Abang akan memberikan masa sebanyak yang sayang mahukan agar suatu hari nanti sayang dapat menerima abang.
Uwais sengaja membiarkan Iman keluar dari biliknya untuk memberi ruang kepada Iman menenangkan hatinya.
Abang juga cukup berterima kasih pada sayang, kalau dari awal lagi, sayang tak ciptakan syarat sebelum berkahwin, mungkin abang tak berkesempatan menakluk hati sayang untuk cuba buat sayang menyintai abang sama seperti sayang menyintai arwah Akif.
Abang sengaja meletakkan syarat sebegitu selepas berkahwin agar suatu hari nanti sayang dapat merasai perasaan cinta dan sayang itu sekali lagi. Mana tahu, taktik ini boleh membuka pintu hati sayang sedikit demi sedikit.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku mengemas beberapa helai baju ku untuk bermalam ke rumah sewa lama ku.
" Iman.. Besarnya beg galas belakang tu. Nak ke mana?" Tegur Raisha yang baru tiba di halaman rumah papanya.
"Oh, Iman nak ke rumah sewa lama Iman. Ada barang yang masih tertinggal kat sana. Alang-alang dah ke sana, Iman nak tidur ke sana semalam. Esok selepas subuh Iman balik."
Ada sedikit perkara yang cuba ku sembunyikan dari kak Raisha. Sebenarnya, aku ke sana bukan untuk mengambil barang. Padahal semua barang ku di sana sudah lama aku angkut keluar. Cuma peristiwa tengahari tadi, membuatkan aku rasa tertekan.
"Come.. Iman... Boleh kita duduk sembang di sana sebentar." Ajak Raisha. Raisha sudah tahu apa yang terjadi di syarikat papanya tadi. Namun, dia tidak mahu menambahkan kekusutan yang ditanggung aku. Dia amat memahami perasaan aku ketika ini.
Aku menuruti permintaan kak Raisha. Sudah lama kami tidak berbual setelah dia berkahwin dan berpindah ke rumah suaminya.
"Akak lega sangat bila papa cakap, Uwais dah boleh tidur dengan baik sekarang ini. Selepas mama tinggalkan kami bertiga, Uwais susah nak tidur malam dan selalu mimpi buruk. Mungkin sebab tu juga selama ini dia suka keluar malam. Balik lewat sampai ke pagi dan menjadikan hiburan di luar sana sebagai penawar kerana masalah tidurnya."
Parah juga mental adik bos ni. Susah nak tidur sebab ditinggalkan mama dia. Kalau kekasih tinggalkan dia mesti bertambah lagi parah mental dia.
Kak Raisha menggenggam kedua tangan ku yang ku letakkan di atas paha ku.
" Terima kasih, Iman. Kerana kehadiran Iman, susah nak tidurnya semakin sembuh. Wajahnya pun dah nampak cergas. Lebih-lebih lagi kedatangan Iman dah buatkan papa akak rasa bahagia melihat perubahan Uwais."
"ish, malu la akak cakap macam. Iman tak rasa menabur bakti pun pada keluarga ini. Mungkin asbab Iman, dia berubah. Yang paling perlu kita ucapkan terima kasih dan bersyukur hanyalah pada Allah. Dia yang memberikan taufiq dan hidayah kepada kita semua."
Perlu ke aku melayan perasaan aku yang tertekan ini dan membiarkan adik bos di sini tanpa aku. Nanti kang payah pula dia tidur kalau aku tiada depan mata dia. Aku sedikit terkesan dengan kata-kata Raisha. Kasihan pula mendengar cerita adik bos ni.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Selepas beberapa kali memikirkan kata-kata Kak Raisha petang tadi, wajah adik bos sentiasa melekat dalam minda ku sekarang ini. Jadinya, aku pun tidak jadi tidur di rumah sewa menemani Kak Yan dan segera pulang ke rumah mertuaku.
Sesampainya di rumah, kereta adik bos masih terparkir di garaj yang sama petang tadi. Rasanya adik bos mungkin di dalam bilik kami. Suasana sunyi. Jam sebegini semua penghuni di rumah ini sudah pun tidur. Aku je malam ni terlajak aktif.
Aku memasuki kamar tidur dengan langkah perlahan-lahan supaya tidur adik bos tidak terjaga.
Iman...
Iman...
Terkejut aku. Rupanya dia memanggil nama ku ketika sedang tidur.
Iman sayang.. Please.. Tetap di sini... Merengeknya seperti kanak-kanak.
Aku berjalan dekat kepadanya. Wajah gelisahnya yang sedang tidur ku renung lama. Entah kenapa hatiku tiba-tiba simpati padanya. Benarlah kata orang, perpisahan dalam rumahtangga boleh merosakkan jiwa anak-anak. Aku berharap anak aku nanti tidak mengalami masalah seperti dia. (Teringin punya anak juga aku ni. Bapanya siapa? Hehe..)
Sedang aku meletakkan punggung ke atas katil, adik bos pula terjaga. Lalu adik bos menarik tubuhnya ke posisi duduk.
"Sayang dah balik. Tadi mesej abang kata nak balik esok subuh. Sayang salahkan abang ke pasal tengahari tadi."
"Tak adalah abang. Salah sayang sebab tak kotakan syarat kita."
Bila aku mula berbaring dia juga menurunkan tubuhnya untuk baring. Aku perasan dia sekarang sedang menatap ku dengan penuh rasa selamat. Selamat kerana aku selamat pulang. Selamat juga kerana kepulangan aku telah menenangkan jiwanya sekarang ini.
Aku memusingkan tubuhku berdepan dengannya. Ada sesuatu yang ingin ku nyatakan.
"Abang.. Boleh sayang minta tolong sesuatu pada abang?"
Mukanya ceria dan bersungguh-sungguh adik bos mahu mendengar permintaan dari ku.
"Mahu abang tolong apa?"
"Hurm, sayang nak minta abang beri penilaian yang baik pada kerja praktikal Syakila. Kasihan dia. Dia kan pelajar universiti akhir tahun. Kalau sayang bagi penilaian kosong padanya, boleh effect result akhir tahunnya nanti."
Mukanya yang tersenyum indah tadi berubah menjadi masam mencuka.
" Yang itu abang tak boleh tolong. Full stop. Siapa suruh dia cari pasal dengan isteri abang."
"Hurm abang. Sebagai pemimpin cuba abang guna macam mana cara Rasulullah SAW kita menangani musuh-musuh baginda."
"Abang kurang tahu sangatlah. Boleh sayang ceritakan?" (Kurang tahu atau sengaja buat-buat tak tahu.)
"Sayang pun tak tahu nak cerita macam mana, tapi secara ringkasnya apa yang sayang tahu, sikap dan akhlaknya buat orang meneladaninya. Contohnya, Baginda tidak membalas balik perbuatan orang yang melakukan tindakan buruk terhadap baginda. Tetapi baginda tetap berbuat baik pada sesiapa sahaja yang menentanginya. Lama-lama orang itu terus berubah setelah melihat bagaimana Baginda melayannya."
Adik bos terpegun mendengar setiap Kata-kata yang ku bicarakan padanya.
"Abang boleh tolong tapi dengan satu syarat? Kalau sayang tak boleh nak ikut, abang pun tak boleh nak tolong."
Tutur katanya itu cuba memancing perhatian aku.
"Syarat lagi?" Rungut ku padanya.
"Mestilah ada syarat. Siapa yang cuba bermain dengan syarat dulu. Abang ke sayang?" (Ah, dah terkena balik padaku.)
"Nak ikut ke tak syarat abang ni? Kalau tak, abang cancel je nak tolong Syakila tu."
Fikiranku ligat memikir. Kalau aku setuju mungkin aku mendapat nasib yang tidak baik malam ni. Mana tahu, adik bos cuba memerangkap ku dengan niatnya yang tidak elok. Tapi kalau aku tak setuju, Syakila terpaksa mengulang balik ke semester depan sekiranya dia mendapat keputusan penilaian yang teruk dari tempat dia praktikal sekarang ini.
"Er.. Baiklah. Saya ikut syarat abang. Apa syarat abang? " tergagap-gagap aku menuturkan persetujuan ku dengan syaratnya.
"Erm, abang nak sayang tidur jangan litup tudung dan abang nak peluk sayang malam ni."
Aku menelan air liur beberapa kali. Sudah aku katakan, adik bos ada motif tersendiri. Nak tak nak, aku terpaksa terima.
"Peluk je kan? Tak lebih dari tu?" Takut-takut aku menanyanya untuk kepastian.
"Ya... Abang peluk ja.. Abang tak minta lebih-lebih. Abang masih berpegang pada janji. Kecuali kalau sayang izinkan. Abang on je malam ni."
Ku menjegilkan mataku ke arah adik bos yang sudah seperti ulat bulu.
"Abaaaaannnng."
Assalamualaikum morning semua reader.. Semoga hidup kita diberkati Allah selalu... #Hari ni sis bersemangat lebih sebab dapat mimpi arwah mak. Dalam mimpi tu, dia tanya sis, tau tak mak dah meninggal? Sis jwb.. Tau mak. Lepas tu sis pun peluk dan minta maaf kat mak. Terima kasih Ya Allah.. Terubat rindu ku mak. Dapat pula peluk mak erat-erat.
Share this novel