Balas Budi

Vampire Completed 4861

Flashbacks

Ketika itu dia tidak sedar apa yang telah terjadi terhadap dirinya. Apa yang dia tahu, sedar-sedar saja dia sudah berada di satu persekitaran yang asing dengan perasaan tidak enak diseluruh badannya. Dari kepala, penglihatan, pendengaran sehingga la derianya. Segalanya terasa janggal dan begitu merimaskan.

Dan paling ketara ada bau yang sedang dia hidu ketika itu. Bau yang buatkan tekaknya yang kering semakin kering dan terdesak. Seperti angin lalu, dia bukq mata lantas bangun dari perbaringannya. Perkara pertama yang dia lihat adalah seorang gadis duduk bersilang kaki di atas tunggul batu sedang mengukir kayu menggunakan mata pisau.

                "Kau dah bangun?"tanya suara itu.

               "Apa yang dah berlaku?"tanya dia dengan susah payah. Tangannya secara automatic naik memegang tekak kerana berasa begitu kesat dan kering sekali.

               "Kau dah mati selama tiga hari...dan kini kembali hidup selepas aku ubah kau menjadi vampire.."jawab gadis itu tanpa memandang diri dia. Masih tekun dengan ukiran di kayu tadi.

                Dia yang dengar berkerut kening tidak mengerit. "Dah mati?" tanya dia sedikit terkejut. Lantas tangannya di bawa naik ke depan muka. Mahu dia belek akan dirinya itu. Dia sudah mati?

               Baru la gadis itu mengangkat kepala lantas memandang tepat ke arahnya. "Ya...dah mati. Aku tak sempat nak pulihkan kau sebab masa tu kau memang dah tak bernyawa lagi...tapi jangan risau. Aku dah suruh kenalan aku untuk lakukan sihir supaya ubah kau menjadi vampire. Dengan ini kau takkan mati dan bakal hidup sampai bila-bila...serta kebal."

Sebaik fikirannya menjadi jelas dan sober dari mamainya, mula la segala memori dan ingatan terhadap kejadian yang berlaku mula bermain dalam kepala dia. Segalanya!Dari awal sehingga la kejadian dimana dia di serang!

Sh*t!

Tak mungkin!

Ini semua tak mungkin terjadi!

Dia sudah menjadi monster!

                "Apa perasaan kau?Kalau dulu kau hidup menjadi pemburu?Dan sekarang kau telah menjadi orang yang bakal di buru?Seronok tak?" tanya gadis di depannya dengan senyuman sinis meleret di bibir.

Dan ketika itu la dia hilang kawalan. Entah apa yang berlaku dia tidak tahu!Segalanya berubah menjadi merah!Dan bau terakhir yang dia ingat adalah bau darah!

End of flashbacks

Bau yang selamanya bakal menghantui hayatnya sampai bila-bila!

Kain tuala yang direndam pada air di perah dengan kuat sebelum di letakkan atas dahi yang sedang panas itu. Perlahan-lahan ia di tekan. Berharap dengan cara ini suhu badan ini akan reda sedikit.

Dia rasa serba salah. Sungguh! Kalau dia boleh putar balik masa,  akan dia elakkan semua kejadian ini dari terjadi. Masalahnya identitinya sebagai vampire menyukarkan niatnya untuk dilaksanakan.

             "Maafkan aku Leah... "ucap Eros  sambil menatap wajah pucat Leah. Tangannya mencengkam lembut jari jemari tu.

             "Err.."suara ngerangan keluar dari bibir pucat itu.

Eros tersentak. Dia bingkas bangun dari bangku tempat duduknya sebelum duduk di birai katil itu. Tubuh hangat kerana demam itu di pegangnya dengan berhati-hati.

               "Kenapa?Ada yang sakit ke?"tanya dia dengan perlahan.

Leah cuba membuka matanya dengan susah payah. Dia dapat rasakan segalanya berat. Dari mulut, kelopak mata, kepala dan segenap inci anggota badannya. Seakan ada batu yang menghempap dirinya.

                 "Berat.... "rintih Leah dengan anggukan kecil.

                  Eros usap kepala Leah dengan perlahan. "Luka kau dalam... " beritahunya.

               "Aku dekat mana?"tanya Leah dengan pandangan masih kabur.

               "Tempat aku.."jawab Eros sambil mengalihkan tuala dari dahi Leah.

Untuk seketika Leah mengambil masa beberapa saat untuk soberkan dirinya. Setelah dia dapat membuka mata dan penglihatannya jelas, baru la diadapat melihat dengan jelas akan sekelilingnya ketika itu.

Huh!?

Menyedari apa yang telah terjadi, Leah jarakkan sikit dirinya dari Eros. Keningnya berkerut tidak suka. Kenapa rapat-rapat ni! Buat seram dia je la!

               "Hei princess.."sengih Eros bila Leah menatapnya.

               "Apa kau dah buat dekat aku hah?" soal Leah dengan curiga. Dia pandang cemas akan tubuhnya sebelum melihat kesan darah pada pakaian yang terpasang di badannya ketika itu. Dan ketika itu la reality menghentak dirinya.

Cis!Takkan la!Terus dia pandang semula muka Eros dengan cuak!

Eros berdengus kecil.

               "Jangan risau la...aku tak ubah kau...just gunakan darah aku untuk hentikan pendarahan kau tu je. Dah dua hari kau tak sedarkan diri sebab kehilangan banyak darah.."beritahu Eros yang menyedari akan reaksi Leah sebentar tadi.

                Leah berdecit menyampah.. "Aku tak  cakap apapun..."balasnya.

                Hujung bibir Eros terjungkit. "Ya..tapi muka kau beritahu sebaliknya.." selorohnya.

Leah hanya membuat muka. Sempat juga dia kerling ke sekeliling ruangan itu.

Ianya sebuah bilik yang berdindingkan batu. Mempunyai sebuah almari pakaian. Ada sebuah air terjun kecil dengan kolam di hujung bilik itu. Sebuah katil, sebuah meja dengan kerusi. Beberapa buah buku serta lubang seakan tingkap tetapi ia ditutup dengan rumput menjalar.

                 "Macam mana situasi sekarang?"tanya Leah sambil buat muka berfikir. Dia teringat akan kejadian di tapak jamuan dan keluarganya. Agak-agaknya selamatkah Moon dan ibubapanya? Mesti mereka sedang mencari dirinya sekarang ini!

Eros melepaskan hela nafas panjang. Dia pandang Leah dengan mata merahnya. Ini la Leah. Tak kisah pasal diri sendiri yang sebenarnya memerlukan perhatian, Leah lebih prefer untuk ambil berat tentang orang lain terlebih dahulu dari diri sendiri.

              "The Hunter berjaya bunuh dan culik beberapa orang dari puak kau dan warlock. Tak ramai yang terselamat. Soal Roan dan Drystan...aku tak sure. Apa yang aku tahu, kalau kau dah sedar, itu bermakna Roan pun baru sedar.."beritahunya.

Eros tahu mengenai kejadian dimana Leah membantu Roan dan pembahagian teras kuasa diantara mereka berdua sebab dia la Leah terlibat dalam situasi ini.

Leah terpempan. Dia pandang Eros seakan lelaki itu ditumbuhi dua kepala. Yalah, mana dia tak terperanjat. Dia baru teringat tentang kejadian pertembungannya dengan Roan dan lelaki keparat tak cukup sifat tu! Haish!

                 "Moon?"tanya Leah lagi sewaktu gerak bangun yang dari perbaringan yang dibantu Eros untuk sandar pada headrest katil.

                "Kali terakhir aku check semalam, dia cuba cari kau...soal parents kau, jangan risau. Dia orang selamat.."

Baru la Leah tundukkan kepala dan merenggut rambutnya sedikit di celah jari jemari. Syukur la!

Eros hanya diam memerhatikan Leah. Dengan menggunakan keistimewaan vampire yang dimiliki olehnya, dapat dia dengar degupan jantung Leah yang perlahan dan lemah. Cukup memberitahu dia, tubuh Leah terlalu lemah dan gadis ini perlukan rawatan secepat mungkin.

               "Leah..."panggilnya dengan perlahan.

               Kepala Leah tersentak naik ke atas dengan lemah. Dia angkat matanya memandang wajah pucat vampire Eros. "Ada apa?"

Eros pandang luka balutan Leah yang masih belum sembuh sepenuhnya buat seketika lalu kembali naik memandang sepasang mata itu.

                "Tikaman yang kau terima tu mempunyai bisanya. Sekiranya kau tak dapat rawatan, mungkin kau takkan dapat bertahan lebih lama dari ni...."beritahunya.

                "Apa?"kening Leah berkerut nipis. "Bisa?"ulangnya semula.

                Eros mengangguk kepala.
"Ya..."tangannya gerak mahu menyelak baju Leah.

Leah menelan air liur dengan susah payah. Dia cengkam kain baju di badannya itu sebelum selak untuk mendedahkan lukanya. Dan bila dia pandang, satu lubang hitam dengan urat belirat warna ungu kehitaman timbul di permukaan kulit sekitar luka di perutnya itu.

             "Sh*t!"lafaz Leah setelah menyedari betapa parahnya keadaan dia. Tak pelik la kenapa dia rasa perasaan berat ni!

             "Hanya kuasa hunter je yang boleh hilangkan bisa ni...a.k.a orang yang berikan kau bisa ni.."beritahu Eros sewaktu kesat peluh dingin yang merintik di sekitar dahi Leah dengan tapak tangannya perlahan-lahan.

Leah termenung memandang ke lantai dengan renungan kosong. Entah bagaimana dia boleh berakhir seperti ini!Bukan ini rancangan dia!

             "Kalau macam tu bawa aku kepada mereka... Kalau aku mati... Roan anak si Vladimir tu pun akan mati. Rosak rancangan aku nanti. Aku tak boleh mati lagi." kata Leah ketika termenung.

Eros yang dengar tanpa sedar mengepal penumbuk.  Dia ketap gigi menahan rasa. 

                  "Kalau macam tu aku perlu panggil Kirin untuk bantu kita hantar pesanan kepada mereka."cadang Eros mahu tak mahu.

Leah gerakkan matanya ke Eros sebelum berkerut kening. Dapat dia rasakan keadaan Roan sekarang ini. Lelaki itu turut sama menderita seperti dia. Tapi Roan lebih teruk sebab lelaki itu yang sedang menanggung sakitnya kini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience