Aku perhatikan setelah berhari-hari Akif menjadi suami dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan aku. Dia sudah tidak malu-malu lagi dengan aku. Yang paling aku suka cara dia cakap dengan aku. Tutur katanya yang lembut buatkan hati aku turut lembut mengikut rentaknya.
Setelah seharian berada dalam bilik hotel kerana kepenatan, aku mengajak Akif keluar berjalan-jalan pada waktu malam.
"Abang, kat Cameron Highlands ni ada pasar malam. Meriah sangat kat sana bila hari minggu macam ni. Kat sana nanti boleh lah kita cari makan malam kita nanti."
"OK lepas Isyak kita keluar. Sayang dah pernah bercuti kat sini ke?"
Aku mengangguk kepala. "Ya dua tiga kali dah datang ke sini. Itu pun kalau tak balik rumah, Aulia' dengan kawan-kawan bercuti kat sini."
"Oo tak Best la macam tu. Sayang dah biasa ke sini. Abang plan esok nak bawa sayang tengok ladang teh dan cari buah strawberi. Tempat lain-lain abang tak tau nak bawa jalan."
It's ok la abang. Aulia' tak kisah pun banyak kali datang sini. Yang penting, abang sentiasa di sisi Aulia'. Nanti Aulia' jadi tour guide abang kat sini, k. "
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku memaut tangan Akif yang sedikit jarak dari ku. Lalu dia memandang diriku sambil tersenyum. Tangan ku dipegangnya erat.
Selesai saja berjalan-jalan di pasar malam, kami pulang ke hotel.
Aku berdiri di balkoni memerhati suasana malam di Cameron Highlands. Manakala Akif yang baru keluar dari bilik air datang menghampiri ku. Dia hampir di sebelah ku lalu sedang memandang sesuatu di atas langit.
"Aulia' pandang apa kat atas sana?"
Hurm, patutlah.. Dia tengok aku pandang sesuatu kat luar ni rupanya. Aku ketawa kecil. Ketawa kerana gelagatnya yang cuba mengikut perbuatan ku.
"Subhanallah, Cantik kan bulan malam ni."
Akif turut memandang bulan di langit. Dia mengangguk kepalanya mengiyakan apa yang aku cakap sebentar tadi. Raut wajahnya sungguh lembut. Selembut perilakunya. Hatiku begitu tenang setiap kali berada dekat dengannya.
Aku lantas memeluk pinggangnya. Dia tidak menolak. Aku pasti perasaannya sekarang sama seperti ku ketika ini. Kami bertentang mata.
"Kenapa abang tak panggil Aulia' sebagai Iman macam orang lain biasa panggil?"
"Sebab.. abang nak satu-satunya lelaki pertama dan terakhir yang panggil sayang, Aulia'."
Terpegun aku mendengar kata-katanya. Ini membuatkan kedua belah mata ku terpaut tepat ke dalam anak matanya. Ketika ini bagaikan ada arus elektrik yang mengalir ke dalam mata aku dan dia. Kemudian, Akif menarik kedua belah tangan ku dan membawa ku ke katil. (Hah, jangan fikir macam-macam eah. Dia ajak aku tidur je. Tak buat apa pun. Haha)
Kesejukan yang luar biasa malam ini, buatkan tubuhku menggeletar sejuk. Haish.. Camne nak gi oversea kalau cuaca sejuk kat sini pun tak tahan. Tanpaku sedar, kedua tapak kaki ku menggosok-gosok betis Akif yang sedang tidur.
Tubuh Akif berpusing ke arahku apabila merasakan sesuatu merayap di kakinya..
"Sayang, jangan macam-macam.. Abang tengah sejuk juga ni."
What?! Dia pun tengah kesejukan. Gulp. Tertelan air liur aku seketika. Hebat ketahanannya. Aku ingat, aku sorang je pelik kat dalam bilik ni.
"Sorry, abang.. Aulia' tak tahan sejuk. Sejuk sangat walaupun tak on air-cond. Sebab tu Aulia' gosok-gosok betis abang. Nak kurangkan rasa sejuk. Sorry erk."
Aku memang tidak tahan sejuk. Sebab itu kalau dapat bilik yang ada air-cond dan kipas sekali, aku lebih rela guna kipas.
"Ada satu cara je nak kurangkan sejuk ni. Itu pun kalau Aulia' izinkan."
Aku menelan air liur ku sekali lagi kerana aku begitu faham apa maksudnya. Maka dengan kejadian itu, menjadikan malam ini malam pertama kami berdua. Reaksi Akif malam ini begitu lain dari peribadinya sebelum ini. Aku dapat rasakan perasaan cintanya padaku.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kami bangun bersama-sama sebelum azan subuh berkumandang dan juga kami mandi bersama-sama. Manakala solat subuh pertama kali kami berjemaah kerana jika berada di rumah orang tua kami, Akif biasanya akan solat berjemaah di surau. (Aku kan sebelum ni pernah stalker dia, mestilah gerak-geri dia di rumah aku tau.)
Selesai sahaja makan pagi, kami ke ladang teh. Hari ini, hari terakhir kami ke sini dan selepas itu kami akan bertolak ke KL.
Baru je Akif nak bermanja-manja dengan aku di ladang teh, telefon bimbit ku berdering pula. Hurm, kacau daun ja la orang yang call ni.
"Aulia'.. Jawab lah call tu. Mana tau ada hal penting ke."
Arah Akif kepadaku yang teragak-agak untuk menjawab call dari nombor yang tidak dikenali.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Akif, aku pun terus menjawab panggilan itu.
"So.... Siapa call tadi?" Tanya Akif sebaik sahaja dia melihat aku memasukkan telefon ke dalam beg.
"Hish.. Abang tanya ni. Dia senyum-senyum pula."
"Mestilah senyum... Orang yang panggil tadi minta datang interview kerja esok. Kerja area KL. Jap Aulia' buka email. Diorang hantar surat temuduga melalui email tadi."
"Oh, tempat temuduga ni dekat area tempat kerja abang. Esok abang hantar Aulia' temuduga k."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Are you ready sayang for the first interview?" Akif bertanya ku yang sedang menyemak sijil-sijil untuk persediaan temuduga pada jam 10 pagi ini.
"Ok, settled. Of course I am ready."
Share this novel