Prolog

Vampire Completed 4861

Nenek dia pernah beritahu sewaktu dia kecil dulu. Nenek dia beritahu peraturan yang dia kena patuhi sebagai Outlanders.

Peraturan yang dia perlu patuhi sebagai Outlanders. Sekiranya dilanggar maka dia perlu hadapi akibatnya.

Pertama jangan keluar pada waktu malam atau selepas matahari terbenam.

Kedua kekal di dalam lingkungan dinding pelindung iaitu di kawasan penempatan mereka.

Ketiga kalau bertembung dengan vampire atau werewolf  dan terutama sekali The Hunter kena cepat-cepat sembunyikan diri. Kalau boleh jangan libatkan diri langsung sekiranya sesuatu terjadi.

Awalnya dia tak faham,yalah Budak kecik kan. Bercakap dengan Budak-Budak ni ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tambah-tambah lagi dia pula jenis anak yang memang tak reti Bahasa dan tidak mendengar kata. Memang tidak la dia akan patuh semua peraturan tu.

Outlanders la.

Vampire la...

Warlock apa kejadahnya tu..

Lepas tu apa?Werewolf?

perang la..

Royal Wall la.

Tolong la...

Letih tahu tak nak fahamkan semua isu ni yang sudah berlangsung hampir setengah kurun.

Jadi, selepas dia menginjak usia 10 tahun lagi, dia selalu keluar dari kawasan lingkungan dinding pelindung, Tapi waktu siang la. Nak keluar waktu malam tu tak berani lagi. Hati masih tikus kot!

Seriau darah kalau keluar malam-malam. Mahunya penghisap darah dan pemakan daging dekat luar tu baham dia. Lepas kantoi dengan bapak dia, rotan la jawabnya. Berbirat la kaki dan belakang badan macam belang harimau.

Kemudian buat lagi, tak serik punya pasal.

Nama pun Budak-Budak kan?

Tapi itu masa kecik punya hal la.

Sekarang dah besar, berani takat nak mampus pun dia dah tak kisah.

Sebabnya sekarang rasa takut dia tak boleh nak lawan rasa terdesak yang dia tengah tanggung buat masa ni. Mahu tak mahu dia kena jugak keluar waktu malam.

Demi mencari sesuap nasi dan ubat untuk ahli keluarga, sekalipun hilang kaki dan tangan dia sanggup dari di anggap jadi anak tidak berguna!

Seperti biasa, dia akan keluar untuk memburu setan-setan berwajah manusia yang suka buat onar dan mengambil hayat kehidupan dalam kawasan sekitar hingga merosakkan alam flora dan fauna mereka.

Ya, ianya di gelar sebagai syaitan shapeshifter. Ianya seekor setan, tapi boleh berubah menjadi apa saja. Hanya orang tertentu saja boleh kenalpasti mana satu setan mana satu mahkluk mistik.

Dan orang itu digelar sebagai Shadow Hunter.

Nak dijadikan ceritanya, dia dalam perjalanan untuk pulang dari Royal Wall selepas buat pertukaran dengan pedagang haram akan hasil tangkapannya.

Sekali tu...nak tahu apa yang jadi?

Kisahnya begini

Waktu malam tu, bulan penuh. Langit jelas tanpa awan mahupun bintang. Angin pula bertiup kuat hingga menggoyangkan pokok di dalam hutan tu. Diselangi bunyi dengung tiupan angin dan kersikan daun saling bergesel, suara deraman buas haiwan dan orang bergelut kedengaran dari dalam hutan Nublar sambil tu.

Lalu bunyi raungan dan ngauman orang dalam kesakitan pula yang kedengaran. Habis tercemar suasana hening hutan pada malam itu dengan suara itu.

Cemas punya pasal memikirkan pemilik jeritan itu, dia terus bergegas ke arah punca kekecohan itu. Dalam kepala dan fikir macam-macam. Terbayang dia kalau orang dari puak dia ke yang cedera atau dalam masalah. Siapa tahu kan!

Sesampai di tempat kejadian, menggunakan batang pokok dan semak di situ, dia menyorok dari baliknya. Namun setelah dia lihat, bukannya orang dia yang berada di situ tetapi sebalik!

The Hunter.

Ya.

Pemburu yang selama ini menjadi mimpi ngeri buat mereka sebagai Outlanders.

Lima orang hunter terbaring di atas tanah dalam keadaan cedera parah. Ada sebahagiannya tidak dapat diselamatkan lagi. Ada yang bermandikan darah pada pakaian mahal dan mewah berperisau mereka.

Mulanya dia memang tidak mahu mendekat. Tetapi suara dalam kepala dia berbisik.Beritahu dia untuk lakukan sesuatu untuk hunter-hunter di situ.

Uish!Memang tak la!

Kalau dia ke situ dan hanya perangkap macam mana?Kang tak pasal-pasal dia tertangkap!!

Dup!Dap!Dup!Dap! Jantung berdetak kencang dalam tulang rusuk. Paru-paru mula pam Udara dengan cepat sampaikan dia hendak bernafas pun payah. Perut memulas seperti mahu terkucil!

           "Leah Amora!Kau jangan macam-macam. Nenek dah beritahu kau kan...jangan dekati Hunter atau libatkan diri yang berkaitan dengan dia orang kan?"bebel dia sendiri sewaktu jalan dengan senyap mendekati kawasan kejadian.

Ah!Lantak la!

Apa nak jadi!Jadi la!Dia tak boleh biarkan mereka semua dekat sini!Kalau puak vampire tahu, mahunya dia orang buat pesta dekat sini meratah darah setiap hunter ni nanti!

          "Uhuk!!"batuk seseorang yang bersandar di sebuah batang pokok berdekatan.

Tersentak dengan suara itu, dia palingkan kepala ke kanan. Nampak saja orang lelaki itu, matanya terbuka luas. Hidup lagi la!

           "To-long.."tunjuk hunter itu ke arah rakannya yang sedang terbaring menelentang di tanah dengan pedang di tangan.

Kepalanya dipalingkan ke arah hunter yang dimaksudkan.

         "Kenapa?"tanya Leah dari balik mafela yang melilit wajah dan mulut kecuali mata.

        "Se-lamatkan dia...to-long.."bisik hunter pertama tadi dengan terdesak.

Tolong?

Nak dia tolong selamatkan pemburu yang telah banyak membunuh ahli keluarga puaknya dan takut-takutkan mereka selama bertahun lamanya?

         "Gila ke?"lafaz Leah dari balik nafas takut dan gemuruh.

          "Uhuk!"hunter pertama tadi terbatuk semula, kini dengan darah tersembur keluar dari mulut.

Berkedip mata dia bila tengok. Serius? Apa yang dah berlaku dekat dia orang di sini?Kenapa begitu parah sekali keadaan yang menimpa para Hunter disini. Bukan ke mereka pahlawan terunggul?Bagaimana mereka boleh kalah dan cedera teruk?

          "Ka-mi di perangkap..to-long  selamatkan dia.."minta hunter pertama tadi buat kali terakhir sebelum kepalanya jatuh terlentok dan dada itu tidak lagi bergerak.

          Sh*t!

Dia membutang mata terpempan!Mati ke?Aduh! Apa nak buat ni?

Perhatiannya di kerling ke sekeliling hutan itu. Hendak pastikan tiada apa-apa yang berlegar atau mengintip.

          "Serius?Kau orang ni memang kan!Menyusahkan hidup orang je tahunya!"gerutunya sambil tanggalkan sarung tangan kulit dari kedua-dua tangan. Mahu tak mahu dia terpaksa juga dapatkan hunter pertama minta diselamatkan itu.

Dia bertimpuh di sebelah tubuh itu lalu pandang akan wajah yang bertutup dengan topeng hunter, sebuah topeng hitam tanpa ekspresi kecuali dua lubang untuk mata sahaja yang ada. Sesiapa pun orang ini, dia harap keputusannya tidak salah!

Kedua-dua tangannya di letakkan ke dada yang basah dengan darah dan kesan cakaran seperti serigala itu.

          "Kembalikan yang lama kepada yang baru, sebagai gantikan ambilla sebahagian dari cebisan ku..."lafaznya sebelum cahaya keluar dari tapak tangan dan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience