BAB 22: Syarat ke 5

Drama Completed 30756

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Selepas Uwais mendapatkan bukti-bukti yang jelas, Leo telah ditangkap dan dipenjarakan. Uwais tidak menyangka Leo yang pernah berkawan lama dengannya sanggup berniat jahat pada Iman.

Beralih kisah di syarikat milik Tan Sri Hamdi. Berita tentang perkahwinan Uwais dan Iman Aulia' menggemparkan seluruh jabatan syarikat. Mana tidaknya, Iman yang disangka berstatus sudah berkahwin, rupanya sudah menjanda setahun yang lepas. Tup.. Tup.. Merancang untuk berkahwin kali kedua dengan anak bos syarikat yang menjadi rebutan wanita-wanita bujang yang bekerja di syarikat itu. Ala... Terlepas la sesiapa yang berangankan adik bos yang tinggi lampai dan berwajah cina itu nanti. Tidak lama lagi akan dimiliki oleh Iman Aulia'.

Mana yang mengenali sikap Iman, mereka gembira mendengar pengkhabaran berita itu. Cuma ada segelintir sahaja orang-orang yang tidak puas hati pada Iman yang akan berkahwin dengan anak bos syarikat mereka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Hai Iman... Silakan duduk." Adik bos kelihatan ceria melihat ku hadir ke pejabatnya.

Aku meletakkan fail di hadapannya.

"Saya dah siapkan surat perjanjian perkahwinan kita. Tuan kena tandatangan kedua-dua surat ini. Selepas nikah saya akan bagi satu pada tuan dan saya akan simpan satu lagi surat ini. Sebelum tu, apa yang kita persetujui minggu lepas, sekarang ni kita tandatangani dahulu syarat perjanjian pertama hingga ke empat. Saya dah kosongkan ruang bawah ini untuk syarat ke lima tuan itu. Kita akan tandatangan sekali lagi selepas tuan usulkan syarat ke lima itu. Saya berharap tuan berpegang pada janji tuan dalam surat ini."

Ish adik bos ni.. Aku cakap bukan main serius lagi, dia boleh je buat muka comel macam tu. Ingat boleh buat aku jatuh cinta ke kalau buat macam tu.

Adik bos membaca dengan teliti pada surat-surat perjanjian yang aku siapkan. Selepas berpuas hati, dia pun menandatangani surat-surat itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di rumah sewaku bersama Kak Azean, aku mengira-ngira masa untuk menelefon Hajjah Amirah. Mesti berita perkahwinan ku sudah sampai ke telinganya. Memandangkan jam ini biasanya Hajjah Amirah sudah pulang dari surau, aku mula mendail nombornya.

Iman >> Assalamualaikum ibu. Semua sihat ke tu?

Hajjah Amirah >> wa'alaikumussalam. Alhamdulillah.. Ibu sihat.. Semua kat sini pun sihat, Iman. Iman macam mana.. Dah sihat ka? Maaflah ibu tak sempat nak melawat Iman sebab abah ibu tengah sakit kat kampung.

Iman >> Ya Allah, tok abah tak sihat rupanya. Lama dah Iman tak melawat dia. Masa arwah Akif bawa ziarah tok abah dulu, tubuh dia sihat dan kuat.

Hajjah Amirah >> Sejak dia jatuh motor, tok abah dah tak kuat macam dulu lagi. Hurm.. Dengar dari mak Iman, dia cakap 3 bulan lagi Iman akan berkahwin. Tahniah ibu ucapkan.

Iman >> Iman terima pun sebab tak nak buat mak Iman risau pasal Iman sorang-sorang kerja kat sana. Sesungguhnya, Iman tak boleh melupakan arwah Akif, ibu. Ibu.. Boleh tak, kalau selepas Iman kahwin nanti, ibu jangan halang Iman tidur di bilik Akif.

Hajjah Amirah >> Ibu sentiasa menerima kehadiran Iman ke rumah ibu. Tapi ibu nak selepas Iman menjadi isteri orang, Iman kena patuh pada suami Iman. Hormat dan jaga perasaannya.

Setelah selesai berbual dengan ibu Akif, aku masih melayani perasaan yang berbelah bagi. Why aku cakap macam tu sebabnya aku rasa mengkhianati cinta Akif.

Kak Azean tiba-tiba keluar dari biliknya dan berjalan ke dapur. Dia tidak perasan yang aku sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu. Pintu biliknya terbuka dan tanpa sengaja aku terdengar suara korus yang dinyanyikan oleh penyanyi Afieq Syazwan yang dipasangkan dari radio milik Kak Azean. Judul lagunya adalah Rindunya Rindu.

Rindunya rindu, rindunya aku,

Rindu yang serindu rindunya,

Aku pejamkan mataku ini,

Dan bayangkan raut wajahmu,

Aku menangis sepanjang malam,

Merindui dirimu di sana.

Mendengar melodi dan bait-bait lagunya, sama seperti dengan apa yang ku rasai sekarang ini. Merindui Akif yang tidak berkesudahan.

"Nah, minum air ni." Kak Azean menghulurkan air buah yang dikisarnya tadi. (Laaa.. Ingatkan dia tak sedar aku kat sini. Sedar rupanya...)

"Thanks." Ucapku lalu ku beralih ke posisi duduk. Mudah untuk meneguk air yang disediakan Kak Azean tadi.

"Nak berkahwin pun, masih bersedih lagi? " Kak Azean melontarkan pertanyaannya kepadaku.

"Lagu tu... Sama macam apa Iman tengah rasakan sekarang ni. Iman rindu Akif, kak. Rindu sangat-sangat. Setiap masa, Iman cuba pejamkan mata supaya Iman takkan pernah lupakan raut wajah dia. Cinta padanya tiada ganti, kak. Walaupun selepas ini Iman akan berkahwin, dia satu-satunya bertakhta dalam hati Iman."

"Iman hati-hati ya bila dah berkahwin dengan adik bos tu.... Dia tu pandai buat wanita jatuh cinta padanya. Dari tak suka, terus jatuh cinta." Kak Azean sedang mengusik ku.

"Akak.... Orang tengah sedih ni.. Akak cakap macam tu pulak. Iman takkan sesekali jatuh cinta pada playboy tu."

"Hah, tengok tu. Iman dah tak sedih dah. Pandai tak akak pujuk Iman?"

"Hurm, Iman, sebagai seorang yang berpangkat kakak, walaupun belum berkahwin lagi, akak nasihatkan Iman, bila dah kahwin nanti.. Jangan bersedih lagi macam ni. Ingat dan hadam apa yang akak nak cakapkan ni.. Jika seorang wanita yang bergelar isteri mengerjakan solat 5 waktu dengan sempurna, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya nescaya syurga itu tidak mustahil untuk Iman. Iman dah ada sikit-skit ciri tu. Cuma selepas kahwin nanti, cuba sayangi adik bos seperti mana Iman pernah memberikan hati Iman kepada arwah Akif."

Kak Azean mengusap-usap ubun kepala ku lalu meninggalkan aku di ruang tamu seorang diri. Otak aku bertambah serabut mendengar ungkapan Kak Azean. Betulkah keputusan aku ini. Aku tidak yakin adakah aku mampu menyayangi adik bos itu seperti mana aku menyayangi arwah Akif. Hati aku keras mengatakan Akif adalah cinta pertama dan terakhir ku.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

3 bulan kemudian, aku diijabkabulkan bersama adik bos dan majlis kenduri di sebelah adik bos diadakan serentak bersama kak Raisha dan suaminya.

Ini pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke dalam bilik adik bos.

Aku nak buka telekung ke tak ya? .. Walaupun kami baru sahaja berkahwin tetapi aku rasa asing padanya. Rasa janggal untuk aku menayangkan aurat padanya yang sah-sah halal buat kami.

Pintu bilik adik bos terkuak luas membuatkan aku sedikit terperanjat. Rupanya adik bos yang membuka pintu itu.

Dia memandang ku dengan senyuman yang menawan. Ditambah kumis nipis di wajahnya menyerlahkan sifat kelakiannya. (Kalau sesiapa yang melihatnya dengan riak wajah yang sebegitu mungkin hatinya akan cair). Tetapi melainkan aku. Wajah sebegitu membuatkan aku cukup takut memandangnya. Bukan sebab takut jatuh cinta padanya tetapi aku amat terbiasa reaksi seperti itu. Arwah Akif pernah membuat wajah seperti itu sekiranya cuba bermanja dengan ku. Aku berundur beberapa langkah ke belakang apabila adik bos cuba mendekati aku.

"Sayang baru lepas solat ke?"

Gulp... Dia panggil aku sayang pulak dah..

"Ya saya baru lepas solat."

Aku cuba mengelak ke tepi supaya adik bos tidak berada hampir dengan ku.

Dia memusingkan dirinya ke arah ku yang sedang berdebar-debar kerana ketakutan padanya.

"Lepas ni.. Abang tak nak sayang solat sorang-sorang lagi. Sayang kena tunggu abang solat berjemaah bersama-sama."

Meremang bulu roma ku mendengar dia memanggil Sayang... Abang.. Sayang.. Abang..

Alamak... Tersilap langkah pula.. Tidak semena-mena aku jatuh terduduk di atas katilnya. Ku cuba untuk berdiri tetapi dia sudah terpacak menghalang laluan ku.

Adik bos menundukkan badannya ke arahku seperti keadaan sedang rukuk dalam solat. Kedua tangannya di angkat dan cuba menyentuh telekung yang menutup tubuhku.

Aku menjerit kecil supaya orang luar tidak mendengar suara ku lantas aku tunjukkan surat perjanjian perkahwinan kami yang hampir melekat pada mukanya.

"Tuan jangan lupa surat perjanjian ini. Selepas selesai majlis, tuan dah berjanji untuk mengusulkan syarat ke 5 pada saya. Ambil pen ni dan tuan boleh tulis apa syarat yang tuan inginkan. Saya berani sahut syarat ke 5 tuan tu."

Kata-kataku menyebabkan adik bos terhenti dari niatnya untuk membantu menanggalkan telekung solat ku. Fuh lega. Selamat aku.

Abah sis pernah cakap selepas beberapa hari arwah mak dan adik dikebumikan. Kata abah, DIA TAKNAK JADI BOLA TAMPAR, BOLA KERANJANG ATAU BOLA SEPAK. DIA PILIH UNTUK MENJADI BOLA RAGBI. Kalau reader pandai teka, apakah maksud Kata-kata abah sis itu? Jom teka di ruang komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience