Chapter 34: Akhirnya

Drama Completed 30756

Dari jauh aku memandang mama dan papa mertuaku sedang berborak sambil menikmati keindahan pantai.

"Na.. Sudikah kalau kita bersatu seperti dulu kembali?"

Puan Aina terkedu seketika mendengar pertanyaan Tuan Hamdi.

"Apa betul yang Na dengar ni. Abang nak kita kahwin balik. Tapi... Na tak layak untuk abang. Na banyak buat dosa pada abang dahulu."

"Mungkin dulu kita berjiwa muda. Tidak pandai menilai perkara yang baik atau buruk. Abang tahu, Na susah dengan abang dulu. Awalnya, abang memang terluka dan sakit hati dengan tindakan Na meninggalkan abang dan anak-anak kita. Tapi lama-lama bila abang fikir.., abang patut berterima kasih pada Na, kalau tak disebabkan Na tinggalkan abang terkapai-kapai bersama anak-anak kita, mungkin abang tak bersungguh-sungguh dan berjaya seperti sekarang. Na, hati abang masih cintakan Na seperti dulu."

"Abang berjaya bukan sebab Na tapi dengan izin Allah dan usaha keras abang selama ini. Abang patut berterima kasih pada Allah."

"Ya Na.. Cakap Na betul. Hurm.. Adakah Na masih sayangkan abang?"

Puan Aina menoleh ke arah pantai sebaik sahaja pertanyaan Tuan Hamdi diajukan padanya. Kemudian dia berpaling muka ke arah bekas suaminya.

"Mestilah Na masih sayangkan papa kepada anak-anak kita. Na menyesal sangat-sangat kerana tinggalkan abang. Selepas berkahwin lain, Na diperlakukan macam sampah. Tak macam abang. Walaupun kita susah dulu, abang sentiasa baik melayan Na dan anak-anak. Selepas Na berpisah dengan dia, Na pernah mencari abang dan anak-anak. Tapi abang dah tak tinggal di rumah sewa lama kita."

"Na... Kita kahwin?... Hari-hari Na akan dapat bersama abang dan anak-anak kita. Tak lama lagi, kita akan mendapat dua cucu. Satu anak dari Raisha dan satu lagi anak dari isteri Uwais. Dapat kita bermain dengan cucu-cucu kita pula nanti."
Tuan Hamdi berusaha memujuk bekas isterinya.

Hanya anggukan dan senyuman manis yang Puan Aina tunjukkan pada Tuan Hamdi menandakan dia bersetuju untuk bersatu kembali.

"Aulia' tengok apa tu?" Tegur Uwais sambil memelukku dari belakang.

"Aulia' tengok mama dan papa abang berborak tu. Suka sangat. Hopefully, satu hari nanti diorang menjadi suami isteri kembali."

"Baiknya isteri abang.. Doakan yang baik-baik untuk mama papa abang."

Satu ciuman dari bibir Uwais melekat di pipiku. Uwais memang begitu. Asyik menempel bila ada saja peluang berdua bersamaku. Mentang-mentanglah aku tidak lagi alah teruk padanya setelah kandungan ku sudah masuk empat bulan. Apa-apa pun aku suka diperlakukan begitu.

Uwais melepaskan pelukan lalu menarik tanganku menuju ke arah pantai.

"Sayaaaang.. Kenapa berhenti? Jom la kita jalan-jalan tepi pantai."

"Abang.. Aulia' terasa macam dejavu sekarang ni."

Uwais turut memberhentikan langkahnya apabila aku juga berhenti berjalan.

"Kenapa pula?" Uwais tertanya-tanya.

"Oh, Aulia' dah ingat. Masa Aulia' tak sedarkan diri sebab dilanggar oleh kawan abang tu, Aulia' pernah bermimpi arwah Akif. Dia datang dan memberikan tangan seorang lelaki dan Aulia' genggam tangan lelaki tu macam sekarang ni. Dan arwah Akif cakap pada Aulia'.. SEKARANG DIA ADALAH HIDUPMU. "

Pada mulanya, Uwais cemburu mendengar nama Akif tiba-tiba terbit dari mulut aku. Tetapi setelah dia mendengar sepenuhnya apa yangku sampaikan, sikapnya cemburunya pun hilang. Kini aku dan dia faham, apa maksud mimpi itu.

Kalau sudah berjodoh, akhirnya akan bersama juga. Dalam diam Uwais berkata-kata dalam hatinya. "Terima kasih Allah menyatukan aku dengan isteriku... Terima kasih Akif kerana merestui kami berdua walaupun hanya di dalam mimpi Aulia'. Semoga Allah menempatkan engkau di Syurga."

"Abang.. Kak Raisha dengan suami dia tu. Jom kita kacau daun mereka sekejap."

Uwais menurut kataku sambil kaki-kaki kami melangkah perlahan-lahan kerana perutku sudah makin membesar. Dari jauh kami melihat suami kak Raisha sedang membelai-belai perut Raisha. Pasangan itu nampak ceria. Mungkin suami kak Raisha dapat rasakan tendangan kaki bayi dari perut Raisha sehingga wajahnya nampak begitu teruja melihat perut isterinya itu.

............... TAMAT...................

..... MORAL OF THE STORY......

Watak Akif (bukan nama sebenar), di ambil dari watak sebenar. Cumanya sis just perkembangkan jalan ceritanya sahaja. Abah sis dengan ayah Akif ni satu tempat kerja dan kami tinggal di kuarter yang sama. Sis suka tengok perwatakan dia yang merupakan anak sulung yang patuh pada mak ayahnya. Dia sangat pemalu dan jalan asyik memandang ke bawah. Masuk je waktu solat, dia akan ke masjid solat jemaah. Kalau tak bersama ayahnya, dia akan pergi sorang. Masa tu sis muda 3 tahun dari dia. Dulu la, sis pernah cakap dalam hati, kalau aku nak suami, aku nak ciri-ciri persis dia. Dia meninggal di usia yang muda dan belum berkahwin. Waktu itu umurnya mungkin 20 tahun (sis pun dah tak ingat). Masa dia sakit, parent sis selalu pergi melawat dia di hospital. Bukan saja parent sis, seluruh kawan-kawan sekerja bapa kami datang melawatnya sekiranya ada masa. Arwah mak sis pernah cakap, masa dia melawat Akif, setiap orang yang mengunjunginya di hospital, dia akan minta maaf pada orang yang datang. Dia cakap dia minta maaf sebab tak pernah berbual dengan kawan-kawan ayah dia semasa dia sihat sebabnya dia seorang yang sangat pemalu. Arwah mak sisi pun cakap, masa dia terlantar di wad, dia selalu buat solat sunat dan tak tinggal solat wajib. Zikir di mulut pun tak pernah berhenti. Cuba korang fikir, sakit dia yang tahap kritikal tu, dia masih sujud pada Allah. Kita yang sihat ni macam mana? Kadang-kadang melambatkan solat. Ada kita kira tak, berapa banyak amalan kita sekarang ni. Malu oo.. Sis rasa sikit sangat apa yang sis amal. Bila dengar apa yang arwah mak sis cerita pasal dia dulu, memberi pengajaran kepada sis. Ajal tidak mengira usia muda atau tua. Dan bila kita selalu ingat Allah dan patuh pada perintahNya, bila sampainya ajal kita, kita takkan ada perasaan takut untuk menghadapinya. Sebabnya kita sudah kumpul bekalan kita ke dunia sana. Mungkin dari kisah sebenar Akif ini adalah hikmah dan taufik hidayah dari Allah buat sis untuk lebih dekat padaNya. Sis berharap dengan sedikit perkongsian cerita ini, dapat menambahkan iman dan takwa kepada reader-reader sis pula. Amin.

Ya Tuhan ku, berkatilah aku, keluargaku dan yang seagama Islam denganku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkanlah kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami. Sekian dari sis. Thank you kerana meluangkan masa membaca novel yang tidak seberapa ini. Jangan lupa, jaga amalan ramadhan kita. Banyak tu Allah nak bagi dari bulan2 islam yang lain. Assalamualaikum

Share this novel

Gina Seman
2024-04-21 00:48:31 

Aamiin ..Waalaikumsalam


NovelPlus Premium

The best ads free experience