Perkampungan Kegemaran

Vampire Completed 4861

Suara orang berborak rancak diselangi dengan gelak tawa kanak-kanak kecil meriuhkan kawasan makan-makan tempat itu. Dari tua mahupun muda semuanya ada.

Terpancar sinar bahagia dan gembira di wajah mereka yang ada di situ. Ibu-ibu seperti biasa berborak sakan sesame mereka bergosip akan sesuatu. Ayah-ayah pula bermain dam sambil minum dan menikmati snek sewaktu merokok. Muda mudi pula berkelompok dengan geng tersendiri melakukan aktiviti sendiri.

Kelihatan seperti sebuah penempatan normal, Puak Nublar berkumpul di kawasan makan pada hari itu untuk makan bersama-sama dengan ahli puak yang lain.

Ianya merupakan rutin dan adat resam mereka di situ. Bagi penduduk Puak Nublar, makan Bersama dengan orang lain dapat merapatkan silaturahim di antara ahli puak yang lain.

Selain itu untuk memupuk semangat kejiranan dan social di antara tua dan muda, dengan itu tiada jurang yang membezakan mereka semua nanti.

Aman dan Sentosa.

Semua itu atas berkat kebaikan Leah dan Moon sendiri.

Kalau bukan kerana usaha mereka yang memelihara ketenteraman Puak Nublar dan seisi tempat itu, maka tiada la Puak Nublar sehingga sekarang.

Namun tiada siapa tahu pun apa yang Leah dan Moon lakukan untuk mereka. Hal ini kerana Leah dan Moon lakukan segala secara rahsia dan jauh dari pengetahuan sesiapa.

Termasuk la ibubapa angkat mereka. Bukan mereka tak nak beritahu, tapi ianya demi kebaikan ibubapa angkat mereka. Moon dan Leah tak nak susahkan ibubapa angkat mereka apatah lagi letakkan keluarga angkat mereka dalam bahaya.

Lagipun semua ini hanya sementara waktu saja. Nanti bila semuanya selesai, Leah dan Moon akan tinggalkan Nublar lalu hilangkan semua ingatan mengenai mereka dari semua orang di puak itu.

Antara banyak-banyak meja panjang di situ, kelihatan Leah dan Moon duduk bersama keluarga angkat mereka menikmati makan malam yang diperoleh Leah siang tadi hasil pertukaran buruannya dengan Kirin.

Dapatlah mereka makan daging rusa dan buah-buahan segar hasil tanaman dan ternakan Puak Werewolf hari itu.

         "Makan sikit je Leah?"tanya ibu Leah ke anak perempuannya.

         Leah yang sedang mengunyah roti di dalam mulut itu tersentak. Dia pandang akan wanita bertoncang tepi sebelah kanan itu dengan kening terangkat tinggi. "tengah makan la ni.." jawabnya.

         "Makan amendanya?Dari tadi ayah perhati kamu kunyah roti itu je..makan lah sikit daging ni.."aju ayah Leah pula.

Moon yang duduk bertentangan dengan Leah alihkan perhatiannya dari menyenduk makanan ke dalam pinggan adik kecil dia. Dia pun lirik akan pinggan Leah. Sekali tu cuma Nampak roti dan potongan buah sahaja. Benda lain tiada.

            "Asal?Kau tak ada selera ke?"tanya dia yang ikut turut ingin tahu.

Enggan susahkan hati mereka di situ, Leah tersenyum manis menampakkan lekukan lesung pipinya.

             "Mana ada...aku tengok kau orang makan je pun dah kenyang..ayah dengan ibu makan la. leah okay je."ujarnya sambil lirik akan Moon dan ibubapanya silih ganti.

           "Terima kasih ya Leah.."ucap ibu Moon yang duduk disebelah kiri Moon ketika itu.

           Leah pandang wanita berambut.    kerinting ikat satu di seberang meja berhadapannya ketika itu ddengan kening terangkat. "Untuk apa?"tanya dia.

          "Untuk semua ni la.."sampuk ayah Moon tiba-tiba sambil aju tangan ke meja yang penuh dengan hidangan.

           Leah pandang ayah Moon dengan senyuman di bibir. "No hal la...makan la banyak-banyak."kata dia.

Semua di situ ikut tersenyum senang lantas menyambung makan masing-masing sambil berkongsi cerita tentang itu dan ini.

Lantas Leah capai cawan peraknya sebelum bangun dari situ. Hendak ke tempat dimana air disediakan. Tanpa berkata apa-apa, langkahnya di atur keluar dari bangku di meja itu dan gerak menjauh dari kumpulan tersebut.

Taktala Leah bangun, Moon ketika itu perhatikan langkah rakannya dengan perasaan risau. Belakang badan Leah dipandang dia. Ini mesti ada sesuatu yang menganggu ketenteraman Leah. Moon bangun dari situ tidak lama kemudian untuk menyusul Leah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience