BAB 25: Merajuk

Drama Completed 30756

Tersedar dari tidur, Uwais membuka matanya dengan hati penuh ceria. Apa tidaknya, dapat peluk isterinya sampai ke pagi. Si isteri pula masih tidak sedarkan diri lagi. Mungkin disebabkan bantal peluknya kali ini membuatkan tidurnya nyaman sekali.

Aroma segar tubuh dalam dakapan Iman menyenyakkan tidurnya semalam. Haruman bau yang telah lama hilang itu mengulit rindu pada yang tiada. Kerinduannya kepada arwah Akif terbawa-bawa ke dalam mimpi malam itu. Semakin Akif menjauh Iman cuba mendapatkannya. Dia peluk erat tubuh Akif supaya dia tidak menghilangkan dirinya lagi. Namun kenyataannya, dia sedang memperlakukan tindakannya itu terhadap Uwais. Apa lagi, bertambahlah bahagia Uwais malam itu.

"Akif.. Aulia' rindu sangat-sangat. Jangan hilang lagi ya."

Bersabarlah wahai hati. Akan ku curi hatimu yang tersimpan kemas itu. Uwais tidak berkecil hati meskipun dalam mimpi isterinya hanya muncul Akif.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aduuuuh... Malunya aku. Macam mana pula aku boleh terpeluk balik adik bos. Mesti dia ingat aku ni sudah mula sayangkan dia. Maaf adik bos ya.. Aku tak tersengaja nak peluk kau... Janganlah kau fikir bukan-bukan padaku.

Dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri dan malu untuk memandang ke arah depan. Muka ku alihkan mengadap cermin tingkap kereta sambil dua jari sebelah tangan kanan ku mengurut kedua-dua kening ku.

Manakala si adik bos, pagi-pagi lagi senyum memanjang. Bukan itu sahaja, nampak sangat dia sangat gembira hari ini, tidak berhenti menyanyi-nyanyi di dalam keretanya. Sekiranya tidak tahu lirik lagu, dia hanya mengikut rentak muzik lagu yang dimainkan di radio keretanya.

Sebelum keluar dari perut kereta, aku menghulurkan tangan padanya. Kemudian aku mencium tangan kanannya.

"Aulia'.... Ingat selalu ni.. Abang sayang kamu."

Niat ku untuk keluar dari kereta dengan segera terbantut. Aku terus memandang adik bos setelah dia memanggil namaku Aulia'.

"Hanya Akif sahaja yang boleh panggil nama tu. Sesiapa pun tidak dibenarkan panggil."

"Tapi dia sudah jadi arwah, sayang. Abang akan selalu panggil Aulia'.. Aulia'... Supaya abang berhak dicintai dan disayangi pula."

"Saya kata tak boleh.. Tak boleh la.." Aku cukup sakit hati dan beremosi apabila mendengar kata-kata adik bos lalu terus berlari meninggalkannya seorang diri di dalam kereta.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ya Allah.. Astaghfirullahal'azim.. Aku baru sedar aku telah tinggikan suara pada adik bos pagi tadi. Mungkin sebab itu, dia tidak menyinggah ke bilik ku pada waktu rehat dan tidak solat berjemaah bersama ku zohor tadi. Aku rasa bersalah dengan tindakan ku padanya pagi tadi.

Oleh kerana setengah hari ini aku tidak dapat menemui adik bos, aku hanya menghantar mesej kepadanya untuk memberitahunya yang aku mempunyai perbincangan dengan pembekal baru di luar. Namun dia 'blue tick' saja mesej yang aku hantar. Biasanya dia akan membalas. Ok, sayang.. Take care.. Love u so much.. atau lain-lain ayat yang sangat romantis.

Tanpa menunggunya membalas mesej aku, aku segera keluar dari pejabat ku. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu apa aku kerjakan sekarang ini.

Tiba di luar lobi aku terserempak adik bos dengan seorang wanita yang sudah berumur tetapi masih bergaya sedang berbual dengannya. Namun suasana mereka bersama sangat tegang. Aku tidak tahu apa yang di bualkan kerana ketika aku hampir dengan mereka, adik bos tidak menegurku, walaupun aku lalu dihadapannya dan dia terus meninggalkan wanita tua itu sendirian.

Aku melihat wanita tua itu mengesat pipinya seperti baru lepas menangis.

"Puan, ok ke?" Tegur aku.

"OK.. Tak apa-apa. Hurm, anak ni Iman Aulia', bukan?"

"Er Macam mana puan kenal saya?"

"Sebenarnya, auntie ni mama Uwais."

"Oh, senang hati jumpa auntie. Panggil saya, Iman je. Hurm saya ada hal sekarang ni. Tak boleh berbual lama. Macam mana erk.. K, ni kad nama saya. Nanti kalau auntie or Iman ada masa, kita call balik k."

Sebelum beredar, aku memeluk tubuhnya. Aku bertanya pada diri sendiri adakah mereka anak beranak ini baru lepas bertengkar. Seorang muka kelihatan tegang, seorang lagi sedang menahan kesedihan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku ingatkan si adik bos ni tak nak balik dengan aku. Rupanya, dia sudah menunggu ku di luar lobi. Baru je aku bercadang ke monorel. Bukannya aku tiada kereta. Selepas berkahwin, adik bos sudah hadiahkan aku sebuah kereta. (Tak payahlah beritahu kereta jenis apa. Tapi style aku, Aku suka kereta yang kecil, mudah untuk parkir dan body nampak maskulin. Baru ganas.) Namun katanya dia ingin mengambil masa bersama ku di dalam kereta lalu dia mahu aku pergi kerja bersamanya setiap hari.

Kami berdua di dalam kereta. Dia kurang berbicara seperti hari-hari yang lain. Biasanya, dialah yang suka mulakan dahulu perbualan di dalam kereta. Kekok pula bila suasana sebegini. Aku cuba menyusun kata untuk memulakan perbualan kami.

"Sayang minta maaf sebab dah tinggikan suara pada sayang." Ucapku. Wajahnya ku pandang tetapi kata-kataku tidak sedikit pun membuatkan dia berpaling wajah ke arah ku.

"Sayang tahu sayang salah. Sayang ikutkan perasaan. Bolehkah maafkan sayang."

Abang sentiasa maafkan sayang sebab abang tahu abang ambil sayang dalam keadaan sayang tidak dapat menerima abang. Keadaan di mana lelaki yang sepenuh hati sayang cintai tinggalkan sayang untuk selama-lamanya. Rawat lah selama hati sayang untuk pulih. Abang janji, abang akan berusaha untuk meraih perhatian dan cinta sayang. Pada akhirnya sayang akan jatuh cinta pada abang dan arwah Akif adalah kenangan terindah yang perlu sayang simpan.

Adik bos masih berdiam diri dan tidak membalas kata maaf ku ucapkan tadi. Bahkan dia meneruskan pemanduannya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Nampaknya rajuk adik bos makin panjang sampai ke malam. Aku masakkannya nasi beriani kambing bakar kegemarannya tetapi yang aku dapat adalah perhatian dan pujian dari bapa mertuaku. (Biar betul tak sedap masakan ku. Padahal dia berulang tambah nasi beberapa kali ketika itu.)

Selesai makan malam, adik bos dan bapa mertuaku ke masjid. Manakala aku Abc (Allah bagi cuti) hari ini. Dalam bilik seorang diri, aku berfikir bagaimana caranya memujuk hati adik bos nanti. Rasa sunyi pula bila adik bos tidak berperilaku seperti biasa.

Sedang aku berbaring di atas katil, beberapa lama kemudian, adik bos pun pulang dari masjid. Dia meletakkan songkok yang dipakainya tadi ke dalam almari dan menyalin baju yang dipakainya tadi. Aku mencuri pandang adik bos menyalin baju. Tidak sedikit pun dia cuba untuk memerhati ku yang berbaring di atas katil itu. Marah benar dia padaku. Kemudian dia berjalan menuju ke katil lalu merebahkan tubuhnya di sebelah ku.

Lampu tidurnya di tutup dan dia meletakkan sebiji bantal panjang di antara kami berdua. Biasanya, bantal panjang itu aku yang akan letakkan di tengah-tengah antara kami berdua kerana dahulu aku takut adik bos sengaja ingin menyentuhku ketika aku sedang nyenyak tidur. Sebelum tidur, dia juga suka mengusik ku tetapi malam ini dia terus memejamkan mata. Mujurnya posisi badannya tidak membelakangi ku dan aku dapat melihat wajahnya itu. Nampaknya, dia memang tidak mahu berdamai denganku.

Hurm apa ya caranya supaya dapat melembutkan hati adik bos dan pengampunan maaf darinya. Aku tidak mahu tidur dalam keadaan berdosa padanya.

"Abaaaang.." Aku memanggilnya lembut tetapi tidak di sahut lagi.

Oleh kerana tidak puas hati panggilanku tidak di sahut, aku memindahkan bantal panjang itu ke arah lain. Selagi dia tidak memaafkan aku selagi itu aku akan cuba buat dia maafkan aku.

Ku rapatkan tubuhku dekat dengan tubuhnya. Tanpa berfikir panjang aku terus memeluk tubuhnya erat-erat. Wajahku rapatkan di dadanya.

"Abang... Maafkan sayang, bang. Sayang tak boleh tidur kalau abang tak dapat maafkan sayang." Rayuku padanya.

"Abang boleh maafkan sayang sekiranya sayang peluk abang macam ni sampai pagi."

Akhirnya aku dapat tersenyum kembali apabila adik bos sudah mula melembutkan hatinya yang marah itu.

Dia menatap lembut wajahku lalu mencium dahiku. Senyumannya juga mula terukir. Entah mengapa aku dapat rasakan cairnya hati melihat senyumannya itu. Di tambah pula aroma segar di tubuhnya.

"Abang dah maafkan sayang."

Pelukanku padanya bertambah erat supaya sepenuhnya dia dapat memaafkan segala dosa aku tadi.

Hai reader semua. Assalamualaikum... Selamat membaca.. #Semalam merupakan hari ke40 mak dan adik sis meninggal. Semoga roh mereka berdua tenang di alam sana dan ditempatkan di syurga. Aku bangga ada ayah yg kuat hatinya. Dia kuatkan hatinya supaya kami adik beradik juga kuat menerima pemergian mereka. Dia selalu memberi kata positif kpd kami setiap hari. We love u abah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience