Kirin Si Orang Tengah

Vampire Completed 4861

Bersama peti kayu berisi botol kaca dengan roh syaitan bayang di tangan Kirin pandang orang di depannya dengan mulut terlopong mintak lalat masuk.

           "Apa kau cakap?"tanya Kirin tergamam setelah mendengar cerita yang Leah sampaikan.

           Leah berdengus kecil sebelum  tersenyum. "Ya...aku jumpa Roan dan kawan baik kau tu dah tahu cerita sebenar serta status kau sekarang. So make sure kalau dia ada dalam hutan nanti kau pandai-pandai la menyorok jangan sampai tertangkap.."beritahu dia.

           Tangannya dieratkan cengkaman pada peti kayu itu. Dia kedipkan mata satu kali sambil telan air liur dengan susah payah. Damn!Tak tahu pulak dia perkara akan jadi messed up macam ni. "Roan marah?"tanya Kirin setelah itu.

          "Boleh dikatakan marah...tapi lebih kepada kecewa dan kecil hati.." beritahu Leah sambil merasai perasaan yang dia sedang rasakan sekarang ni.

          "Macam mana dengan Eros?Dia ada sekali masa tu?"tanya Kirin lagi.

          Leah buat muka menyampah bila teringatkan si mulut tempayan tu. "Mesti la dia ada sekali. Dia la yang bukak cerita dan beritahu semuanya pada Roan. Ish! Dasar nenek betul!"cebiknya. "Ah...lantak la situ. Malas aku nak fikir pasal mamat sengal perasan bagus tak sedar diri tu..."dia lambai tangan tidak kisah di depan muka. Enggan meneruskan perbualan mengenai Roan lagi.

Kirin ketap bibir serba salah. Malu dia pada Leah. Gadis ini telah banyak berkorban untuk mereka, tapi Roan boleh pulak terlepas cakap dan hina Leah sebegitu rupa.

            "Sorry la pasal Roan tu...dia mungkin terlalu keliru dan marah. Sebab itu dia cakap macam tu dekat kau.."

Leah buat muka.

           "What ever...ni. Kau dah uruskan tak apa yang aku mintak hari tu?"tanya Leah yang mengubah topik perbualannya serta merta. m

            Kirin pun tersentak lalu cepat-cepat mengangguk kepala. "Dah..aku mintak tolong Alpha Grunt untuk hal tu..."

            "Dia cakap apa?"tanya Leah dengan kening terangkat.

             "Alpha Grunt boleh kerahkan pasukan peronda untuk kesan dekat mana pasukan warlock berada. Tapi dengan syarat puak vampire tak boleh masuk ke kawasan dia orang, Kalau hal tu berlaku dia akan batalkan perjanjian kerjasama kau.."

Terus tersengih senang Leah lepas dengar. Bagus la kalau macam tu!

List keperluan dia semakin lengkap. Dia dah dapat 'mata' iaitu Puak Vampire yang boleh bezakan mana satu syaitan bayang mana satu bukan. Kemudian di dah dapatkan 'kaki dan tangan' untuk jalankan misi pembersihannya iaitu Puak Werewolf.

Dan sekarang apa yang dia perlukan adalah 'sumber dan bahan' untuk umpannya. iaitu warlock. Ya. Syaitan bayang paling sukakan puak warlock sebab puak ini mempunyai sumber teras semula jadi yang sungguh berguna dan bermanfaat serta tahan lama. Menggunakan aura dan bau teras kuasa warlock, dia boleh pancing semua syaitan bayang untuk keluar dan bunuh mereka!

Kemudian...

BAM!

End of story!

            "Bagus. Cakap dengan dia. Jangan risau. Puak vampire takkan masuk kawasan dia orang sekiranya Puak Werewolf berikan mereka sumber makanan yang kekal tanpa putus"beritahu Leah.

Kirin mengangguk kepala faham.

           "Akan aku maklumkan hal tu pada Alpha Grunt."

            Leah beri tepukan bangga pada bahu Kirin. "Terima kasih ya sebab jadi orang tengah aku.."ucapnya dengan ikhlas.

Tersenyum malu Kirin lepas dengar. Kalau dia dalam bentuk serigala mungkin ekor dia berhayun senang hati!

           "Eh..tak ada hal la. Kau pun dah banyak bantu aku dan puak werewolf selama ni..kalau bukan sebab kau tolong carikan sumber kuasa syaitan bayang yang berkeliaran di kawasan jagaan werewolf mungkin ramai anak-anak kecil puak ni dimakan dengan mereka.."beritahunya.

Leah ketawa kecil.

          "Kalau macam tu aku datang lagi dua malam dari sekarang untuk dapat tahu keputusan ketua kau tu." pesannya.

           "Okay."

Lantas Leah daki naik ke atas kudanya dengan bekalan dan bahan makanan untuk ahli puak Nublarnya. Disaat dia bersedia hendak beredar dari situ, tiba-tiba tali yang terikat pada kudanya itu di pegang oleh Kirin.

           "Tunggu sekejap."minta Kirin dengan  lekas.

            Leah pun tunduk memandang ke bawah. "Kenapa?"

Kirin dongak me atas memandang Leah sambil berkerut kening.

            "Aku bukan nak menyibuk...tapi boleh aku tahu...apa alasan kau buat semua ni?"tanya Kirin dengan kening berkerut. "Dengan selamatkan puak vampire dari dibunuh dengan warlock, musnahkan syaitan bayang untuk keselamatan puak werewolf..selamatkan hunter yang selama ini hantui keselamatan semua puak di Nublar. Leraikan permusuhan antara Puak Nublar dan Warlock. Untuk apa?"tanya Kirin panjang jela.

Ketawa lagi Leah bila dengar soalan itu. Dia tak sangka betapa pekanya Kirin dengan apa yang berlaku di sekeliling saat ini.

          "Kalau aku beritahu apa kau akan buat?"tanya dia semula.

           "Hah?"nganga Kirin sewaktu dongak memandang Leah dengan bingung. Dia pulak yang ditanya semula.

Enggan menjawab soalan itu,  Leah sekadar senyum sambil menggeleng kepala.

          "Jumpa lagi Kirin.."pamit Leah sebelum pukul tali pada badan kuda yang ditunggangnya agar bergerak.

Kirin yang ditinggalkan tanpa jawapan itu hanya mampu berdiri dengan mulut ternganga sedikit dan renungan kosong.

Tertanya-tanya sendiri, siapa la Leah yang sebenarnya?Kenapa la gadis itu bersungguh sangat hendak selamatkan Nublar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience