Sambil memusingkan kerusi yang diduduki nya itu kiri ke kanan, Uwais sedang asyik melihat foto yang diambilnya semasa majlis pertunangan kakaknya. Dia membesarkan gambar Iman 'Aulia sehingga tidak menampakkan sebahagian gambar yang lain.
' Iman... Iman... Kenapa hati ini masih bergetar bila berdepan dengan kau? Walaupun aku dah boleh menerima yang kau bukan milikku, aku lemah bila kau jauh dari ku."
Raisha seperti biasa dengan senyap suka menyelinap masuk ke pejabat adiknya. Lebih-lebih bila adiknya sedang mengelamun sejak akhir-akhir ini. Suka dia melihat adiknya kantoi di depannya.
" Kata dah move on... Tapi bila Iman 'Aulia dah kerja balik ke sini... Bukan main ya.. Rajin pula masuk kerja...."
Tersengih-sengih Raisha gelakkan tingkah laku adiknya. Manakala Uwais cepat-cepat menyembunyikan telefon bimbitnya ke dalam poket jaket. Takut Raisha perasan yang dirinya asyik melihat foto Iman.
"Memanglah mulut ni kata move on... Tapi kak...first time Uwais jumpa dia, seperti ada satu magnet yang menarik Uwais kepadanya. Cuba melupakannya tapi hati semakin sekuat menapak untuknya."
Raisha menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya menghadap Uwais.
" Hurm.. Akak pun first time interview dia, akak dah tertarik dengan peribadi dia. Akak senang berbual dengan dia.. Selesa meluahkan perasaan pada dia. Kerja dia pun excellent. Tapi Uwais.. Remember this, jangan menaruh hati pada isteri orang."
"Akak.. Kenapa Uwais rasa Iman sekarang ni berbeza dengan Iman yang dulu?"
Raisha mengjungkit kening kanannya.
"Berbeza macam mana?" Tanya Raisha pula.
"Berbeza...like..urgh.. Dia makin akrab dengan kak Yan. Datang kerja bersama.. Balik kerja bersama.. Lunch bersama.. Kadang-kadang time rehat dia suka terperap dalam pejabatnya seorang diri."
"You are stalker, Uwais." Sekali lagi Raisha memerli adiknya. Semua benda pasal Iman dia kaji.
"I'm talking seriously, kak. Yes, I am always stalk her. Akak, apa dia ada masalah dengan suami dia ke kak?"
"Kalau, dia ada masalah dengan suami dia, kenapa?"
"Hurm.. Nothing.."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari ini, aku balik seorang diri. Kak Azean pula pulang ke rumah keluarganya. Oleh kerana hati ini terasa kosong.. Sunyi.. Aku membuat keputusan untuk bersiar-siar ke ibu kota. Di sini la tempat kebiasaan aku dan arwah Akif melepak bila tiba cuti hujung minggu.
Sedang aku berjalan-jalan di kaki lima kedai pakaian, aku di halang oleh seorang lelaki. Lelaki itu menolak aku ke tembok dan mengelak dari orang yang lalu lalang melihat kami.
"Kau! Iman 'Aulia kan?" Dengan kasar lelaki itu menyoal. Kedua tangannya sedang menahan pada dinding yang aku sandar.
Dalam hati, jantung aku sudah berdebar-debar. Bukan takut padanya.. Tetapi terkejut dengan situasi ini. Seorang lelaki yang tidak dikenali, mengenali diriku.
"Ya.. Saya.. Iman.. Why? Saya tak kenal awak pun."
"Hurm cantik... Patut lah... Aku warning kau. Berhenti kerja dari syarikat itu.. Aku tak suka kau kerja kat sana."
Aduh.. Menderu darah aku bila ada orang cuba atur hidup aku. Lebih-lebih ada lelaki yang entah mana-mana pun aku tak kenal cuba ugut aku. Sesuka je minta aku berhenti kerja. Kau ingat aku takut dengan warning tu. Eh, hanya mak ayah aku je boleh atur hidup aku.
" Kalau aku tak nak berhenti, macam mana?"
Muka lelaki itu kelihatan berang bila mendengar soalan ku.
"Aku akaaaan..."
Belum sempat tangan lelaki itu menyentuh muka aku, aku menghadiahkan tumbukan pantas ke mukanya.. Terjatuh lelaki itu ke tanah. Wajahnya di gosok berkali-kali kerana kesakitan.
"Argh.. Tunggu kau... Kalau kau masih lagi kerja kat sana.. Tengok la nasib kau nanti..."
Ish.. Pengecut.. Dah jatuh terduduk pun masih nak warning aku. Seperti lipas kudung, lelaki itu pun berlari meninggalkan aku.. Pantang betul kalau ada lelaki buli perempuan macam yang aku kena tadi.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *.* * * * * * * *
"Ish.. Bedebah punya perempuan! Dia bukan perempuan biasa. Hanya satu tumbukan sahaja sudah buat aku tersungkur."
Leo menumbuk beberapa kali meja kayu di hadapannya. Tidak puas hati kerana dibelasah oleh Iman.
"Argh..." Leo mengerang kesakitan lagi.
"Iman 'Aulia!! Sebab kau lah aku hilang mata pencarian... Uwais tu bank aku tau.. Sebab kau datang kerja kat syarikat bapa dia semula, dia dah lama tak join aku. Sebab kau.. Perempuan kampung.. Tunggu lah nasib kau nanti."
Leo melepaskan geramnya. Sejak mengetahui Iman bekerja semula di syarikat itu, Uwais sudah mula berubah dan tidak mahu keluar malam bersama Leo lagi. Kini tanpa Uwais, dia tidak dapat lagi menipu duit Uwais dan diam-diam menggunakan wang Uwais sesuka hati. Sebelum ini Leo lah memperkenalkan perempuan-perempuan kepada Uwais supaya Uwais berpuas hati mempermainkan perasaan mereka.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Lepas kejadian diserang lelaki yang tidak dikenali, aku terus pulang ke rumah dan tiada hati untuk menyinggah ke mana-mana.
Ku sangkut kunci rumah ke dinding dan terus ke dapur mencari air kosong. Beberapa kali aku meneguk air, aku letakkan gelas kaca ke atas meja.
"Jap.. Jap... Bukan ke lelaki tadi pernah datang ke majlis tunang Puan Raisha... Tak silap aku, dia kawan adik bos.. Ya.. Ya.. Ya.. Betul.. Memang dia... Aku ingat lagi wajah dia... Apa masalah dia dengan aku ni? Gila ke apa lelaki ni..."
Lantak la dia.. Kat Malaysia ni ada undang-undang. Nak takut apa pada lelaki itu.. Allah juga ada untuk jagakan aku. Setiap masa aku doakan pada Allah supaya Allah pelihara aku baik-baik di sini. Aku yakin, dengan berdoa padaNya, segala masalah atau musibah akan dapat diselesaikan dengan lancar dan tenang. Esok pagi, aku nak balik ke Perlis. Rindulah pada arwah Akif. Akif... Tunggu 'Aulia balik ya.
Jangan bersedih wahai hati.. Berdoa lah kepada Allah... Kerana doamu itu menenangkan kehidupan mereka yang telah pergi.
Share this novel