BAB 23: Syakila

Drama Completed 30756

Aku merenung sambil membaca dalam hati syarat ke 5 adik bos. Wow.. Wow.. Wow.. Mampukah aku melakukannya. Aku mengerutkan wajahku tanda tidak puas hati membaca syarat yang ditulis adik bos.

SYARAT KE 5: Tiada panggilan Tuan untuk saya. Mulai saat ini gelaran kita hanya Sayang untuk awak, Abang untuk saya sepanjang masa dan tempat. Kalau gagal melakukan syarat ini, abang tidak teragak-agak untuk mencium bibir sayang seberapa banyak abang mahukan.

Kecil besar je kedua mataku selepas membacanya. Panjang pula tu adik bos menulis syarat itu. Rasanya, selagi ada ruang kosong selagi tu dia nak tulis kot.

"Macam mana sayang? Setuju tak? Tengok muka tu macam tak boleh buat je. Abang rasa syarat yang sayang usulkan tu lagi berat bagi abang. Tetapi abang orang yang menepati janji. Kalau tiada janji ni dah lama abang terkam sayang."

"Siapa cakap saya tak boleh buat... Boleh la.. Ha.. Tengok saya dah tandatangan surat."

Panas pula hatiku bila mendengar kata-kata adik bos itu.

"Ha...tu..ber'saya' lagi. Jadi terpaksalah abang denda sayang.."

Adik bos mendekati ku lalu merangkul pinggang ku. Gelabah aku dibuatnya. Tubuhku meronta-ronta untuk dilepaskan. Tetapi pelukan nya terlalu kemas. Bibirnya dirapatkan ke bibirku. Matanya menatap wajahku dengan penuh galak. Kepala otak ku telah memberikan signal yang tidak baik ke dalam hatiku. Hatiku mulai gelisah. Gelisah bukan sebab nafsu. Tetapi di saat ini gambaran wajah arwah Akif bermain di fikiranku. Aku akan rasa bersalah sekiranya terpaksa memberikan bibirku kepadanya. Hatiku menekankan bahawa segala tubuhku ini hanya milik arwah Akif walaupun dia sudah tiada. Mujur tangan kananku sempat menutup bibirnya dari bibirku.

"Please Tuan... Abaikan dulu hukuman ini. Saya tak bersedia lagi untuk panggil gelaran itu. Yang ni tak dikira jadi lagi ya. Boleh bagi masa pada saya sekejap. Kita start syarat ke 5 sebelum kita tidur nanti. Boleh ya?"

Adik bos terus mengangkat kepalanya. Dia mengalah setelah melihat aku yang sememangnya tidak bersedia memberikan bibirku untuk dijamahnya.

"Thanks sebab cuba memahami perasaan saya."

"Sayang ingat abang kejam... Abang nak ke dapur kejap. Abang bagi sayang masa untuk praktis. Abang tunggu sayang tunaikan syarat ke 5 sebelum tidur nanti." Sebelum dia keluar dari bilik, sempat pula adik bos mengenyitkan mata nakalnya ke arah ku.

Jantung ku bagaikan nak luruh sebentar tadi... Fuh... Normal kembali. Lepas ni, aku dah tak boleh buat salah dah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sejak berkahwin ni, aku perasan si adik bos ni, bila waktu rehat je mesti akan lepak dalam bilik aku. Lepas tu rajin pula tu bawakan bekal tengahari untuk aku. Sebenarnya, aku tidak selesa adik bos selalu seperti ini. Kalau boleh aku nak elakkan diri ku dari berdua-duaan dengannya. Tapi yang bagusnya, bila masuk je waktu solat zohor, dia akan mengajak ku solat berjemaah bersamanya di bilik. Cuma, aku tidak suka berbual lama dengannya kerana takut tersasul seperti kejadian tempoh hari. Fobia pula rasanya. Bila aku sedar yang rutin rehat adik bos adalah melepak ke bilik aku, aku mula pasang strategi. Tugas-tugas yang mana tidak perlu aku buat dalam pejabat, aku buatnya di luar. Kelakuan aku seolah berubah menjadi pengintip sekarang ini. Mana taknya, untuk mengelakkan diri ku dari adik bos, setengah jam sebelum rehat, aku berusaha menyorok di gudang, naik ke jabatan akaun ataupun berada di kawasan kafeteria. Sebelum menyorok ke sana, aku akan mengintai dahulu tempat itu sama ada selamat dari bertemu adik bos ataupun tidak. Setelah azan zohor, baru aku masuk ke bilik ku kerana aku tahu adik bos akan tetap menunggu aku untuk solat bersama ku. Kemudian selepas menyelesaikan solat, dia sendiri akan keluar naik ke pejabatnya semula.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Seronok kan, jadi menantu bos besar? Boleh ke sana ke mari tak ikut masa."

Sedang aku leka menyiapkan kerja di sebelah meja Kak Azean, seseorang telah mengeluarkan sesuatu kata-kata yang tidak enak aku dengari. Walaupun tidak enak didengari, aku bukanlah seorang yang mudah merasa sentap. Aku masih mengukir senyuman dan menahan sabar. (Sabarkan separuh daripada iman kita.)

"Iman... Nama je Iman tapi tidak sekuat iman dalam dada. Kau sama kan macam perempuan-perempuan lain. Sukakan Tuan Uwais sebab duit kan. Suami baru je meninggal sudah dapat pengganti. Atau kau memang berniat dari awal lagi mahu berkahwin dengan anak bos besar syarikat ni."

Kali ini bukan tahap kesabaranku yang teruji, Kak Azean yang tidak dapat menahan dirinya lagi, bangun untuk membelaku.

"Dah lama akak bersabar dengan perangai kau. Mana-mana tempat atas bawah kau asyik tak puas hati pasal Kak Iman ni. Macam-macam gosip kau burukkan dia. Kak Wani, cuba ajar anak saudara Kak Wani ni. Jangan memburukkan orang lain. Kalau tak tahu apa-apa.. kau diam. Kau tu budak praktikal je kat sini. Tak sampai setahun kerja kat sini. Ingat akak tak perhati sikap kau selama ni, terhegeh-hegeh pada anak bos, tapi akhirnya tak dilayan juga."

Wow hebat juga penangan tajam yang terkeluar dari mulut Kak Azean. Tidak sangka pula, sikap Kak Azean yang kurang bercakap selama ini, boleh menuturkan Kata-kata sebegitu.

Untuk tidak menambahkan suasana tegang, aku menggenggam tangan kak Azean dan menyuruhnya mengawal keadaan.

Manakala muka Kak Wani pula kemerahan sedang menahan malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh anak saudaranya itu tadi. Salah dia juga selama ini setiap benda yang dia tidak berpuas hati terhadap aku, dia akan terus bercerita kepada anak saudaranya itu.

"Kak Yan, sudahlah tu. Dia bercakap tentang Iman. Sepatutnya Iman yang melawan balik. Jom kita pergi kafeteria. Dah masuk waktu rehat ni."

Aku menenangkan Kak Azean supaya tidak mempedulikan Kata-kata anak saudara Kak Wani dan menarik tubuhnya keluar dari mejanya.

"Syakila... Iman... Masuk bilik saya sebentar."

Sebelum sempat kami keluar rehat, entah masa bila adik bos muncul dalam pejabat Kak Azean.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sepanjang pernikahan kami, aku tidak pernah nampak muka adik bos yang seserius itu. Aku dan Syakila berdiri di hadapan mejanya sambil menundukkan kepala. Aku tidak berani menatap wajahnya ketika ini. Mungkin dia sudah mendengar sesuatu yang terjadi di pejabat akaun tadi.

"Syakila, saya tak suka ada pekerja toksik bekerja di syarikat ini. Mulai sekarang, kemas barang kamu.. Cukuplah kamu buat praktikal setakat ini."

"Tapi tuan.." Syakila merayu.

"Sudah kamu boleh keluar." Adik bos tetap dengan keputusannya.

Aku menontoni Syakila keluar dengan lemah dari bilik adik bos dengan kekecewaan.

"And you... Sayang, baik kah sayang buat macam ni pada abang?"

Apa maksud si adik bos ni? Aku memicingkan mataku sedang memikirkan kesalahanku padanya.

"Buat macam mana?" Aku menyoalnya semula.

"Ya lah.. Abang cari sayang merata. Sayang pun tau kan, setengah jam sebelum masuk waktu rehat, abang akan terus ke pejabat sayang. Abang tunggu sayang lama tau.." Sambil menuturkan kata-katanya dengan lembut, dia merenung mencari anak mata kebenaran ku. Sedangkan aku mencari alasan untuk membalas kata-katanya.

"Sa..sayang..buat kerja lah. Bukan pergi mana pun. Ada jer dalam syarikat ni. Lainlah sayang keluar urusan di luar. Sayang selalu beritahu abang juga kan?"

"Sama je di luar ataupun dalam syarikat ni. Sayang hendak ke mana-mana, beritahu abang. Ingat abang tak sedar, yang sayang cuba jauhkan diri daripada abang."

Aku menggigit bibirku. Macam mana boleh kantoi ni.

"Tengok.. Sayang gigit bibir tu abang dah tau, semua tekaan abang tu betul. Sayang, abang tak izinkan sayang buat macam tu lagi. Masa rehat kita di sini, masa untuk kita berdua bercinta. Kecuali ada pekerjaan yang tak dapat dielakkan abang izinkan."

"Abang.. Sayang dah cakapkan pada abang dulu.. Kita berkahwin sebab sayang taknak mak sayang risaukan sayang. Shit... Saya tak boleh nak teruskan panggilan ni pada tuan.. Setiap kali saya cuba.. Saya rasa sangat mengkhianati cinta dan sayang saya pada arwah Akif."

Aku tidak sedar berapa lama adik bos sudah berdiri di hadapan ku, dia lantas mencengkam kedua-dua tangan ku.

" Sayang dah mungkir syarat ke 5 abang. Abang nak sayang bayarkan balik janji pada abang."

Oleh kerana aku terlalu rendah darinya, dia merendahkan tubuhnya ke arah ku. Kali ini dia bertindak betul dengan apa yang ditulisnya dalam surat perjanjian perkahwinan kami. Tetapi caranya tidak memaksa. Tindakannya lembut ketika itu. Aku dapat rasakan bibirnya melekat pada bibirku. Sekejap dia melepaskan ciumannya, sekejap dia menangkap bibirku lagi. Puas sudah aku menghalangnya. Tapi cubaannya berjaya. Dia menahan wajahku supaya aku tidak lagi melarikan bibirku. Akhirnya, dia melepaskan juga setelah beberapa kali, dia melakukan itu padaku.

Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan lalu menatap mataku. Kerana tidak tahan diperlakukan sebegitu, aku terus keluar dari biliknya tanpa berkata apa-apa. Dia sedar aku sedang menangis ketika ini, namun dia tidak menghalang ku beredar dari biliknya.

Assalamualaikum semua reader... ###Sejak arwah mak dan adik meninggal, terdetik hati sis... Sudah cukupkah amal sis untuk di bawa ke sana? Dulu fikir juga macam tu.. Tapi sekarang ni cara fikir tu cukup mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience