"Dah genap dua minggu sayang kerja. Ada apa-apa problem tak kat tempat kerja?"
Mahunya tak ada masalah. Hari-hari bermacam-macam masalah ku hadapi di tempat kerja. Ini baru dua minggu aku bekerja. Kalau berbulan-bulan, dapatkah aku bertahan. Patutlah jawatan yang aku sandang sekarang ini asyik berganti orang. Dengan sikap orang atasan yang tak bertanggungjawab dengan kerjanya sehingga membebani orang dibawahnya. Tetapi bagi aku, itu bukanlah alasan untuk aku berputus asa dengan kerja. Mungkin inilah yang dikatakan satu tempoh belajar untuk aku mencari pengalaman.
Setakat ini, isu kerja bukanlah masalah dan tekanan untuk aku. Tekanan besar bagi aku adalah si adik bos. Dia seolah-olah ingin pikat aku. Bukannya dia tidak tahu, aku ni dah bersuami. Setiap hari, mesti adalah moment si adik bos cuba mendekati aku. Sampai bilakah aku harus menghadap kerenah si adik bos ni. Patutkah aku beritahu Akif akan hal ini. Atau aku hadamkannya sahajalah. Mana tahu, bila aku boh layan sahaja kerenah si adik bos itu, mungkin dia akan bosan mengganggu aku. Cuma sekarang ni aku perlu bersabar. Mungkin ini adalah ujian di tempat kerja ku dan ujian dalam hidupku. Lagipun aku tak nak susahkan hati Akif. Mungkin ini perkara kecil sahaja. Kalau diberitahu, takut jadi masalah teruk pula. Selagi si adik bos tidak memperlakukan yang bukan-bukan terhadap aku, aku takkan libat Akif. Kecuali kalau dia dah main kasar dengan aku, aku terpaksa melaporkan kepada Akif.
"Biasalah abang.. kat tempat kerja mana yang tak ada masalah. Problem kerja tu memang ada. Tapi small matter je bagi Aulia'. I will handle it. Cepatlah makan bang. Nanti lewat pulak kita berdua masuk kerja."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Abang, take care tau tunggang motor tu. Dah sampai tempat kerja, wasap Aulia'."
Akif memeluk ku sambil mencium dahiku. "Ya sayangku Aulia'. Nanti abang wasap. Dah pergi naik atas tu. Kang lewat pula punch card keje tu."
Selepas Akif jauh meninggalkan aku, aku ternampak adik bos sedang memerhatikan aku dari pintu lobi. Apabila dia sedar aku melihatnya, dia cepat-cepat berjalan masuk ke dalam bangunan Eeeee.. Scary la dia.. Isteri orang pun nak try ka. Ya Allah, lindungilah aku dari pandangan mata lelaki lain kecuali suami aku.
Aku buru-buru mengejar pintu lif yang sedang terbuka. Nasib kurang baik, si adik boss pun juga menunggu lif. Kalau tak silap aku, bukan dia ke depan dari aku tadi. Sepatutnya dah naik dah ofis dia.
Malangnya, hanya kami berdua di dalam lif.
"Assalamualaikum, selamat pagi encik Uwais." Walaupun tak selesa, tetapi dengan anak pemilik syarikat ni kenalah aku cakap baik-baik.
"Wa'alaikumussalam. You asal mana?"
"Saya asal Perlis, encik."
"Umur you berapa?"
"23." Jawab ku ringkas.
"Oo muda lagi. You tak rasa ke terlalu awal you dah kahwin. Mana tau, lepas kawin you akan jumpa orang yang lebih bagus dari suami you and you rasa menyesal."
"Maybe orang lain kot yang berfikir macam tu. Tapi saya takkan rasa menyesal. Perkahwinankan sesuatu yang baik. Saya redha dan terima dengan qada dan qadar Allah."
Pintu lif terbuka. Aku membiarkan adik boss beredar dahulu sementara aku menarik nafas dalam-dalam menahan lelah kerana pertanyaannya.
Aku menghadiahkan senyuman kepada Kak Azean sebaik sahaja kami terserempak di depan lif.
" Euuw.. Iman berdua je ke dengan Encik Uwais dalam lif tadi."
"Haah Kak Azean. Tiber je tersekali dengan adik boss tadi."
"Akak nak pesan. Dia tu kaki klub malam dan suka main-mainkan perasaan perempuan. Hati-hati sikit dengan dia."
Kak Azean ni usianya 5 tahun tua dari aku. Belum berkahwin. Orangnya pun lawa. Dia sebenarnya pun tidak tahu yang aku ni dah berkahwin sebabnya awal-awal masuk kerja terus kena buat kerja. Tak sempat nak berkenalan mesra lagi.
"Tengok cincin kat jari manis saya ni kak. Saya dah berkahwin. Datang sini nak bekerja dan cari pengalaman kerja kat sini. Tak ada dah berfikir nak dekat dengan lelaki selain urusan kerja."
"Maaflah.. Akak pesan ja tau. Encik Uwais tu, tunang orang ke isteri orang, dua-dua tu sanggup tinggalkan tunang and suami sendiri untuk memiliki hati dia. Dia akan kejar perempuan yang dia pilih selagi tak dapat. Dah dapat, dia akan tinggalkan mereka macam tu ja."
"InsyaAllah kak. Iman akan jaga diri Iman dari adik bos tu. Jom masuk cepat. Saya tak punch card masuk lagi. Kang lewat pula."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Papa tengok adik kamu tu banyak berubah akhir-akhir ni?" Tanya Tan Sri Hamdi kepada Umie Raisha.
"Mana tak berubahnya dia Papa. Perangai kasanova dia tu jadi balik. Kali ni, dia tengah mengayat pulak staff baru masuk kerja kat sini. Isteri orang pula tu. Hurm, yang single tak nak pula dia."
"Adik kamu ni dah parah sangat. Setiap hari menimbulkan masalah dengan isteri orang. Bulan lepas, dengan tunang orang dia cari masalah. Bila perempuan tu dah putus tunang, tak nak pula dia. Apa yang dia nak cari dalam perhubungan seperti itu?"
"Pa, tapi Raisha tengok, kali ni dia dah tunjuk sikit komitmen dengan kerja. datang kerja tepat waktu. Buat kerja pun dah bersemangat. Mungkin sebab staff baru masuk tu. Tapi pa jangan risau la.. Raisha tengok staff ni very profesional. Kalau adik cuba mengorat dia, dia layan adik tak ubah seperti bosnya sendiri. And then, Raisha tengok dia, sangat menyayangi suaminya."
"Hopefully, staff baru tu tak sama dengan perempuan-perempuan sebelum ni. Pa tak suka anak-anak papa mainkan perasaan orang. Papa juga tak suka staff kita selalu bertukar disebabkan perangai adik kamu tu."
Share this novel