BAB 29: Terpinggir

Drama Completed 30756

Hari demi hari fasa cinta berputik berlaku antara mereka berdua, dari pihak Iman mahupun Uwais. Setiap hari, Uwais seringkali tidak sabar menantikan waktu balik kerja agar dia dapat meluangkan masa bersama isterinya. Dia amat bersyukur, rumahtangga yang diimpikan bersama Iman termakbul. Iman menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Begitu juga Uwais. Dia tidak akan membiarkan tanggungjawab di dalam rumah, dilakukan oleh Iman seorang. Pengalaman papanya yang menjadi bapa tunggal dan menguruskan kehidupan mereka seorang diri dahulu, mendorong dirinya untuk tidak membebankan isterinya dengan melakukan kerja-kerja rumah seorang diri. Dia sedar tugas seorang isteri bukanlah mudah. Dia pernah menyaksikan kelelahan papanya menguruskan hal-hal rumahtangga. Walaupun papanya tidak pernah merungut, tetapi dia amat memahami dan merasai keperitan hidup yang dilalui papanya.

"Why erm... Kak Yan tengok korang berdua ni macam couple yang tengah hangat bercinta sekarang ni?" Sengaja Kak Azean mengusik Iman dan Uwais sebaik sahaja melihat mereka berdua saling berpegangan tangan ketika sedang menunggu lif.

"Well.. Nama pun suami isteri kan. Nak sweet-sweet macam ni masa sebelum kahwin berdosa. Dah halal tak salahkan nak bersweet macam ni. Ke akak rasa nak muntah tengok kitorang macam ni?"
Sengaja Iman melentukkan kepalanya ke bahu Uwais.

"Takde la rasa nak muntah. Suka ada la tengok pasangan bahagia ni. Akak doa semoga hubungan korang berkekalan hingga ke syurga. Tuan, jaga Iman elok-elok tau." Balas Kak Azean. Betul.. Dia sangat gembira melihat kebahagiaan sahabatnya itu.

"Amin... Amin.. Dengar tu adik bos... Akak kiter dah pesan suh jaga kiter elok-elok."

"Sayang kan amanah dari Allah... Mestilah abang jaga sayang elok-elok. Don't worry Kak Yan. I will make sure, she will happy with me forever." Balas Uwais sambil tangannya merapatkan bahunya menyentuh bahu Iman. Serentak Kak Azean dan Iman ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Uwais.

Ting... Pintu lif terbuka. Iman dan Uwais melangkah masuk ke dalam perut lif manakala Kak Azean segera beredar menuju ke pintu lobi untuk pulang ke rumah sewanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Abang... Helmet siapa atas meja ni?" Tanya Iman. Sebelum ini dia tidak pernah melihat helmet di atas meja dalam pejabat Uwais.

"Helmet abang lah... Hari ni kan malam minggu. Abang nak bawa sayang ronda-ronda dengan motor impian abang malam ini. Nanti jangan lupa peluk pinggang abang ketat-ketat tau."

"Alaaaa... Gatalnyeeee adik bos ni..."

Tiba-tiba terdengar ketukan pintu di bilik Uwais. Hairan juga, siapa yang datang masa begini kerana semua orang sudah pulang ke rumah kecuali kitchen staff yang waktunya tidak sama dengan staff pejabat.

"Oh, Kak Wani. Tak balik lagi ke?" Tanya Uwais.

"Saya nak jumpa Puan Iman. Saya ternampak dia berjalan bersama tuan ke sini tadi. Sebab tu saya ke sini mencarinya."

Iman menjengah muka ke pintu sebaik sahaja terdengar suara Kak Wani.

"Panggil je Iman, kak Wani. Saya lebih suka akak panggil saya macam dulu. Walaupun saya isteri Tuan Uwais. Saya nak semua orang layan saya seperti biasa. Biar je Tuan Uwais ni di layan seperti adik bos.. Haha. Hurm kenapa Kak Wani nak jumpa saya?"

"Akak nak berterima kasih pada Iman sebab dah tolong Syakila. Kalau tidak kerana Iman, mungkin dia terpaksa mengulang kembali pengajiannya dan tidak dapat menamatkan pengajiannya pada tahun ini."

"Eh, saya tak tolong apa-apa pun. Semuanya Tuan Uwais dan pihak atasan yang menilainya. Saya tak ada hak nak buat semua tu."

Iman mengerling matanya ke arah Uwais yang sedang membereskan kerjanya. Menyedari Iman sedang memandang ke arahnya dengan pandangan helang, dia mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah sedang bertanya isterinya kenapa memandangnya dengan cara sebegitu.
Iman menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil melayangkan sekuntum senyuman kepada Uwais.

"Tapi Tuan Uwais pernah beritahu akak yang Iman lah berusaha memujuknya mengubah keputusan praktikal Syakila. Kalau akak tak tahu semua ini, mungkin akak lah manusia yang paling tak mengenang budi."

"Akak, jangan cakap macam tu. Perkara yang lepas, saya tak pernah ambil pusing. Apa-apa pun saya dah maafkan Syakila dan juga akak. Akak tak payahlah runsing lagi."

"Terima kasih kerana sudah maafkan kami berdua. Syakila sangat berharap dapat graduate tahun ni. Syakila juga berpesan pada akak untuk sampaikan permohonan maaf dan terima kasih atas kebaikan Iman."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Entah mengapa, sejak pulang malam selepas ronda-ronda menunggang motosikal bersama adik bos, aku semakin tidak suka mendekati adik bos. Bau badannya buat aku pening. Emosiku menjadi semakin tidak stabil apabila melihatnya. Ada sahaja yang tidak kena di mataku setiap apa yang dilakukan oleh adik bos. Semakin adik bos ingin mendekati aku, aku berusaha menjauhkan diriku darinya. Sudah hampir dua minggu aku berkelakuan aneh seperti ini.

Kenapa Aulia' semakin menjauhi aku? Adakah dia masih sangsi dengan perasaannya. Sejak kejadian itu, aku dapat rasakan yang dia sudah boleh menerima aku. Atau akukah yang masih bertepuk sebelah tangan? Muncul kebimbangan dalam diri Uwais di atas perubahan sikap isterinya.

Oleh kerana aku berasa pelik dengan keadaan yang ku alami sekarang ini, aku menelefon emak aku untuk menceritakan berkenaan situasi yang ku rasakan lain dari sikap sebenar ku.

Mak>> Hang dah mai period ke belum bulan ni?

Lama aku berfikir soalan emak aku. Takkanlah sudah lebih seminggu aku tidak datang haid, sikap aku berubah seratus peratus. Namun aku tetap menjawab soalan emak aku. Dia kan lebih makan garam dari aku. Mungkin kata-kata emak aku boleh memberikan solusi tentang apa yang aku rasakan pelik tentang diriku.

Mak>> Mak rasa hang mengandung ni. Ada sesetengah ibu mengandung ja akan alami alahan macam hang ni. Hang kata hang tak mai period dah lebih seminggu. Ya la tu.. Hang gi cek la nanti. Syok la mak kalau betui hang mengandung..

Aku>> Maaaaak.. Tak confirm lagi kan. Hurm, mak jangan bagi tau sapa-sapa pula. Malu lah Iman kalau tak betui. Hurm mak... Macam mana nak cek mengandung ke dak?

Mak>> La ni awai lagi kalau hang nak gi cek kat klinik. Hang p caghi alat cek kehamilan kat farmasi dulu. Pastu hang cek kat rumah. Hang tanya lah orang farmasi tu cara nak cek. Dia teghang la nanti macam mana.

Bila aku dengar apa yang emak aku cakapkan, aku rasa gembira. Aku dah tak sabar nak lakukan pemeriksaan sendiri sama ada betul atau tidak yang aku sedang mengandung. Kalau aku mengandung, aku tak sabar nak beritahu suami aku.

Lepas rehat, aku menghantar mesej pada Uwais untuk meminta izin darinya untuk keluar mencari barang keperluan aku. Dia ingin menemani aku tetapi aku menolak pelawaannya kerana aku tidak mahu dia terlebih mengharapkan kehamilan ku ini kalau tahu aku ingin membeli alat menguji kehamilan. Bukan apa, aku tak mahu dia kecewa sahaja kalau aku disahkan tidak hamil.

Hurm, kenapa dengan Aulia' ni.... Asyik nak jauh dari abang sekarang ni. Sayaaang, abang rindukan sayang yang dulu. Rintih hati kecilnya.

Kelakuan Iman sejak akhir-akhir ini, sedikit sebanyak mengecewakan hati Uwais. Dia rasa dipinggirkan. Namun dia juga merindukan belaian Iman.

Assalamualaikum...all reader.. #Jangan pernah rasa diri sudah baik kerana orang yang baik, tidak akan meng'claim' dirinya baik. Orang yang baik akan selalu merendah diri pada semua orang. Orang yang baik juga akan merasa dirinya masih tidak cukup baik walaupun orang lain melihatnya sudah melakukan banyak kebaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience