BAB 21: Perjanjian

Drama Completed 30756

"Ha ha ha..... Puas hati aku... Ingat kau handal sangat... Guna otak lah lain kali... Kalau aku tak boleh tandingi kau tapi banyak cara yang boleh hapuskan kau kat dunia ni. Padan muka kau. Mampus la kau..."

Leo ketawa kuat. Berasa puas hati kerana berjaya merempuh Iman. Dia yakin Iman tidak lagi akan menjadi penghalangnya mendekati Uwais selepas ini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

" Papa.. Uwais ingin berkahwin dengan Iman." ujarku.

"Uwais waras atau tidak? Iman kan sudah bersuami?"

"Haah la Uwais ni... Akak ingat Uwais dah berubah.. Tapi masih macam dulu."

"Tak Papa.. Akak.. Suami Iman sudah meninggal setahun yang lepas. Selepas dia mengalami kemalangan tempoh hari, Uwais baru tahu tentang kematian suaminya. Dia sengaja tidak beritahu tentang itu sebab awalnya dia cukup tertekan kehilangan suaminya dan dia masih tidak dapat melupakan suaminya sehingga hari ni."

"Ya Allah. Patutlah masa akak offer kerja pada dia hari tu, suara dia lain macam. Akak ingat suaminya sudah selamat dari pembedahan itu. Kasihannya Iman."

Tan Sri Hamdi membelai-belai janggut putihnya setiap kali dia mula ingin memikirkan sesuatu.

"Uwais.. Uwais baru cakap tadi, Si Iman itu masih tidak dapat melupakan arwah suami dia. Bagaimana dia nak terima Uwais kalau hati dia masih lagi pada arwah suami dia?"

Raisha menunggu balasan Uwais selepas ditanya ayah mereka.

"Entahlah papa.. Uwais tak nak fikirkan perkara itu. Yang Uwais tahu, hati Uwais ini kuat untuk menjadikannya suri hati hidup Uwais. Cukuplah dia hilang dari mata Uwais sebelum ni. Sejak Uwais tahu keadaannya, Uwais tak nak dia pergi jauh lagi dari Uwais. Uwais sudah pun bercakap dengan mak ayah Iman tentang niat Uwais. Mereka juga tidak menolak dan mereka akan berbincang dengan Iman nanti." Uwais berkeras dengan keputusannya.

Tan Sri Hamdi menepuk-nepuk belakang Uwais. Apa nak dikata kalau begitulah keputusan anak lelakinya. Lagipun, pada pandangannya, si Iman sudah memenuhi syarat menantunya. Memang sebelum ini, sejak dia melihat perilaku Iman, dia berangan-angan mempunyai menantu sepertinya.

"Tetapi sekiranya Iman tidak bersetuju, papa harap Uwais boleh terima kenyataan ini."

Uwais lantas memeluk ayahnya. Sebenarnya dia pun tidak tahu apa akan terjadi sekiranya Iman menolak niatnya itu.

"Papa, akak rasa... Baik esok kita pergi ke kampung Iman. Berjumpa dengan keluarganya. Lagipun Iman sedang cuti sakit di sana. Eloklah kalau kita discuss awal perkara ini dengan mereka." Cadang Raisha.

Uwais menunjukkan kedua-dua ibu jarinya kepada Raisha kerana memberikan cadangan bagus untuk dirinya. Melihat gelagat kedua-dua anaknya itu, dia terus bersetuju dengan cadangan anak perempuannya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Flashback di hospital.

Uwais memandang sepasang suami isteri yang baru keluar dari wad yang dihuni Iman. Sebenarnya, dia sudah tahu siapa pasangan itu kerana secara tidak sengaja dia telah mendengar perbualan mereka anak beranak tadi.

"Assalamualaikum pakcik.. Makcik.." Uwais menghampiri mereka.

"Wa'alaikumussalam. Anak ini siapa." Tanya ayah Iman.

"Nama saya Uwais. Anak pemilik syarikat yang Iman sedang bekerja sekarang ni. Saya yang hantar dia ke hospital selepas Iman kemalangan semalam. Boleh kita berbicara sebentar pakcik.. Makcik.."

Uwais mengajak mereka kafeteria. Dia tahu ibu bapa Iman masih belum sarapan kerana baru sahaja tiba dari kampung.

"Tadi encik cakap nak bicara apa kat pakcik? Apa Iman ada buat kerja tak elok ka selepas kerja?" Keluar loghat utara dari ayah Iman.

"Eh, tak adalah pakcik. Iman tu adalah pekerja terbaik dalam syarikat. Jujur, cekap dan amanah. Pakcik jangan risau. Sebelum tu panggil saya, Uwais sahaja. (Dengar macam terlebih memuji je, Uwais.. Nak tackle bakal mertua ka?)

"Ooo, Jadi, Uwais Saja ni nak sembang apa dengan pakcik?"

Terbatuk Uwais selepas meneguk beberapa kali minuman yang dipesannya.

Dalam hati ayah Iman, sudah menahan ketawa apabila melihat gelagat Uwais. Dia sengaja menguji sesiapa yang baru dikenalinya.

"Abang ni... Nama budak ni Uwais.. Bukan Uwais Saja. Maaf la Uwais. Pakcik ni dia saja mengona. Dia dengar tadi. Macam tulah pakcik ni. Tak kira tempat dia nak bergurau. Mujuq tak tersembuq air kat muka dia." Tegur ibu Iman pada suaminya.

Walaupun banyak loghat utara yang di lontarkan, Uwais masih faham apa yang diperkatakan oleh ibu dan ayah Iman.

Mereka ketawa bersama-sama.

"Tak apa lah makcik pakcik... Sebenarnya... saya nak menyunting anak pakcik makcik untuk dijadikan permaisuri hati saya. Maaflah kalau cara saya ni tak sopan."

"Anak pakcik yang mana satu?"

"Abaaang.. Takkan pulak dengan budak dua orang kat asrama tu. Mestilah si Iman tu. Depa kan satu pejabat."

"Hish.. Nak melawak sikit pun tak boleh la, Cik Yah ni. Hurm, macam ni. Pakcik dengan makcik tak menghalang siapa pun yang akan jadi suami Iman. Yang penting patuh perintah Allah dan berakhlak. Satu lagi dia ni janda. Baru setahun suami dia meninggal. Takkan Uwais berkenan kat dia? Dah la hensem.. Tengok gaya macam teruna lagi."

"Pakcik.. Makcik.. Saya tak kisah status janda dia. Apa yang saya suka tentang dia, dia pandai jaga maruah diri, taat perintah Allah dan menyayangi arwah suami dia. Itu yang buat saya sukakan dia. Tapi terus terang, saya ni masih lagi belajar nak perbetulkan kekurangan diri saya."

"Cik Yah macam mana?"

"Dari awal lagi saya tak kisah dia berkahwin lagi. Ada juga orang yang menjaga dan menemani dia." jawab Ibu Iman.

"Macam ni, Uwais. Kami akan berbincang tentang hasrat Uwais ni kepada Iman. Kalau dia setuju kami terima keputusan dia. Tadi pun bila disoal untuk berkahwin lain, dia dah mula merajuk dengan kami."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Selepas selesai berbincang bersama keluarga adik bos, aku meminta izin dari Tan Sri Hamdi dan ibu bapa aku untuk membawa adik bos berbual di luar laman rumahku yang sedikit sempit. Biasalah.. Rumah semi-d.. Tidak sebesar laman di rumah orang kaya seperti mereka.

Kami berdua duduk di ruang yang mempunyai kerusi yang disediakan untuk tetamu yang datang.

"Saya terima tuan sebab saya tak nak mak saya risau tentang saya lagi. Tapi saya tak boleh jatuh cinta pada tuan. Sebab cinta saya hanya pada arwah Akif."

Adik bos nampaknya tidak membantah apa yang dikatakan oleh aku. Selepas Iman menjadi isterinya nanti, dia akan berusaha membuatkan Iman jatuh cinta padanya pula.

"You tak takut berdosa ke lebih mencintai orang lain selain suami sendiri walaupun orang yang awak cinta tu dah tiada? Walaupun ilmu agama saya kurang daripada you, tapi apa yang saya tahu, syurga seorang isteri adalah suaminya."

Adik bos merenung aku selepas itu dan menunggu balasan dari aku.

"Saya nak kita buat perjanjian hari ni. 1) Perkahwinan kita nanti hanya sah dalam surat nikah sahaja. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri tetapi tiada hubungan intim antara kita. 2) Setiap kali sebelum tidur, saya nak Tuan redha dan maafkan saya sebab tak melayan tuan seperti mana yang isteri buat pada suaminya. Lagipun, saya tak nak masuk neraka. Syurga kan pada tuan nanti. 3) Kalau tuan sudah jumpa orang yang cintakan tuan, kita perlu bubarkan perkahwinan kita segera. Hurm, kalau tuan tak setuju.Tak jadilah saya nak kahwin dengan tuan. "

Lama adik bos berfikir akhirnya dia mula membalas kata-kataku tadi.

" Itu je ke apa yang you nak? Saya bersetuju dengan apa yang you usulkan tadi tapi saya nak tambah dua lagi perjanjian dalam perkahwinan kita. Boleh tak?"

" Cakaplah saya dengar..."

Adik bos menggosok-gosok dagunya sambil berfikir apa yang ingin dia letakkan syarat dalam perjanjian yang dibuat oleh aku.

" Yang ke 4) Saya nak you layan saya macam biasa. Tak ada rasa kekok. Macam you layan saya sebelum ni."

"Senang je tu. Satu lagi.." yakin aku menjawabnya.

Ish tersengih-sengih pula adik bos ni.. Cepat la cakap..

"Yang last tu.. Saya akan beritahu selepas kita kahwin. You jangan risau. Yang Last tu senang juga syaratnya. Boleh ke tidak.. Ketiga-tiga syarat you saya berani sahut... Takkan syarat yang ni pun you tak nak sahut.."

Ish.. Cuba pancing aku pulak adik bos. Ingat aku tak berani.

" OK... Balik ofis nanti, saya siapkan kertas perjanjian kita." Aku tak nak mengalah dengan adik bos. Terpaksa lah aku ikutkan juga rentaknya.

"

Ya Allah.. Berikanlah kami kekuatan, Berikanlah kami keampunan, Berikanlah kami petunjuk yang diredhai.. Selamat malam semua.. Hope enjoy.. Jangan lupa sebelum tidur baca surah al mulk dulu. Kalau boleh baca novel berjam-jam takkanlah surah yang ada 30 ayat ni tak boleh kita luangkan masa untuk dibaca. ( # Sebenarnya aku nak sindir aku sendiri.. Kadang-kadang aku terbabas juga. Hihi. Tapi azam 2024, aku tak nak jadi macam aku yang 2023. Yang 2023 ni aku rasa aku insan yang lalai. Yang 2024 ni, aku nak polish diriku bagi berkilat lagi . Walaupun orang lain tak nampak, aku nak Allah je nampak.)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience