BAB 27: Rindu bayangan

Drama Completed 30756

Aku menekup muka ke meja dengan perasaan menyesal kerana membalas layangan ciuman dari adik bos. Tiba-tiba alarm telefon bimbit ku berbunyi. Tertulis satu pemberitahuan tentang tarikh lahir arwah Akif yang jatuh pada tanggal esok hari. Aku membacanya.

"Maafkan Aulia', Akif. Maafkan Aulia'... " Ucapku dengan tangisan berlagu.

Sejenak kemudian, aku mengelap air mataku yang tidak berhenti mencurah disebabkan perbuatan adik bos dan rasa amarahnya pada sendiri membiarkan adik bos memperlakukanku begitu.

Selepas selesai kerja, aku bertekad untuk pulang ke kampung halaman ku segera.

Sebelum memulakan pemanduan, aku menghantar mesej kepada adik bos. Biarpun aku sedang memarahinya, keizinan darinya aku perlukan.

MALAM NI SAYA TAK BALIK. SAYA MINTA MAAF ABANG. SAYA HARAP ABANG IZINKAN SAYA UNTUK MENCARI KETENANGAN DIRI. UNTUK BEBERAPA HARI INI SAYA TIDAK MASUK KERJA.

Lima minit selepas mesej dihantar ke telefon bimbit adik bos, mesej itu baru dibukanya. Adik bos semakin gelisah. Aku hilang entah di mana. Hanya aku yang tahu ke mana langkah kakiku pergi. Dari gaya kata-kata yang ku tulis dalam mesej aku, dia tahu yang aku sedang menurut kan rasa mengkhianati disebabkan perbuatannya.

SAYANG KE MANA? PLEASE COME BACK TO ME. WE SHOULD TALK. MELARIKAN DIRI BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA.

Adik bos mencari ku di parkir kereta, tetapi ketika itu aku sudah pun memandu kereta ku keluar dari perkarangan syarikat.

We should talk? Talk tentang apa? Kau hampir musnahkan kesetiaan ku terhadap arwah Akif. Aku hanya akan menyayangi Akif. Tiada lelaki lain dapat rampas kasih sayangku terhadapnya. Aku sengaja tidak membalas mesej adik bos. Geram padanya punya pasal.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Uwais semakin tidak tentu arah. Ke mana kah Iman pergi. Mustahil dia pergi ke rumah sewa Kak Azean kerana Uwais pasti akan mudah menemuinya di sana. Mungkin juga Iman balik ke rumah ibu bapanya. Sejak berkahwin dengan Iman, Uwais tidak pernah lagi pulang ke kampung isterinya itu. Iman juga keluar sehelai sepinggang ketika itu.

Jam sudah pukul 12 malam. Ketiadaan Iman membuatkan dirinya tidak boleh tidur. Tiba-tiba Uwais teringat sesuatu, kereta yang dihadiahkan kepada Iman sebenarnya sudah dipasang GPS pengesanan. Bukan tidak percaya pada isterinya tetapi sebagai langkah keselamatan untuk Iman sekiranya ke mana-mana.

Uwais berasa lega, akhirnya isterinya berjaya ditemui dan sekarang berada di negeri kelahirannya. Dia cepat-cepat mencapai kunci keretanya lalu bergegas keluar mendapatkan isterinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku sudah berada di dalam bilik arwah Akif. Segala perhiasan dan perabot masih tidak berubah kedudukannya. Aku memandang gambar perkahwinan ku bersama arwah Akif. Gambarnya ku usap seolah-olah dia masih bernyawa di depan ku.

"Happy birthday, abang. Aulia' sangat rindukan abang. Belaian abang.. Aulia' minta maaf abang. Aulia' biarkan orang lain menyentuh Aulia'. Tapi percayalah abang, Aulia' tidak pernah berniat untuk mengkhianati cinta kita."

Tanpa aku sedar, aku tertidur di atas katil bersama perasaan yang ku turutkan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

" Eh, Uwais. Kenapa tak balik sekali dengan Iman semalam?" Tanya ayah Iman sebaik sahaja melihat Uwais yang baru keluar dari keretanya.

Uwais mebghulurkan tangan pada ayah mertuanya untuk berjabat tangan.

"Assalamualaikum, ayah. Uwais sibuk semalam tak boleh balik sekali dengan Iman. Ni rindu punya pasal, tak boleh berenggang dengan Iman, tu pecut datang ke sini."

"Wa'alaikumussalam.. Ada-ada ja hang ni. Jom ikut ayah gi surau. Solat subuh berjamaah. Ha... Pasni hang gi jemput Iman kat umah bekas mertua dia. Biasa kalau dia balik sini, dia akan tidur kat umah sana dulu. Depa sana dah macam mak bapak dia dah sebelum Iman dengan arwah Akif berkahwin."

Uwais berjalan seiring dengan ayah mertuanya menuju ke surau. Walaupun terdetik hatinya merasa cemburu akan keakraban isterinya dan keluarga bekas mertuanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Eh, Uwais. Pukul berapa sampai?" Tanya Puan Amirah yang menyedari kehadirannya bersama suaminya yang pulang dari surau.

"Dekat-dekat nak subuh makcik. Terserempak dengan ayah Iman tadi. Terus ikut dia solat di surau. Ayah cakap Iman bermalam di sini."

"Haah dia dalam bilik tu. Makcik tak berani nak ganggu dia. Lepas dia solat subuh tadi, dia tertidur balik. Biasa dia tak macam tu. Jadi, makcik pun cuba cek keadaan dia, nampaknya dia tengah demam la ni."

"Ye ke makcik? Mana bilik dia tidur?" Uwais mula cemas mendengar Iman sedang jatuh sakit.

"Mengadap Uwais ni, bilik Iman tidur. Makcik rasa, Uwais pun berehat lah dulu dengan dia. Mesti dari semalam tak tidur terus pandu kereta ke sini. Bila Iman dah sedar, bawa dia gi klinik."

"Terima kasih, pakcik makcik. Kami tumpang tidur kejap. Saya masuk bilik dulu."

Uwais membuka pintu bilik perlahan-lahan. Suasana bilik yang tenang di mana setiap dinding di hiasi bingkai tulisan khat. Uwais melihat sekujur badan di atas katil sambil menutup penuh tubuhnya. Di sebelah katil, dia mendapati potret perkahwinan Aulia' dan arwah Akif. Dia sedikit cemburu. Dalam pada masa yang sama bersimpati pada Iman. Wajah Iman ditenungnya ketika ini. Dia tahu betapa dalam perasaan cintanya terhadap arwah Akif. Dia pernah menyaksikan sesungguhnya arwah Akif sebaik-baik orangnya.

Uwais mendekati Iman yang sudah mula bergerak memusingkan badannya ke arah kanan.

Uwais melabuhkan punggung ya duduk menghadap wajah Iman.
"Aulia'... Sayang..." Uwais cuba memanggil isterinya. Dia memegang dahi Iman. Suhu badannya tinggi.

Iman perlahan-lahan membuka kedua-dua matanya. Dalam samar-samar penglihatannya, Iman mencari suara yang memanggil nya. Dia menyedari seseorang sedang duduk di sebelahnya. Matanya yang kabur kerana badannya terlalu panas ketika ini, dia tidak dapat melihat dengan jelas siapakah dia di sebelahnya. Namun satu perkara yang terlintas di fikirannya, hanya arwah Akif sahaja yang selalu memanggilnya nama Aulia'.

"Abang ke tu... Abaaaaannnngg.. Aulia' rindu abang." Betapa gembiranya ketika itu. Melihat sosok seakan sama arwah Akif.

Iman menarik tubuh Uwais yang berada di sebelahnya dan menyebabkan tubuh Uwais menindih tubuh Iman. Uwais terkaku.

"Perlukah aku mengikut rentaknya. Di matanya hanya ada Akif." Tindakan Iman membuatkan Uwais berada dalam kebingungan.

Kemudian, Iman memeluknya rapat. Wajah mereka bertembung. Menyangka bahawa di hadapannya sekarang adalah arwah Akif, bibir Uwais dikucupnya beberapa kali. Seolah-olah, rindunya yang tersimpan selama ini, dilepaskan sedalam-dalamnya.

" Aduh.. Macam mana ni. Aku nak buat apa ni. Dia sedar tak aku ni siapa. Aku bukan arwah Akif." Uwais semakin cemas. Tindakan agresif Iman mungkin akan mengundang sesuatu yang tidak dapat dikawalnya.

Sifat manja Iman yang tidak pernah ditunjukkannya selama ini membuatkan Uwais tidak dapat menahan dirinya lagi dari godaan Iman. Uwais membalas dan merelakan setiap perlakuan Iman. Nafasnya semakin laju setiap kali tubuhnya yang sensitif dicuit oleh Iman.

"Abang tahu tak, Aulia' betul-betul rindukan abang. Abang tak mati lagi kan.. itu semua mimpikan, bang."

Uwais membisu tidak menjawab omelan Iman.
Uwais sedar isterinya sekarang merindukan arwah Akif. Namun dia tetap melayan batinnya setiap kali diasak oleh kucupan rindu dari isterinya. Kencang degupan jantungnya ketika ini. Nafasnya turun naik. Dia tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia melepaskan pakaian isterinya. Maka bersatulah mereka ketika ini sebagai suami isteri yang sah. Setelah kedua-dua jiwa dipenuhi batin masing-masing, mereka tertidur dalam lena yang tenang.

Hai... Assalamualaikum... Dah pukul 11 pagi..Hopefully, semua reader sihat dan diberkati Allah sentiasa... #CINTA PADA ALLAH JANGAN DITUNGGU TAPI PERLU DICARI, CINTA PADA MANUSIA, JANGAN DICARI TETAPI TETAP BERSABAR DALAM MENUNGGU...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience