Penyelamat.

Vampire Completed 4817

Tercampak tubuh kecil itu di Udara sebelum mendarat atas tanah dengan kuat. Tidak sempat hendak bangun, seorang hunter pula muncul lalu menerkam dia dari atas bersama bilah cahaya mahu membunuh.

Leah bergelut hendak bangun dari tindihan itu tetapi gagal. Jadi menggunakan tangan satu lagi dia keluarkan busur panah dari Udara sebelum digunakan untuk menikam penyerang dia yang berada di atas. Tetapi serangannya berjaya di tepis.

Hunter itu yang tidak berfikir panjang terus hayun bilah cahayanya tepat ke jantung Leah.

SPLAT!

Percikan darah tumpah berlaku!

Kepala Hunter itu dipenggal dengan sebilah pedang dari arah belakang sebelum tubuhnya tumbang ke tepi tidak bernyawa. Sementara kepalanya tergeletak di tanah sebelum bertukar menjadi debu kelabu.

Syaitan bayang!Ianya bukan hunter Royal Wall!

           "Tuanku tak apa-apa?"muncul Jodan di atas. Lelaki itu tunduk mendukung Leah bangun dari situ dengan mudah sambil memegang bawah lengan gadis tersebut.

            Dalam keadaan tercungap-cungap Leah mengangguk kepala. Dia pandang Jodan dengan mata tidak berkedip. Terkejut sebab lelaki itu boleh berada tepat pada masanya untuk selamatkan dia. "Yeah. I'm good."beritahunya. Darah yang mengenai leher dan pakaiannya tidak dihiraukan untuk lap.

               Jodan tilik Leah dari atas ke bawah nak pastikan tiada kecederaan yang dialami oleh Leah. "Tuanku cedera dekat mana-mana?"tanya dia lagi sewaktu pegang lengan itu.

Leah mengangguk kepala sambil tarik lengan dia dari cengkaman Jodan.

               "Aku okay. Sekarang berikan pedang kau.."minta Leah dengan lekas semasa tanggalkan baju pelindung dari badannya sebab sudah berat dengan air hujan dan lumpur. Susah dia nak bergerak!

               "Kita tak boleh berterusan begini...ramai akan terkorban.."beritahu Jodan sambil serahkan pedangnya ke tangan Leah.

                 "Kau ada idea lain?"soal Leah dengan suara yang kuat sebab nak saing dengan suasana bising dan kecoh di situ. Dia pegang erat pedang itu dengan erat, sudah bersedia hendak bertarung semula.

                  "Tuanku perlu gunakan kuasa Cahaya Biru untuk hapuskan mereka semua secara serentak"cadang Jodan yang melihat sekeliling kawasan pertarungan di situ. Mana-mana dapat lihat syaitan bayang serta puak Outlanders sedang mati-matian bertarung dengan The Hunter!

                  "Cahaya Biru?"tanya Leah sebelum telan air liur dengan susah payah. "Aku tak pernah guna kuasa tu sejak bonda meninggal dunia..." beritahu dia sambil berkerut kening susah hati.

             "Tuanku tak tahu?"tanya Jodan dengan kening terangkat.

Tidak sempat hendak jawab soalan itu, Leah sudah lari ke arah dimana seekor werewolf hampir di bunuh dengan syaitan bayang.

Hampir saja dengan maklukh itu, Leah lompat setingginya sebelum mendarat di belakang syaitan bayang tersebut. Lantas pedang Jodan tadi di tusuk tepat ke belakang tengkuk maklukh itu hingga menghamburkan darah yang banyak.

DETUS!

Mati saja syaitan ajaib itu, ia terus meledak menjadi debu.

Leah jatuh mendarat di atas tanah sesaat kemudian dan bantu werewolf tadi bangun dari situ. Sebaik memastikan werewolf itu tidak apa-apa Leah pergi ke arah lain dimana seorang hunter sedang di serang oleh warlock jadian dengan kuasa sihir.

Tetapi tidak sempat Leah hendak libas pedangnya, satu terpaan kuat muncul dari tepinya hingga buatkan Leah sekali lagi tercampak ke tepi. Seperti mahu patah riuk tulangnya, Leah terbaring sekejap dekat situ sambil mengerang kesakitan kerana sebu.

Masa itu la seekor syaitan bayang muncul di atasnya! Mahluk itu mahu menggigit putut kepala Leah dengan gigi tajamnya. Namun belum sempat ia mahu menerkma Leah, terlebih dahulu Leah berguling ke tepi dan merangkak atas tanah itu dengan terburu-buru.

Tetapi kaki Leah ketika itu Berjaya di tangkap oleh syaitan bayang tersebut. Ia rentap kaki Leah ke arahnya dengan kuat hingga buatkan muka Leah tersembam jatuh mengenai tanah.

Tidak mahu mengalah di situ, Leah pun pusingkan badannya. Dia keluarkan anak panah dari tapak tangannya bersaiz pedang lalu di hunus ke syaitan bayang di depan kakinya ketika itu. Namun, oleh kerana dia tidak focus, anak panah itu hanya tertusuk pada bahu syaitan bayang itu saja. Jadi ia sikit pun tidak buatkan raksasa itu cedera atau berhenti dari tarik dia.

           "Sh*t!"Leah membutangkan mata kerana tidak mampu melawan kekuatan syaitan bayang di depannya ketika itu. Kejung dia ketika itu. Dan perkataan pertama yang keluar dari bibirnya ialah orang itu.

        "Jadon!Tolong!!!!"teriak Leah sekuat hati di situ!

BERDESUP!

Satu tiupan angin yang kuat muncul di tempat Leah sedang terbaring di heret oleh syaitan bayang di situ sebelum petir kilat sambung menyambung di langit.

Namun petir di langit itu mula memanah tanah dan kawasan medan pertarungan di situ. Ia memanah pokok, tanah, lalu tepat mengenai syaitan bayang yang memegang Leah.

Pstrrrr!

Cahaya kilat memanah tepat ke atas kepala syaitan bayang tersebut sebelum maklukh itu rebah ke belakang dengan mata putih tidak bernyawa.

Dalam keadaan terketar-ketar Leah bangunkan dirinya dari lumpur di situ dan pandang sekelilingnya kebinggungan apabila petir-petir di atas langit yang turun Bersama hujan menembak tanpa henti semua syaitan bayang yang ada di situ

Satu persatu jasad syaitan yang ada disitu bertukar menjadi debu.

Leah yang menyaksikan kejadian itu menjadi bungkam kerana tahu siapakah pemilik kuasa petir itu. Dan bila dia palingkan kepala ke kanan kawasan hutan itu, di situ, berjalannya dengan megah seorang lelaki yang mengenakan pakaian combat diraja.

Jatuh ternganga mulutnya tanpa sedar kerana begitu tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience