BAB 30: I Hate You

Drama Completed 30756

Tidak seperti biasa, malam itu aku menunggu Uwais pulang ke rumah. Di sebalik balkoni bilik tidur kami, aku melangkah keluar menanti kepulangannya dari atas. Kereta Uwais berhenti di hadapan pintu pagar dan aku memerhati dari jarak jauh hanya papa mertua ku sahaja yang berjalan masuk ke dalam rumah. Selepas itu, Uwais pun memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumahnya.

Aku mencebik mulutku. Wajahku masam mencuka. Kenapa adik bos ni.. Tak pernah pula sebelum ni dia keluar malam. Malam ni, tiada satu perkataan pun darinya memberitahu ku ke mana dia mahu pergi. Beberapa minggu ini, emosi ku tidak menentu. Kadang hidupku ceria melihat Uwais berada di depan mataku tetapi bila dia cuba menghampiriku, aku berusaha mengelak darinya. Semakin dia mendekati aku, mulalah kepala ku merasa pening dan ingin pitam.

Mahu menghantar mesej untuk bertanya kepada Uwais, namun aku teragak-agak untuk menghantar mesej kepadanya. At least, beritahu la aku dia mahu ke mana. Patutkah aku bertanya padanya. Kalau aku bertanya, takut dia rimas pulak dengan soalan aku yang macam tu. Tapi aku isteri dia kan.. Selagi aku tak tahu ke mana dia pergi, fikiran ku membayangkan yang dia sedang mengkhianati aku di belakangnya. Almaklumlah, dulu dia seorang playboy. Mungkin ada sekelumit dari sikapnya itu masih sukar untuk diubah. Astaghfirullahal'azim. Aku harus positif. Nyah hasutan kau syaitan. Kau tak berjaya menghasut aku. Aku yakin dia tidak seperti yang aku bayangkan sekarang.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku tidak cukup tidur semalam. Sepanjang malam aku asyik terjaga kerana memikirkan ke mana perginya Uwais. Setiap kali terjaga dari tidur, aku meraba-raba sebelah katilku untuk memastikan Uwais sudah pulang. Hatiku hampa. Dia masih tidak pulang. Aku cuba menghubunginya tetapi telefon bimbitnya dimatikan. Tak apa lah, mungkin dia tidak pulang malam ni. Mudah untuk aku pada esok paginya melakukan eksperimen. Tak payah nak buat sorok-sorok darinya.

Selepas bangun tidur untuk melakukan solat-solat sunat, aku membawa bersama alat menguji kehamilan masuk ke dalam bilik air. Aku membaca beberapa kali arahan supaya tidak melakukan kesilapan. Berdebar-debar jantung aku tidak sabar menunggu keputusannya. Selang beberapa minit kemudian, aku cuba melihat hasil keputusan.

"Ya Allah... Double line... Maksudnyaaaa.. Aku pregnant la kan... Allah.. Allah.. Aku macam tak percaya.. Betul kah ni, Ya Allah..." Bibirku mengukir tersenyum sehingga ke telinga.

Walaupun aku tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak sekarang ini tetapi aku menerima keputusan ini dengan penuh redha dan rasa bersyukur.

Dari selesai melaksanakan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan sehinggalah menunaikan solat subuh, batang hidup Uwais masih tidak muncul. Dia terasa hati dengan aku ke disebabkan sikap ganjil aku beberapa minggu ini? Sebab itu juga dia berkelakuan tidak seperti biasa malam tadi. Aku menghubungi telefon bimbit Uwais sekali lagi. Namun, dia tetap tidak dapat dihubungi. Tak apalah... Nanti kalau aku jumpa dia, aku akan jelaskan segala-galanya. Abaaaang.... Awak tengah merajuk dengan sayang ke sekarang ni. Abang jangan merajuk lama-lama.. Tak lama lagi kita nak ada baby.. Tersipu-sipu aku menahan senyum. Tidak sabar aku nak beritahu Uwais semua ini.

Oleh kerana aku tiada kenderaan untuk ke tempat kerja, aku menyewa sebuah grab. Boleh saja aku menumpang kereta papa mertuaku tetapi aku tidak mahu berbuat begitu supaya dia tidak berfikir bukan-bukan pasal aku dan anak kandungnya. Lagipun kami tidak bergaduh pun. Cuma ada salah faham sedikit. Jadi, aku tidak tahu bagaimana ingin menerangkan keadaan kami jika aku menaiki kenderaan bersamanya nanti.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Satu hari ini aku sibuk menguruskan kerja ku yang berlambak di gudang. Banyak stok yang baru tiba dan aku lah yang kena bertanggungjawab memastikan stok baru masuk itu cukup dan dalam keadaan baik.

Aku mengerling jam di tangan ku.. Tidak sedar rupanya sudah hampir waktu rehat. Setelah siap kerja ku di gudang, aku pulang ke pejabat ku. Biasanya waktu begini Uwais sudah menunggu ku di sana. Namun hatiku sedikit kecewa kerana mengharapkan Uwais yang tidak kunjung tiba.

Fikir positif, Iman... Positif.... Aku mendail sekali lagi nombor telefon Uwais. Seperti sebelum ini, nombornya masih tidak dapat dihubungi. Aku mencapai beg tangan ku lalu cuba mencari Uwais di pejabatnya. Takkan dia merajuk teruk macam ni. Sekurang-kurangnya Janganlah matikan telefon.

"Eh, Iman... Nak ke mana?" Tegur Kak Azean yang terserempak dengan aku di hadapan pintu lif.

"Jumpa adik bos la.. Hihi.." Balas aku.

"Tu adik bos..di kaunter lobi tu.." Beritahu Kak Azean sambil bibirnya muncung ke arah adik bos.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Maaf Aulia'. Abang nak tengok betul ke Aulia' sayang abang. Uwais sengaja tidak mendengar Iman memanggilnya dan menerima ajakan Airis makan tengahari bersamanya.

Langkah kaki Iman semakin perlahan dan terus menghentikan langkahnya sambil memerhatikan Uwais dan bekas kekasihnya yang sedang berjalan menuju ke arah parkir kereta.

Kau kena bertenang, Iman. Jangan ikut perasaan. Wajahnya terasa hangat tiba-tiba. Dia cuba mengawal perasaan kesal terhadap Uwais. Adakah selama ini, kasih sayang yang kau tunjukkan ini hanyalah mainan sahaja? Ataukah kau sudah berjaya membalas dendam kerana tidak membalas perasaan kau selama ini? Aku pernah cakapkan, aku perlukan masa untuk sembuhkan diri aku. Tapi kau pernah cakap, kau sanggup tunggu aku jatuh cinta pada kau. Bila aku dah betul-betul sayangkan kau, macam ini kau layan aku? Adik boooooos. I hate you.

Setelah tiba waktu pulang, Uwais pun mencari Iman di pejabatnya. Dia ingin melihat tindak balas Iman terhadapnya yang terang-terang keluar berduaan dengan bekas kekasihnya tengahari tadi.

"Tuan... Cari Puan Iman ke? Dia tak masuk ofis lepas keluar lunch tadi." beritahu pekerja am syarikat papanya yang sedang lalu di hadapan pejabat Iman.

"Oh, macam mana boleh lupa pula. Dia ada beritahu saya tadi nak balik awal. Thanks, bro." Sengaja Uwais menutup malu padahal Iman tidak pula memberitahunya apa-apa.

Uish.. Dia cemburu ke? Tak boleh jadi ni.. Kalau betul dia cemburu, kang malam ni aku kena tidur di luar bilik ni. Tak boleh jadi ni.. Argh.. Nak balik rumah cepat lah macam ni.

Hi, Assalamualaikum.. Semua reader.. #Rasa2 ada ke si Iman tu kat rumah, Uwais?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience