BAB 17 : Lakonan lagi

Drama Completed 30756

Che Yah yang sedang mengemas bahagian ruang tamu terpandang suaminya yang baru masuk ke dalam rumah.. Kepalanya ke kiri ke kanan sedang mencari sesuatu.

"Mana Iman, bang? Bukan ke abang gi jemput dia di stesen bas tadi?" Tanya Che Yah sambil memegang vacuum di tangannya.

"Ada dekat rumah mertua dia tu. Katanya nak ziarah kubur arwah Akif." Balas suaminya.

Che Yah kemudian duduk di sebelah suaminya atas sofa.

"Budak Iman tu la... Bukannya nak lekat dekat rumah kita dulu. Tiap kali balik kampung, mana ada dia nak duduk lama kat rumah kita ni." Bebel Che Yah.

"Yah jangan fikir macam tu. Cuba Yah berada dalam situasi dia. Walaupun dah hampir setahun arwah Akif meninggal dunia, kehilangan dia memberi kesan dalam dirinya. Bagi peluang hati dia sembuh sikit demi sedikit."

"Abang minta maaf kalau kata abang ni sakitkan hati Yah... Abang tengok Yah terlalu berkeras pada anak-anak. Sedangkan pada abang ni, Iman senang je dengar nasihat abang. Yah, cubalah berlembut dengan dia. Dia bukannya budak kecil lagi, Yah."

Che Yah bingkas bangun dari duduknya selepas suaminya habis berbicara.

"Tengoklah, bang.. Tapi.. Yah fikir lebih baik kita cari mana-mana lelaki yang baik untuk dia dan kahwinkan dia cepat-cepat. Dengan cara macam tu ja, dia cepat melupakan arwah Akif tu."

Sebaik sahaja cadangan diutarakan, Che Yah meninggalkan suaminya di ruang tamu dan terus ke dapur. Suaminya hanya menggelengkan kepalanya sambil memperhatikan tingkah laku isterinya. Che Yah sebenarnya isteri yang solehah dan baik hati tetapi dia tidak tahu kenapa kadang-kadang isterinya terlalu prejudis apabila anak-anaknya cuba ingin berdikari jauh ke tempat asing.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Setelah dua malam tidur di rumah mertuaku, atas nasihat Puan Amirah, aku pulang juga ke rumah keluargaku. Aku bukan tak nak pulang ke rumah sendiri, tapi tiap kali aku balik, ibu akan suruh aku lupakan Akif dan mulakan hidup baru. Kata-kata ibu amat menyakitkan hati aku. Namun, aku bertindak kurang bercakap dengan ibu agar aku tidak meninggikan suara pada ibu kelak. Dulu dia juga beria-ia suruh aku kawin dengan Akif, sekarang dia pula suruh aku melupakannya.

Selepas solat subuh, aku masuk ke dapur terlebih dahulu dan menyediakan sarapan pagi buat ibu dan ayah kerana pukul 10 pagi nanti aku akan pulang ke KL untuk bekerja esok.

"Mak... Iman dah siapkan sarapan ni. Ayah dah balik ke?" Tanya ku sebaik sahaja ternampak ibu ku masuk ke dapur.

" Jap gi balik la tu. Iman, bila balik KL?" Soal ibuku pula sambil mencari sesuatu dari bawah kabinet dapur.

"Pukul 10 pagi ni naik bas, mak. Mak, Iman minta maaf kalau ada sakitkan hati mak selama ini. Iman perlukan restu dan doa mak selalu."

Tangan ibuku terhenti dari mencari sesuatu. Dia hanya membalas, "Erm..."

Apa maksud 'erm' ibu ya. Dia restu aku tak? Tapi biasanya bila aku mula nak bercakap dengan ibu, pasti dia akan mengeluarkan Kata-kata yang boleh membuat aku terguris. Mungkin juga dia dah restu aku kot. Hopefully...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Biar betul, Iman.. Kawan adik bos tu suruh Iman berhenti kerja. Apa masalah dia dengan Iman? " Suara Kak Azean kedengaran cemas.

"Betul kak Yan. Iman pun tak tahu sebab apa. Tiba-tiba dia serang Iman macam tu. Dia cakap kalau Iman masih kerja kat sana, dia akan mengapa-apakan Iman. Tapi hari tu, dah tersungkur dia, Iman kerja kan."

"Ish takut la akak dengar, dia ugut Iman macam tu. Kena bagi tau Puan Raisha dan adik bos ni. Hari tu, akak ada terdengar, Puan Raisha dan Tan Sri pernah larang adik bos berkawan dengan dia. Si Leo tu berkawan dengan adik bos pun sebab duit. Adik bos tu kan pemurah. Senang je bagi duit kalau siapa-siapa minta."

"Tak payah la kot nak beritahu mereka. Lagipun Iman dah belasah dia cukup-cukup ritu. Biasalah kak.. Orang lelaki ni ego.. Dia dah kecut perut tu tapi masih lagi nak ugut-ugut. Nak jaga air muka dia la tu."

"Tapi, kalau perkara ni semakin parah, akak kena bagitau mereka juga. Hah, Iman jangan larang pula masa tu. "

"Baiklah akak. Hurm, Iman nak masuk bilik dulu la kak. Penat lah seharian duduk dalam bas."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Selesai sahaja mesyuarat di tingkat atas, aku bergegas keluar dari bilik mesyuarat kerana ada urusan kerja di luar.

Ting... Pintu lif terbuka. Tanpa aku sedar, adik bos berlari anak mengejar lif yang ingin aku masuki. Aku menekan butang pintu lif terbuka agar adik bos tidak ketinggalan.

"Assalamualaikum, Tuan Uwais."

"Wa'alaikumussalam. You terus ke kafeteria ke lepas ni?"

"Tak, Tuan. Saya ada janji dengan supplier baru kita sekarang ni."

"You ok ke berseorangan kerja kat bawah? Kadang-kadang kena jumpa supplier sana sini?"

Soal adik bos. Aku lebih selesa berbicara dengan dia sekarang ini. Formal. Tidak seperti awal-awal aku mula bekerja di sini. Kecil besar aku tengok dia macam daun keladi dahulu.

" OK je, Tuan. Mana-mana pun... Insya Allah saya boleh... Saya suka kerja macam ni."

Ting... Pintu lif terbuka.. Nak tahu apa yang aku nampak depan mata aku sekarang ni? Ex-girlfriend zaman sekolah adik. Hurm, mereka ni sudah berbaik ke? Tapi ku lihat raut adik bos seolah tidak senang dengan kehadirannya.

Aduh... Depan aku juga mereka nak berdrama.

"Uwais, lama I tunggu you kat sini. Jom, kita lunch." Rayu Airis dengan lenggok gediknya.

Adik bos berpaling ke arah aku. Ah sudah... Aku tahu cara dia pandang aku seolah ingin meminta pertolongan aku dari menghindari si Airis.

"Sorry la, Airis... Tunang I ni merajuk nanti kalau I keluar lunch dengan you. Dari I keluar lunch dengan you, better I date dengan tunang I. Tak lama lagi kami akan berkahwin. Sayang, jom... Lepas lunch kita nak jumpa supplier pula. Bye Airis."

Aik, tiba je dia keluarkan skrip tunang... Berkahwin... Namun begitu, dengan rasa bersalah, aku pun memainkan watak tunang adik bos. Tak pasal-pasal terlibat dengan mereka. Aku membuntuti adik bos dan kami meninggalkan si Airis yang kelihatannya agak tidak senang hati mendengar kata-kata adik bos kepadanya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience