BAB 4: Temuduga Kerja

Drama Completed 30756

Uwais Ridzki tidak mempedulikan deringan telefon yang masih lagi berbunyi. Dia meneruskan pemanduan keretanya.

"Aah masak aku. Sampai ofis nanti mesti kena pot pet lagi dengan Papa."

Matanya kadang-kadang meliar melihat perempuan cantik yang berlalu di depan matanya.

Matanya tiba-tiba terpaku apabila terpandang seorang perempuan yang sedang menoleh ke arahnya. (Menoleh sahaja tetapi tidak memandangnya).

Fuh, jantungnya berdebar tiba-tiba. Belum pernah dia rasakan sedemikian ketika memandang perempuan-perempuan lain.

"Siapa mamat kat depan awek tu. Suami or sekadar balak. Aah, tak kira, suami or balak dia.. Senang ja aku nak cantas kalau terserempak lagi."

Sebaik sahaja lampu isyarat hijau, pasangan itu tadi jauh meninggalkannya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aku memeluk erat pinggang Akif yang sedang membonceng motosikal bersama ku. Bau aroma tubuhnya cukup mendamaikan jiwaku yang sedikit gugup untuk menghadapi temuduga sebentar lagi.

Sesekali kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya, aku cuba mengamati suasana di sekeliling ku. Masing-masing sibuk mencari rezeki di sini. Di sebelah kiri ku banyak pertumbuhan yang pesat. Bangunan-bangunan yang tinggi mencecah langit. Melihat pelbagai kerenah manusia-manusia yang berkejaran masa.

"Kita dah sampai. Good luck. Nanti dah siap, wasap abang."

Aku mengganggukkan kepala ku sebagai akur kepada arahannya. Setelah itu, aku mencium tangannya.

Setelah Akif meninggalkan aku di hadapan bangunan yang gah itu, aku segera masuk ke dalam bangunan itu.

" Assalamualaikum, cik. Saya ada interview kerja kat sini. Macam mana ya boleh saya ke tempat ini?" Tanyaku kepada receptionist sambil menunjukkan surat interview di telefon bimbitnya.

"Oh... Boleh bagi saya IC. Sesiapa yang ingin masuk ke dalam bangunan ini perlu mendaftar diri di sini dulu?"

Aku mengeluarkan IC ku. Sebaik sahaja receptionist itu menaip sesuatu di komputernya, dia memberikan aku sekeping kad.

"Cik Iman. IC cik pihak kami akan pegang dahulu. Ini kad pas masuk ke dalam bangunan ni. Sebaik sahaja cik sudah selesai interview, cik pulangkan kad ini di sini semula. Kemudian IC cik kami akan pulangkan. Good luck for the interview."

"Thanks.."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Hm, cik Iman ya.. Setelah saya melihat resume awak, awak ni masih fresh.. No more experience. Sebab jawatan akaun eksekutif ni perlukan orang yang betul-betul berpengalaman. If silap sikit cik buat kerja, boleh mendatangkan kesan yang buruk ke atas akaun kira-kira syarikat ni. If, cik Iman tak kisah, syarikat kami ada lagi satu jawatan kosong masih belum diisi sehingga hari ini. Kalau cik Iman berminat dengan jawatan itu, esok juga cik boleh kerja. Cumanya, gajinya tak sama dengan apa yang cik Iman minta dalam resume."

"Boleh saya tau, apa jawatan kosong yang ditawarkan itu?"

"As a Purchasing Clerk. Ianya juga dalam department account. If cik Iman menunjukkan prestasi yang baik dalam jawatan ini, pihak atasan akan mencadangkan kenaikan pangkat kepada jawatan yang cik Iman minta sekarang ni suatu hari nanti. "

Sebenarnya, aku pun bukannya pemilih kerja sangat. Cuma aku ni suka bekerja dengan nombor. Menarik juga dengan tawaran tu.

"Hm, macam mana cik Iman. Cik Iman terima tak dengan tawaran saya sebentar tadi?"

"It's sound so good. I am not a selective person. I accept the post. Lagipun puan ada cakap tadi kan, saya ni tiada pengalaman. Mana tahu melalui jawatan itu, dapat saya kumpulkan ilmu dan pengalaman berharga selama bekerja di syarikat ini."

"I like your thought and spirit. Hm, ok lah cik Iman. Jumpa lagi esok jam 8.30 pagi ya..."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Uwais Ridzki baru sahaja keluar pintu lif. Matanya yang galak, memandang ke arah wanita yang baru saja masuk ke lif.

Siapa perempuan yang masuk lif tadi? Tak pernah nampak pun dia bekerja di sini. May be pekerja baru kot.

"Kak, siapa perempuan yang keluar dari bilik kak tadi?"

Tanya Uwais sebaik sahaja melihat kakaknya yang baru sahaja keluar dari biliknya.

"Hish... Dik. Jangan mata keranjang sangat k. Semua perempuan dia nak try. Esok dia dah start kerja kat sini as a purchasing clerk. Lagi satu, dia tu isteri orang k. Jangan gatal-gatal dengan dia."

Lantak la isteri orang pun. Ada aku kisah. Yang penting, aku suka tengok diorang tergedik-gedik dengan aku.

"Apa lagi tu.. Cepat la masuk meeting. Papa dah tunggu lama tu."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Camna sayang? Berjaya tak interview tadi?"

"Abang nak dengar berita baik dulu ke berita sedih dulu?"

"Berita sedih dulu la."

"Sedihnya, Aulia' tak dapat jawatan yang apply tu."

"Yang baiknya, Aulia' dah kena kerja esok. Tapi sebagai kerani je."

"Ok la tu kerani. Zaman sekarang ni susah nak dapat kerja tau. Sekarang, cari ilmu dan pengalaman dulu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience