BAB 13: Majlis Tunang

Drama Completed 30756

Aku melaporkan diri kepada Puan Raisha sebaik sahaja tiba di tempat kerja.

"Iman tau kan ofis Mr Muthu di mana?"

Aku hanya menganggukkan kepala bagi menjawab pertanyaan ringkas Puan Raisha.

"Saya tahu Iman mungkin dah tau banyak tentang skop kerja Muthu. Ofis dia di tingkat bawah tanah sunyi sikit, jauh dari ofis Iman yang dulu. Ofis dulu, dekat dengan rakan sekerja. Kat bawah nanti, hanya ada ofis Iman sahaja. Syarikat ini menempatkan ofis Muthu di situ supaya dia dapat monitor stok-stok di bawa masuk oleh supplier kita."

"Walaupun syarikat ini tempatkan saya di corok mana pun, saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah selagi masih bekerja dengan Puan Raisha."

"Hurm...., boleh tak saya nak ubahsuai sikit ofis Muthu yang dulu?"

Puan Raisha mengukir senyuman serongnya yang menyerlahkan kecantikannya. Dia faham maksud pertanyaanku. Pernah sekali dia menyinggah bilik Muthu disebabkan Muthu bercuti dan itulah kali pertama dan terakhir dia ke sana.

" Bagus juga tu Iman ubahsuai balik ofis Muthu tu... Pastikan better dari dulu ya. Lagipun sekarang ofis Muthu dah jadi ofis Iman. Buatlah apa-apa yang Iman rasa bagus untuk Iman dan syarikat ini."

"Satu lagi permintaan saya... Penempatan stok-stok bawah sana tu saya tengok macam tak tersusun. Ada yang tiada label. Kadang-kadang ada staff nak guna stok pun, payah nak cari. Sedangkan benda itu ada di sana. Saya juga cadang nak buat borang baru untuk stok in stok out agar saya boleh monitor kecukupan stok yang ada." Hurm berjelakan aku punya permintaan. Tak salah kan aku minta kalau benda itu nanti dapat melancarkan tugas-tugas yang ku ganti dari Muthu nanti.

"Wah Iman.. Bersemangat... Bagus! Bagus saya suka tengok semangat awak ni. Sejak kecoh tentang kecuaian Muthu dulu, baru saya tahu mengapa itu berlaku. Tak salah awak nak membuat perbaharuan dalam menggantikan kerja Muthu dulu. Saya tak sabar nak tengok perbaharuan yang awak lakukan nanti."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kesibukan aku mengubah suai ofis ku sedikit sebanyak tidak menghanyutkan aku mengembalikan ingatan ku tentang kenangan indah bersama arwah Akif. Asal saja ada masa-masa kosong yang tidak terisi, fikiran ku auto akan mengimbas kembali saatnya arwah Akif ketika masih hidup bersama ku.

Tut... Tut... Telefon ofis ku berbunyi.

"Hello, ... Purchasing Department speaking."

"Ni Kak Yan speaking ni... Hihi.. Cuba Iman tengok jam sekarang... Kenapa tak naik atas lagi. Sekarang ni kan kita ada meeting. Kang, kena bebel dengan Kak Wani pula kalau lambat."

"Aduh lupa pulak Iman, kak. Ni baru siap mengemas bilik Muthu.. Kak Yan pun tau kan macam mana keadaan bilik dia sebelum ni."

"Dah naik cepat. Mujur kak teringat call Iman.."

Hah selesai juga kerja mengubah suai. Mujur hari ini tidak ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Jadi, aku ada masa nak mengemas apa yang patut di bilik ini. Ok, Wahai diri... Walaupun kelelahan, jom naik atas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Wuish.. Mujur kak Astro Awani tak masuk lagi. Kalau tak masak aku kena laser dengan dia. Walaupun kadang-kadang sikapnya terlebih dari sikap Puan Raisha, aku tetap menghormati dia yang sudah lama bekerja di sini.

Tidak beberapa lama kemudian, semua staf masuk ke dalam bilik mesyuarat dan diakhiri dengan kehadiran Puan Raisha.

"Assalamualaikum and afternoon semua. First of all, sorry ya ganggu your lunch time but don't worry.. Waktu rehat kamu, saya akan panjangkan sedikit. Ada but lagi ya.. As usual, for account department, Kamu perlu bergilir-gilir kerja lah nanti ya.. Department kamulah yang paling busy masa rehat nanti."

Dalam kata-kata Puan Raisha sedikit sebanyak membuatkan para stafnya terhibur. Walaupun dia merupakan anak pemilik syarikat ini, sikapnya sungguh ramah dan tidak menyombong diri. Namun, dalam pekerjaannya dia tidak akan bertolak ansur kepada staf yang mengambil kesempatan atas kebaikannya.

"Oklah.. Our meeting ni kita santai-santai sahaja. Bukan nak bincang pasal kerja kamu. Just saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput kamu semua ke majlis pertunangan saya pada hari Ahad ini."

Semua staf terkejut mendengar pengumuman Puan Raisha temasuklah aku. Bukan apa, setahu mereka, mereka tidak pernah melihat Puan Raisha membawa mana-mana kenalan lelakinya naik ke ofis kecuali rakan-rakan bisnes.

"Tahniah Puan Raisha.." Beramai-ramai mengucapkan tahniah kepada Puan Raisha.

"Location majlis nanti saya akan share dalam group whatsapp. Okey, time's up. Thank you kerana meluangkan masa hadir ke sini dan saya minta maaf kerana mengganggu masa rehat kamu semua."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seperti biasa sebelum ke mana-mana aku akan menghubungi Hajjah Amirah terlebih dahulu.

Iman >> Assalamualaikum ibu...

Hajjah Amirah >> Ya.. Iman.. Iman sihat?

Iman >> Sihat ibu.. Ibu, ayah, adik-adik sihat ke?

Hajjah Amirah >> Alhamdulillah.. Semua sihat, Iman.

Iman >> Iman nak bagi tahu ibu ni, lepas asar Iman dengan kak Yan nak pergi rumah bos kitorang. Puan Raisha nak bertunang petang ni.

Hajjah Amirah >> Ooo ye ke.. Hati-hati keluar nanti. Selalu jaga diri.

Iman >> Baik ibu. Terima kasih ingatkan.

Bagi aku bercakap dengan Hajjah Amirah dapat menghidupkan jiwaku yang telah terkubur bersama Akif. Gaya percakapan dan gerakan tubuh Hajjah Amirah persis Akif. Aku percaya segala tingkah laku Akif banyak mewarisi Hajjah Amirah yang lemah lembut, sopan santun dan pandai berbicara.

Hajjah Amirah >> Ibu yakin Iman pandai jaga diri. Jadi Iman jangan risau kalau tak maklumkan ibu nak ke mana-mana. Ibu selalu titip doa buat Iman.

Dia perasan setiap kali aku nak keluar ke mana-mana aku akan menelefonnya. Hajjah Amirah sebenarnya juga tidak mahu ibu aku merasakan aku melebihkan dirinya dari ibu ku sendiri.

Iman >> Apa ibu tak suka Iman selalu macam ni? Iman dah terbiasa ibu sejak hidup bersama anak ibu. Nak ke mana-mana, Iman akan minta izin padanya. Tapi sejak Akif dah tiada, Iman tak tahu nak bercakap dengan siapa. Hanya ibu.. Walaupun ibu adalah ibu mertua, tapi Iman dah anggap ibu seperti ibu sendiri atau ibu tak pernah anggap Iman ni seperti anak sendiri?

Hajjah Amirah >> Iman jangan salah faham. Walaupun Akif dah meninggal, Iman tetap jadi anak ibu sampai bila-bila. Cuma ibu rasa ibu Iman lebih perlukan perhatian sebegini.

Iman >> Dari dulu dia tak pernah nak faham Iman. Apa yang Iman nak buat selalu je dihalang. Macam mana Iman nak bercakap dengan dia kalau dia tak pernah sedikit pun nak tahu isi hati Iman.

Sebelum aku membuat keputusan untuk kembali bekerja dengan Puan Raisha, ibu ku sangat membantah. Katanya Akif sudah tiada, dia tidak suka aku bekerja di KL seorang diri. Dia terlalu paranoid dengan bandar yang besar itu. Lain pula dengan ibu Akif yang percaya dan yakin dengan dirinya. Begitu juga ayahku. Kalau tak kerana ayah yang menyokong ku tentu sampai bila-bila pun hidupku tersiksa di dalam bilik ku.

"Mak tak suka Iman kerja balik kat KL tu. Akif dah tiada. Buat apa lagi nak kerja sana. Siapa nak jaga Iman nanti kalau sorang-sorang kat sana."

"Allah akan jaga kita, mak. Lagipun Iman dah terima tawaran bos Iman tu."

"Betul tu Yah. Kita doa yang baik-baik supaya Allah jaga anak kita ni. Sebelum ni Akif sakit-sakit, dia boleh je sorang-sorang pergi kerja. Kerja kat mana-mana pun semua bahaya, Yah."

"Awak tengok Iman tu, sejak Akif dah tiada, dah macam mayat hidup je duduk dalam bilik tu. Sekurang-kurangnya dia bekerja di KL, dia tak macam ni. Sibuk fikir pasal kerja. Di sini, banyak kenangan dia bersama Akif. Awak nak jiwa anak kita tu tertekan ke, Yah."

Disebabkan ayah juga aku membuat keputusan untuk bekerja semula. Melihat dia bersedih kerana keadaan ku yang tidak terurus sejak kehilangan Akif, aku bertekad tidak akan membiarkan ayah yang sentiasa menyayangi ku bersedih lagi.

Mana adik bos ya? Tak ada pun kisah dia. Macam mana nak ada, Iman Aulia' tak pernah terfikir pun pasal dia. Yang dia fikir nak pulihkan dirinya yang asal dan walaupun Akif sudah tiada, cintanya pada Akif tidak pernah terpadam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience