku ni adalah disebabkan benda lain. Belum sempat aku meneruskan kata-kataku, Puan Raisha sudah menyampuk. Mungkin dia ingat aku sudah habis berbicara tadi.)
RAISHA >> You remember apa yang saya cakap kali terakhir kita jumpa ritu.. Awak.. Saya dah anggap macam adik perempuan saya. Kat luar panggil je saya kak Raisha.
IMAN >> Baik Puan.. Eh kak Raisha.. Hurm, kenapa kak Raisha call Iman?
RAISHA >> Macam ni... Iman kenal kan, Mr Muthu?
IMAN >> Kenapa dengan Mr Muthu?
RAISHA >> Mr Muthu ok je. Macam ni, sebelum Iman berhenti kerja dulu, akak dan papa akak dah plan nak serahkan jawatan Muthu kepada Iman selepas Muthu pencen. Hujung bulan ni Mr Muthu last bekerja. So, sebab tu la akak call Iman sekarang ni. Iman nak tak kerja kembali dan gantikan tempat Muthu?
IMAN >> Betul ke, kak Raisha. I'm speechless. Akak tau tak, sebelum akak call, Iman memang nak call akak tanya pasal kerja.
RAISHA >> So, sekarang ni Iman dah bersedia nak kembali kerja la ya..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Raisha menutup pintu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Di angkat tangan kanan ya separuh ke dada untuk melihat waktu pada jam tangannya.
Hurm, mesti papa dah ada di meja makan ni.. Bisik Raisha. Jam 6.45 petang adalah waktu makan malam mereka sekeluarga.
Beg sendeng yang dipegangnya diletakkan di sebelah meja di bucu tangga.
Melihat tubuh tua Tan Sri Hamdi yang sudah beberapa suap memasukkan hidangan mak Temah ke dalam mulutnya.
Raisha lantas duduk di sebelah ayahnya. Mak Temah meluru ke arah Raisha sebaik sahaja menyedari kelibat Raisha yang baru pulang dari tempat kerjanya.
"Uwais mana, Pa? Tak turun makan sekali ka?"
Hairan Raisha kerana di luar rumah tadi dia perasan kereta milik adik kesayangannya ada terparkir di luar.
"Mak Temah cakap kawan dia datang ambil tadi. Balik rumah sekejap je terus keluar balik. Entah pukul berapa pula balik malam nanti."
Itu lah tabiat Uwais. Semenjak 6 bulan yang lalu, ketika Iman membuat keputusan terburu-buru untuk berhenti kerja, sikap liar Uwais kembali menjadi-jadi.
"Hurm ingatkan dah boleh move on sejak kena tolak cinta dari Iman. Akak pun tak faham lah Uwais ni. Isteri orang juga dia tergila-gilakan."
"Raisha dah tanya Iman untuk kembali bekerja ke syarikat kita? Papa rasa, kalau Iman kerja balik, mungkin Uwais serius kembali untuk bekerja. Walaupun dia tahu, dia tak dapat memiliki Iman untuk selama-lamanya, tapi kehadiran Iman memberi impact yang baik pada dirinya."
"Minggu depan dia masuk kerja, Pa. Maybe suami dia dah sihat dari pembedahan sebab itu dia dah bersedia untuk bekerja dengan kita."
Papa Raisha merasa sedikit lega mendengar kata-katanya itu. Sudah berbuih-buih dia menasihati Uwais supaya menjadi lelaki lebih matang seiring dengan usianya yang akan genap 32 tahun bulan depan.
"Tapi kan, Pa.... Sampai bila kita nak harapkan Iman mengubah Uwais. Iman pun ada life dia. Mana tahu, terlalu dalam dia simpan perasaan pada Iman, takut dia merosakkan pula rumahtangga Si Iman yang bahagia itu."
"Papa yakin dia takkan buat macam tu pada Iman. Raisha pun cakap kan, Uwais mengagumi Iman yang terlalu setia pada suaminya. Ini semua salah Mama yang dah rosakkan fikiran Uwais sejak dulu lagi."
"Dah la, papa.. Tak payahlah kenang perkara yang lepas. Sekarang ni, kita kena ajar Uwais untuk menyayangi kita, ahli keluarganya. Sometimes, dia boleh jadi adik dan anak yang mendengar perintah.."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kak Azean membuka pintu rumah sewanya sebaik sahaja mendengar salam dari ku. Kepalanya meliar-liar mencari sesuatu di belakang ku.
"Kak Yan cari apa?"
"Mana dia budak yang nak sewa sekali dengan akak ni?"
Oo patutlah keadaan Kak Yan sebegitu. Minggu lepas aku ada call dia untuk bertanyakan rumah sewa bujang yang dia duduki sekarang ini. Mungkin dia ingat aku ada bawa kawan untuk menjadi teman rumah sewanya.
"Kak Yan nampak kan, Iman sorang yang je yang bawa beg baju ni.. Jadi, Iman lah penyewa baru itu."
Kak Azean menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Masuk la dulu, Iman. Duduk la. Akak buat air minum jap."
Aku duduk di kerusi sebaris dengan meja yang terletak di dapur supaya Kak Azean tidak susah-susah menghidang air minuman yang dibuatnya di dapur.
"Suami Iman tak ikut sekali ke kerja di KL ni?"
Mendengar soalan tentang Akif, jiwaku mula tersentuh. Aku sedikit pun tidak boleh mendengar orang bertanyakan tentang Akif. Suara ku mula berubah.
"Dia dah meninggal 6 bulan yang lepas, kak. Selepas dia koma 2 hari dari pembedahan, dia meninggal kak."
Tangisan yang ku cuba hentikan sejak pemergiannya kembali terbit dengan sendirinya. Teresak-esak aku tanpa perasaan malu di hadapan Kak Azean. Di dalam hati rinduku pada arwah mula bertandang.
Selepas mendengar penjelasan ku, Kak Azean mengucap doa terhadap arwah dan lantas dia memeluk ku yang mahu memujuk suasana hiba ku.
"Akak minta maaf dah buat Iman bersedih. Akak tak tahu semua ini. Hmm, Iman bersabar ya. Akak tahu Iman kuat. Sesungguhnya setiap musibah dan dugaan yang kita terima, tanda Allah sayang kita. Ini bukan pengakhiran hidup kita, Iman. Terima la semua ini kerana Allah. Dah jangan sedih lagi. Nanti tak tenang arwah kat sana."
"Kak Yan, hanya akak sorang je yang tahu keadaan Iman. Iman tak nak semua orang di ofis tahu pasal ini. Hati Iman tak kuat kak kalau semua orang tahu. Iman datang sini pun sebab nak pulihkan jiwa Iman. Kalau kat kampung, Iman sentiasa rasa dia masih hidup. Setiap sudut Iman akan nampak bayangnya kak."
"Iman jangan risau.. Iman boleh percaya akak. Jom akak tunjuk bilik Iman dan berehatlah."
Hai semua... Selamat membaca...
Share this novel