Chapter 33: Rayuan Kemaafan

Drama Completed 30765

Iman memujuk Uwais untuk tinggal di rumah mamanya dalam beberapa hari lagi. Niatnya satu, mungkin inilah ketentuan Allah memberi peluang kepada anak-beranak ini untuk memperbaiki hubungan mereka. Oleh kerana tidak menghampakan keinginan Iman, Uwais menurut kata tanpa membantah.

"Thanks.. Iman." Ucap Mama Uwais. Dia sangat gembira bila mengetahui menantu dan anak lelakinya itu akan tinggal di rumahnya untuk beberapa hari lagi.

"Sama-sama, mama. Iman cuma nak tengok hubungan mama dan Uwais pulih." Mereka berpelukan. Mama Uwais terharu dengan kata-kata Iman itu.

"Mama isteri yang derhaka dan mama yang banyak dosa pada anak-anak mama. Layakkah mama diampunkan, Iman? Mama sangat menyesali kesilapan mama dahulu."

"Mama jangan risau. Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Insyaa Allah, suatu hari Allah akan mendengar doa mama dan melembutkan hati orang-orang yang mama sayang."

Mama Uwais cukup berbangga pada Uwais yang bijak memiliki pasangan hidup yang sebaik Iman.
"Uwais dah tau ke yang Iman sedang mengandung?"Tanya mama Uwais pula.

" Belum mama."

Pertanyaan mama Uwais membuatkan fikirannya berputar kembali kejadian ketika Uwais memujuknya. Bagaimana untuk beritahu berita gembira itu kerana masa itu Uwais banyak melampiaskan perasaan rindunya terhadap Iman. Sehingga dirinya juga terbuai-buai dan mengikut rentak suaminya itu dan terlupa untuk berkongsi berita gembira. Hati Iman tercuit gelihati.

Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh Uwais.

"Aulia' mengandung?" Tanya Uwais yang muncul tiba-tiba di antara perbualan mereka.

"Yup. Aulia' mengandung. Awalnya, Aulia' nak beritahu abang. tapi abang cari pasal dengan Aulia'.. Jadi, Aulia' terpaksa diamkan keadaan Aulia' ni."

"Sampai hati erk... Aulia' tak kongsikan berita gembira ni." Uwais bergurau dengan nada merajuk. Namun, di dalam hatinya sungguh teruja bila mendengar dirinya bakal menjadi seorang bapa.

Iman menginjak punggungnya ke kiri untuk memberi ruang kepada Uwais duduk di sebelahnya.

"Aulia' minta maaf sebab Aulia' abaikan abang beberapa minggu lalu. Sebenarnya, semua itu terjadi secara tidak sengaja. Aulia' pun tak sedar sikap Aulia' tempoh hari sudah buatkan abang terasa hati dengan Aulia'. Rupa-rupanya perubahan sikap Aulia' ini disebabkan pembawaan ibu mengandung. Aulia' tidak boleh dekat dengan abang, kalau tak... badan dan kepala Aulia' rasa tak selesa. Mulalah pening dan rasa nak pitam. Sebab tu la Aulia' fobia nampak abang dan jauhkan diri dari abang."

"Nampak gayanya abang terpaksa elakkan diri dari Aulia' la ni."

"Abang tau tak, walaupun Aulia' bersikap macam tu, sebenarnya, Aulia' terlalu rindukan perangai abang yang suka menyakat tu."

"Ooo... Mengata abang pula kuat sakat dia ya." Laju jari-jemari Uwais menggeletek pinggang ramping isterinya.

"Abaaang... Geli la. Tapi kan bang... Elok juga Aulia' selalu merajuk macam ni... Aulia' rasa macam tak fobia dah bila dekat dengan abang sekarang ni."

Mama Uwais yang melihat teletah anak menantunya itu, ikut ketawa bersama mereka.

Uwais menguis anak rambut Iman yang jatuh menghalang penglihatannya.

"Sayang, jangan merajuk macam ni lagi. Tiga hari sayang hilangkan diri, sesaat pun abang tak boleh duduk diam memikirkan sayang."

Iman terharu mendengar luahan jujur Uwais lalu dipeluk erat suami tercinta.

"Sikap abang dah buat Aulia' jatuh cinta pada abang. I love you, abang." Ucap Iman sambil berbisik di telinga suaminya. Apa lagi, mendengar sahaja kata-kata Iman itu bagaikan mengecas tenaganya yang hilang sejak kehilangan isterinya itu. Mana taknya, boleh dikatakan setiap malam semenjak Iman meninggalkan rumahnya, dia tidak dapat melelapkan mata sesaat pun. Setiap detik dia memikirkan di mana isterinya bersembunyi.

"I love you too, sayang." Balas Uwais yang tidak lekang senyuman di wajahnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Setelah beberapa hari menginap, mereka akhirnya membuat keputusan untuk pulang.

Sepanjang berada di rumah mamanya, Uwais menyedari mamanya sudah banyak berubah ke arah kebaikan.

Dari dulu Uwais sangat merindukan kasih sayang seorang ibu. Bila melihat mamanya menjaga isterinya dengan begitu baik, ingatannya mula merobek kisah silamnya. Sewaktu ketika dahulu, mamanya pernah menjadi malaikatnya. Dia pernah merasakan bahagianya hadir seorang ibu. Pernah suatu hari, dia jatuh sewaktu mamanya membawa kakak kembar dan dirinya bermain-main di taman permainan sehingga dirinya mendapat retak di tangan kanannya. Betapa cemas wajah mamanya ketika itu lalu segera menggendongnya dan membawa ke hospital. Melihat Uwais yang tidak henti-henti menangis mengerang kesakitan, mengalir air mata mamanya tidak dapat menanggung sengsara sakitnya.

Walaupun berasa kekok dengan mamanya sekarang ini, dia berusaha berkelakuan baik untuk menjaga hati Iman yang mahukannya berbaik dengan mamanya semula.

"Mama.. Uwais minta maaf kerana berkasar dengan mama. Terima kasih jugak kerana secara tak langsung membantu menjernihkan hubungan kami berdua."

Tangan mamanya dikucup lembut.

"Mama sepatutnya yang meminta maaf dari Uwais. Mama banyak dosa dengan anak-anak mama. Mama tinggalkan korang waktu kecil semata-mata ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah menghargai mama. Waktu di mana korang memerlukan kasih sayang seorang mama. Uwais, maafkan mama nak? Bolehkah Uwais bagi peluang pada mama untuk menebus kesalahan mama yang lalu?"

Iman mengusap-usap belakang suaminya seolah-olah memberi isyarat pada suaminya memaafkan mamanya. Perasaan sebak menerpa mereka ketika ini. Hati mereka merasa sebak mendengar pertama kalinya rayuan seorang ibu kepada seorang anak meminta untuk dimaafkan. Seorang ibu yang Allah angkat martabat yang paling tinggi untuk seorang anak yang soleh, di mana seorang anak yang melakukan kebajikan terhadap ibunya akan ditempatkan ke dalam syurga. Tertunduk hati Uwais. Hatinya sekarang sebenarnya tidaklah sekejam seperti tutur kata yang pernah dilemparkan kepada mamanya dulu. Cuma rasa dendamnya berbekas cukup lama hingga payah untuk melupakan sakitnya hati ditinggalkan mamanya. Oleh kerana cadangan isterinya untuk menginap beberapa hari di rumah mamanya, membuatkan hatinya hari demi hari mulai lembut terhadap mamanya.

Namun bila mengingatkan kembali dia pernah menyelamatkan seorang wanita yang sarat melahirkan anak di hadapan matanya, hatinya cuba memujuk dirinya supaya boleh memaafkan mamanya. (Hehe.. Uwais bukan seorang doktor cuma penyelamat kerana ketika itu tiada orang yang membantu wanita itu dan terus menghantar wanita itu ke hospital. Namun malangnya, wanita itu melahirkan anak di dalam keretanya.) Dia meletakkan situasi mamanya seperti wanita itu. Mungkin sakit melahirkan anak seperti wanita itu persis mamanya melahirkan dia dan kakaknya. Dia pernah menenangkan wanita itu yang tidak henti-henti menahan kesakitan dan tidak mempedulikan nyawa ketika itu. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang berperang dengan nyawanya sendiri untuk melahirkan seorang anak.

Sebelum beredar, Uwais memberikan pelukan erat dan ciuman di kedua belah pipi mamanya sama seperti apa yang dilakukan mamanya terhadap dirinya waktu dahulu.

Hai Assalamualaikum semua reader. Firstly, selamat berpuasa. Maaflah lama tak update. Jom bulan puasa ni, apa kata kita rebut ganjaran berganda yang Allah nak bagi pada kita. Doakan sis dapat khatam al quran bulan Ramadhan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience