Pulihara Semula.

Vampire Completed 4861

Flashbacks

Di tempat persembunyian bawah tanah Leah...

Hari dimana Roan dirampas kuasanya, Leah telah bawah tubuh tidak berdaya itu ke sebuah kawasan tersembunyi, iaitu bilik bawah tanah yang menempatkan Eros dan Kirin.

Ya, Leah sembunyikan mereka di sini.

Leah sama sekali tidak membunuh mereka.

Eros, Kirin dan Roan hanya ditidurkan buat sementara waktu supaya Leah boleh retrieve semula kuasa dia untuk selesaikan peperangan. Untuk itu Eros, Kirin dan Roan perlu di bawah jagaan rapi supaya tubuh mereka tidak rosak atau di apa-apakan.

Sebabnya lepas selesai semua ini, Leah akan kembalikan kuasa yang pernah dia berikan kepada mereka bertiga semula.

         "Leah..kenapa kau lakukan semua ni pada mereka bertiga?"tanya dia kepada Leah di sebelah sewaktu mereka berdua duduk di samping antara satu sama lain memerhatikan tiga tubuh yang berselimut di atas katil dilindungi cahaya istimewa untuk preserve tubuh mereka dari rosak.

           "Nak buat macam mana,,,ini adalah bayaran untuk penipuan dan taktik licik mereka dengan rahsia hal sebenar mengenai Nublar...lagipun aku bukannya kejam sangat sampai nak bunuh mereka bertiga...macam la kau tak kenal aku, Moon."

            "Kalau macam tu, boleh aku tahu..antara tiga orang ni, siapa yang kau kisahkan?Yalah..impossible la kau tak ada perasaan dekat mana-mana dia orang lepas luangkan masa Bersama selama ni?"tanya dia ingin tahu.

Leah mendiamkan diri buat seketika saat memandang ke depan. Dia beri renungan kosong ke satu daripada katil di situ. Untuk beberapa saat, Leah tidak berkata-kata.

           "Sekalipun aku sukakan seorang dari mereka, hidup aku bukan hak aku...siapa yang aku suka tak penting...apa yang penting aku dapat berikan kehidupan baru dekat dia orang nanti"baru la Leah berpaling memandang dia dengan senyuman sedih di bibir.

           "Sekalipun mereka bencikan kau?"tanya dia sewaktu membalas tatapan sedih Leah itu.

          Leah menjungkit bahu tidak kisah."Kalau itu boleh buatkan dia orang happy dan selamat, aku tak kisah...kau sendiri ayahanda aku macam mana, walaupun aku beritahu dia aku ada pilihan hati, mahu ke dia setuju"

         "Siapa dia tu?"tanya dia lagi ingin tahu.

           Leah ketawa kecil. "Tiada siapa...Moon...aku ni puteri mahkota Grendola...perasaan aku bukan milik aku...tapi kerajaan aku. Selama ni apa yang berlaku antara aku dan mereka semua di sini adalah hanya tugas semata..tiada perasaan mutual pun..."

           "Serius la?Jadi selama ni Carlos adalah scandal kau?Kemudian, Eros .Roan...sikit pun tak ada perasaan?"

Leah menggeleng kepala dengan senyuman nipis di bibir.

End of flashbacks

Tiga cahaya biru terapung di Udara sebelum ia bergerak ke tiga tubuh yang terkujur kaku di atas katil dengan serentak. Apabila cahaya biru itu berhenti di atas dada tiga tubuh itu, ianya berubah bentuk kepala kepulan asap yang halus. Lantas cahaya biru itu meresap masuk ke dalam dada tiga tubuh di situ.

Perlahan-lahan cahaya tersebut merebak dari tengah dada hingga la ke hujung kepala dan kaki. Membuatkan kulit yang asalnya ialah berwarna pucat tidak berdarah kembali ke warna asal semula. Dada mula bergerak naik turun apabila nafas mula keluar berderu perlahan dari hidung mereka.

Moon yang saksikan kejadian dimana mereka bertiga di berikan semula teras kuasa oleh Raja Agung Lukariah berasa kagum sendiri. Memang la dia tahu kehebatan Raja Agung dia ini, tetapi tidak pernah pula di saksikan secara langsung begini!

          "Mereka bertiga ke?"tanya Raja Agung dengan nada mendatar sewaktu tilik setiap wajah tiga lelaki muda di atas katil di situ. "Sebab kenapa Leah masih menetap di sini dan berdegil enggan pulang ke Grendola"

         "Ya tuanku.."angguk Moon di belakang Raja Lukariah.

          "Siapa mereka sebenarnya ini?"Raja Lukariah palingkan kepala ke Moon dengan kening terangkat sebelah sambil tunjuk ibu jari ke arah tiga katil di situ.

Melihatkan wajah serius Raja Lukariah, Moon terus terkedu dekat situ sekejap. Rasa macam dia pulak yang buat salah, sedangkan Leah punca semua ni.

           "Umm...mereka semua adalah The Hunter. Seorang daripadanya adalah anak kepada Vladimir, ketua Puak Royal Wall, dan dua daripadanya adalah hunter mereka.." cerita dia.

Raja Lukariah kembali memandang ke arah katil di situ dengan tangan berada di belakang badan. Postur badan itu cukup menyerlahkan aura sebagai seorang raja yang berkuasa dan seorang ayah yang protective.

             "Bangun.."arah Raja Lukariah dengan suara demanding dia ke arah tiga-tiga tubuh di situ. Dia dapat tahu melalui laporan Moon yang mengatakan Leah telah selamatkan tiga orang lelaki dan menggunakan kuasa penyembuh serta Soul sendiri untuk tiga orang ini.

Kata Moon lagi, Leah rampas semula kuasa dari mereka kerana perlukan kuasa bagi menjayakan misi memusnahkan Syaitan Bayang sebelum dipulangkan semula kepada mereka bertiga. Dan paling dia anti sekali dalam laporan itu adalah, Moon laporkan mengenai Leah mempunyai perasaan terhadap seorang daripada mereka di situ. Mahu tak mahu dia perlu cari tahu siapakah orangnya!

Seperti mendengar akan arahan masternya, ketiga-tiga pasang mata itu terbuka dengan serentak, sebelum seorang demi seorang mula terbatuk-batuk bangunkan diri dari perbaringan.

Awalnya Kirin yang terlebih dahulu bangun, lalu diikuti Roan...namun Eros masih terlantar di katil itu walaupun dia sudah membuka mata.

Moon dekat situ pandang mereka dengan perasaan serba salah dan segan bila kenangkan balik tindakan Leah mengenakan mereka bertiga ini!Pasti tiga orang ini akan marah pada Leah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience