Sembuh Yang Sakit.

Vampire Completed 4861

Tidak dapat membendung rasa amarah yang berkumpul sejak beberapa hari ini, Eros tanpa amaran terus menerkam tubuh Drystan hingga mereka berdua jatuh terbaring di atas tanah. Eros berada di atas Drystan dengan jari jemari erat mencengkam batang leher itu.

Segalanya berlaku dalam sekelip mata, sampaikan Kirin tidak sempat hendak berkedip mata.

           "Berhenti bercakap!Kau selamatkan dia atau aku bunuh kau dekat sini jugak!"beritahu Eros dari balik ketapan gigi.

            Bergelut sekejap Drystan dek cekikan yang dirasai pada kerongkongnya ketika itu. Dia pegang tangan dingin Eros dengan terdesak. "Apa kena dengan kau ni!Ini abang kau la!Eros lepaskan aku!"mintanya dengan susah payah.

Leah di dalam pelukan Kirin terkutik. Dia membuka mata kerana suasana bising di sekitarnya. Hayat dia sudah tiba di penghujungnya. Boleh pulak mereka bergaduh!

          "Jangan..."bisiknya.

           Kirin tersentak. Dia tunduk memegang pipi Leah. "Apa kau cakap?"

Kepala Eros berpaling pada masa yang sama. Dia lepaskan Drystan dan berlari ke tempat Kirin sebelum melutut di depan mereka berdua dengan cemas.

Sementara Drystan yang sedang kebingungan bangunkan diri sendiri dari tanah ketika itu.

Tak guna betul!

        "Uhuk!Uhuk!"batuknya sambil memegang kesan cengkaman maut Eros tadi.

         "Leah..."panggil Eros dengan kening mencerun susah hati. Dia capai jari jemari Leah lalu diramas. "Tolong la bertahan."

Dengan sisa tenaga yang ada Leah pandang Eros. Mulutnya dipaksa untuk terbuka, namun tiada suara yang keluar kali ini. Dia mahu beritahu kepada Eros, sesuatu yang sangat penting.

Kirin angkat kepalanya, dia pandang akan Drystan yang sedang berdiri memerhatikan mereka di situ.

          "Drystan...tolong Leah...kalau dia mati, seluruh tempat ini akan ikut mati termasuk Roan...bisa dari kuasa kau telah bahayakan diri dia...tolonglah...."rayunya.

Drystan berdiri di situ dengan wajah bungkam. Dia yang masih bingung dan tidak faham apa yang sedang berlaku, menjadi teragak-agak. Patut ke dia bantu Outlanders?Bukan ke mereka ini dianggap sebagai ancaman dan musuh?Macam mana kalau dia di hokum sekiranya tertangkap membantu Outlanders?

Eros palingkan kepala. Dia pandang Drystan dengan mata kemerahan mahu menangis.

            "Aku janji pada kau..kau selamatkan dia, Roan akan selamat. Dan aku akan ceritakan segalanya kepada kau."beritahunya. "Jadi tolonglah selamatkan dia.. "

Sambil mengepal penumbuk menahan diri, Drystan gigit bawah bibir dengan geram sebelum menghentak kaki ke tanah kerana kejengkelan.

Ah!Lantak la situ.

          "F*ck it!"lafaznya sewaktu gerak ke Kirin dan Eros lalu ikut melutut di situ. "Berikan dia pada aku.." mintanya dengan kasar kemudian.

           Kirin alihkan Leah dari bersandar pada badannya dengan berhati-hati. "Perlahan-lahan.." mintanya sambil tu.

           Drystan buat muka tidak suka sewaktu membawa Leah ke dalam pelukannya. "Janji dengan aku sesuatu..." mintanya sewaktu memegang Leah dan memandang mereka berdua pada masa yang sama.

Eros dan Kirin memandang Drystan penuh penantian.

           "Apa dia?"tanya mereka berdua dengan serentak.

           "Tak ada sesiapa boleh tahu apa yang berlaku...kalau ada yang tahu, kau orang berdua akan terima bayarannya. Tak kira la apa sekalipun penjelasan yang bakal kau berikan pada aku nanti.."

Leah cuba membuka mata untuk pandang akan tiga makeluk di sekelilingnya ketika itu. Sempat lagi nak berborak. Dia dah nak mati ni!Woi!

            "Cepat la...kau nak sangat aku mati ke?"lafaznya dari balik nafas lelahnya.

              "Ish!Banyak bunyi pulak. Kalau sakit tu buat la cara sakit.." getus Drystan semasa tunduk memandang Leah.

           "Fine...kita orang janji."Angguk Eros dengan terburu-buru. "Sekarang angkat kuasa sihir kau dari Leah cepat."

            Drystan bawa tangannya ke balik pakaian Leah dimana kesan tikaman berada dengan perasaan tak suka. "Serius aku tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni!Better kau orang ada penjelasan yang masuk akal untuk semua ni!"bebelnya sambil tu.

Sebaik tapak tangan Drystan menyentuh perutnya, mata Leah terus terbuka luas. Dia pegang lengan Drystan lantas menjerit penuh kengerian. Segala imej dan kisah lampau milik lelaki itu bermain dalam kepalanya. Suara jeritan, teriakan, dan rasa sakit turut dialami olehnya. Ianya begitu ekstrem untuk dia lihat semuanya!

Secara refleks, Drystan terus tekup mulut Leah, menenggelamkan suara jeritan itu serta merta.

Eros pula cengkam tangan Leah supaya tidak bergelut apabila gadis itu cuba bergerak hendak jauhkan diri dari Drystan.

Sementara Kirin sedaya upaya cuba hendak menenangkan gadis itu dengan membisikkan kata-kata memujuk.

Meronta-ronta la kaki Leah sewaktu dia bergelut di balik kepungan mereka bertiga di dalam hutan itu. Tetapi tidak berdaya hendak berbuat apa-apa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience