Drystan

Vampire Completed 4817

Ke hulu hilir orang keluar masuk dari bilik dengan besen dan dulang berisi kain yang Kotor dengan kesan darah. Dari satu besen air yang bersih, keluar dari bilik sudah menjadi merah darah. Wajah mereka pula cemas dan runsing.

Di dalam kamar tidur, kelihatan Vladimir yang resah menggigit hujung ibu jari memerhatikan tabib merawat anak lelakinya yang sakit sejak beberapa hari tanpa sebab. Tiada siapa tahu punca anak lelakinya sakit.

Nak kata disihir, tiada kesan sihir.

Tabib tidak menemui sebarang kuas sihir.

Nak kata diracun, darah bersih tiada bahan tercemar.

Segalanya telah dilakukan. Tetapi Vladimir tetap tidak mendapat jawapan yang pasti. Apa yang dia ketahui segalanya terjadi setelah serangan dan penangkapan puak warlock yang dilaksanakan oleh Roan pada dua malam yang lalu!

         "Drystan!"panggil Vladimir dengan berang sewaktu menghadap lelaki bersut combat di tepi jendela bilik.

         "Saya tuan!"sambut Drystan dengan wajah pucat lesi. Sumpah dia takut yang amat. Pelbagai kemungkinan terbayang dalam kepala otaknya sekarang ini sejak Roan terlantar sakit di katil tidak berdaya.

          "Apa yang telah terjadi sebenarnya?Kenapa Roan begini! Bukan ke tanggungjawab kamu untuk jaga keselamatan dia!"soal Vladimir sewaktu mendekat.

          Drystan bingung. Dia takut-takut memandang Vladimir. Kedua-dua tangan berada di belakang badan. Kalau la dia ada jawapan, sudah lama dia beritahu. "Maafkan saya tuan. Saya benar-benar tidak pasti."

Berang dengan jawapan itu, Vladimir cekau kolar baju Drystan lalu digoncang tubuh itu dengan kasar.

           "Lakukan sesuatu mengenainya la!Kamu berdiri di sini sepanjang masa ianya tidak akan dapat selamatkan anak lelaki saya!Saya beri amaran kepada kamu ya!Sekiranya sesuatu terjadi pada Roan, nyawa kamu sebagai galang gantinya!" ngaumnya di depan muka Drystan.

Mata Drystan terpejam saat suara itu menghambur di depan mukanya.

            "Sekarang keluar!Lakukan sesuatu!Jangan kembali selagi kamu tidak dapat jawapannya!"arah Vladimir sebelum mencampak Drystan ke lantai begitu sahaja seperti lelaki itu kain buruk.

Terbaring saja Drystan di lantai itu, Roan di atas katil tiba-tiba saja bangkit dari baring lalu tunduk ke tepi memuntahkan darah ke lantai.

Splash!

Seperti air, darah keluar dari mulut itu hingga timbul urat belirat di pelipis dan leher Roan. Dia pejam mata serapatnya untuk menahan sakit. Nak menjerit tak berdaya dan mahu bersuara tak mampu. Apa yang dia boleh lakukan hanya merintih dalam diam!

Maid yang bertugas serta tabib yang bertanggungjawab menyaksikan kejadian itu dengan wajah kengerian. Muka mereka pucat lesi sama seperti Roan sendiri. Bezanya bukan sebab sakit, tapi sebab mereka takut. takut sekiranya mereka gagal selamatkan anak kepada tuan mereka ini!

              "Roan!"panggil Vladimir yang lekas-lekas mendekati katil dan dapatkan anak lelakinya dengan cemas.

Di lantai perlahan-lahan Drystan bangunkan dirinya dan berdiri menghadap katil itu. Bersama wajah letih tidak berehat selama tiga harinya, dia pun palingkan badan membelakang katil itu dan berjalan keluar dari situ dengan langkah yang berat. Bahunya jatuh tiada semangat seperti orang baru kalah dalam peperangan.

Sejak pertemuannya dengan Eros lewat malam itu, segalanya menjadi serabut. Fikiran Drystan menjadi tidak menentu. Pelbagai soalan demi persoalan muncul dalam benak dia. Tapi tiada satu pun yang terjawab. Dia nak beritahu tapi ada ke orang nak percaya kata-kata dia nanti. yalah, Eros sudah lama dikhabarkan mati. Dan tiba-tiba saja lelaki tu boleh muncul di depannya.

Drystan berjalan dan berjalan sehingga la dia keluar dari bangunan istana itu terus ke laman luas tempat tersebut. Setibanya di situ, dia berdiri tidak bergerak seperti patung untuk beberapa ketika. Nafasnya naik turun semasa mendongak memandang langit. Pandangan ya terarah pada langit lapang tidak berawan. Tidak semena hatinya terasa sedih.

          "Kita tengok siapa lagi bagus!"

           "Jangan nak berlagak boleh tak?Aku abang which mean...aku la yang lagi bagus!"

           "Ceh...bangga sangat ke jadi tua?"

           "Apa kau cakap?Tua?Siapa yang tua hah!"

           "Kau la...."

           "Ulang balik!Aku tak tua okay!"

           "Eros!!"

           "Ahahah!"

Selama tiga tahun dia hadap berita mengenai kehilangan adik lelakinya, Eros. Sungguh!Dia yakin sekali adik lelakinya sudah mati. Tetapi apa yang di temui di hutan beberapa malam yang lalu terus menerus menghantui dirinya seperti ulang tayang mimpi ngeri!

POK!

Tidak semena sesuatu terkena tepat di dahinya. Drystan terus membuka mata dan bawa tangan naik memegang dahi. kening dia berkerut kebingungan semasa memalingkan kepala ke kanan dan kiri mencari punca apa la yang mengenai kepalanya tadi.

Apabila tiada satu pun kelibat atau benda yang mencurigakan kelihatan di sekitar, Drystan gerakkan kepala ke bawah kaki lalu ternampak sesuatu seperti gumpalan kertas. Dengan perasaan ingin tahu dan teragak-agaknya dia pun tunduk mengutip objek tersebut.

Gumpalan itu perlahan-lahan dileraikan oleh Drystan sebelum sebuah batu kelihatan dari balik balutan iaitu sehelai kertas kulit yang mempunyai tulisan padanya. Terus terangkat tinggi keningnya sebaik membaca isi coretan di situ.

-Kepada Drystan.

Sekiranya mahu selamatkan Roan, datang ke Hutan Nublar pada malam ini secepat mungkin. Sekiranya lambat jangan menyesal.Datang sendirian tanpa teman atau Roan mati!-

Kepala Drystan terus tersentak memandang sekelilingnya dengan cemas. Mulut terbuka sedikit kerana begitu tergamam dengan apa yang dibacanya. Siapa yang berikan nota ini?Ada yang Berjaya selinap masuk ke tempat ini ke?

Kertas di dalam cengkamannya itu direnyuk dengan kasar tanpa sedar!

Dia tahu dia tak patut ikutkan apa yang tertulis di kertas itu. tetapi mengingatkan kembali arahan yang diberikan oleh Vladimir tadi, buatkan dia terpaksa akur dengan coretan di dalam kertas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience