Misi Menyelamat

Vampire Completed 4861

Flashbacks

Leah bertimpuh di sebelah tubuh itu lalu pandang akan wajah yang bertutup dengan topeng hunter, sebuah topeng hitam tanpa ekspresi kecuali dua lubang untuk mata sahaja yang ada. Sesiapa pun orang ini, dia harap keputusannya tidak salah!

Kedua-dua tangannya di letakkan ke dada yang basah dengan darah dan kesan cakaran seperti serigala itu.

          "Kembalikan yang lama kepada yang baru, sebagai gantikan ambilla sebahagian dari cebisan ku..."lafaznya sebelum cahaya keluar dari tapak tangan dan matanya. Seakan seperti sesuatu dalam diri dia meninggalkan badannya, kuasanya mengalir keluar dari tangan lalu meresap ke badan hunter itu.

Seakan selamanya menunggu, akhirnya proses penyelamatannya pun selesai. Dan dada itu mula naik turun dengan perlahan apabila hunter tadi bernafas dan stabil semula. Segala kecederaan dan luka yang di alami sudahpun sembuh dan terarawat.

Oleh kerana rasa ingin tahu, dia yang mahu melihat wajah siapakah orang yang dia telah selamatkan itupun tanggalkan topeng dari muka itu. yalah, mana tahu kalau orang yang dia selamatkan ini muncul semula dan hendak susahkan hidup dia, boleh la dia buat perhitungan.

Terangkat saja topeng hitam itu, satu wajah bersih tanpa cela apa lagi misai terdedah.

Oh my gosh!

Leah mengangkat kening dengan tinggi kerana begitu terkejut. Buatkan dia yang lihat wajah itu menahan nafas tergamamnya.

What the f*ck!

Takkan lah!

Bukan ke ini anak kepada Vladimir?

Roan Black!

Apa yang dia telah lakukan ni!?

Haish!

Tak guna betul!

End of flashbacks
           "Macam mana mereka boleh ada dekat sini?"soal Moon dengan mata terbutang luas.

Leah pandang ke arah Carlos. Lengan lelaki itu di pegang kuat.

            "Arahkan pahlawan kau bawa semua yang ada keluar dari sini secepat mungkin sekarang!"beritahu dia.

             "Buat apa nak lari kalau kita boleh lawan?"bantah Carlos dengan kening mencerlung semasa tunduk memandang Leah.

            "Ini bukan soal boleh lawan atau tidak...masalahnya sekarang adalah pastikan keselamatan semua orang dekat sini...jangan nak berlagak sangat boleh tak?"marah Leah sebelum pandang semula ke Moon. "Moon...dengar sini.."

Moon yang sedang cemas dan kebingungan itu pandang Leah dengan kening berkerut mahu menangis. Dia takut...dia takut dengan khabar angin yang tersebar mengenai kekejaman para hunter itu terhadap Outlanders seperti mereka.

         "Huh?"pandang Moon.

         "Pergi cari parents kau dengan aku.bawa dia orang pergi dari sini.."arah Leah dengan nada tenang dan perlahan.

          "Hah?Kenapa aku aje?Kau tak ikut sekali ke?"soal Moon. Matanya mulai kemerahan mahu mengalirkan air mata.

Leah tatap wajah risau Moon dengan perasaan bercampur baur.

           "Aku nyusul kemudian...sekarang kau jadi kawan yang baik untuk aku okay. Kau pergi cari parents kita dan bawa mereka pergi dari sini sementara aku lengahkan dia orang.."

            "Tak!Kau ikut Moon pergi dari sini sekali...biar aku dengan orang aku yang uruskan dia orang.."sampuk Carlos tiba-tiba. "Jangan nak tunjuk hero dekat sini.."

         Enggan menghiraukan Carlos, Leah tolak Moon untuk pergi dari situ. "Dah..pergi sana sekarang.."

           Sambil berpaling mahu pergi dari situ, Moon pandang Leah. Teragak-agak mahu meninggalkan rakannya itu. "Leah..."panggilnya dengan sebak.

           "It's okay...aku datang nanti. Tunggu aku dekat rumah."kata Leah dengan senyuman di bibir.

Maka pergi la Moon dari situ dan menghilang di celah manusia dan warlock yang sibuk di jamuan itu. Sejurus kelibat Moon menghilang, Leah pula yang bergerak mahu pergi dari situ. Tetapi Carlos menghalang. Lelaki itu menghadang depan Leah dengan tangan didepakan.

Hal itu buatkan Leah berhenti dari langkahnya lantas memandang lelaki lampai di depannya dengan kening mencerun tajam.

          "Ke tepi Carlos!"arahnya.

           "Tak...aku akan uruskannya, Kau kena pergi dari sini..."

Sambil mengetap gigi, Leah pandang Carlos tanpa berkedip. Membalas renungan lelaki itu seakan memberitahu yang dia tidak peduli dengan arahan lelaki itu.

              "Sebelum kau yang aku kerjakan...better kau ke tepi!"arahnya lagi.

               "Dia orang bukan lawan kau...aku tahu kau seorang shadowhunter. Tapi dengan keadaan kau begini, kau takkan dapat tumpaskan seorang hunter pun..."beritahu Carlos dengan nada tegas kejengkelan.

Buat seketika Leah pandang Carlos tidak berkata apa-apa. Dan pada masa yang sama dia dapat merasakan kehadiran musuh mereka semakin lama semakin hampir dengan kawasan persembunyian mereka itu.

              "Aku tak perlukan belas kasihan kau!Terpulang sama ada kau nak pergi dari sini atau melawan. Aku tak peduli!Lantak kau."dengan sekuat hati Leah tolak dada Carlos hingga buatkan lelaki itu bergerak ke tepi secara paksa.

Carlos pandang tidak percaya dengan layanan dinging Leah terhadapnya. Dia kepal penumbuk erat-erat saat perhatikan langkah gadis itu yang perlahan-lahan menjauh darinya sebelum lenyap ke dalam kegelapan malam hutan.

              "Hentikannya!"sebut Leah dengan mata bersinar. Menggunakan kuasanya itu, dia hubungkan dirinya kepada orang itu.

Please la dengar!

Kalau Roan ada sekali dalam misi ni!Lelaki tu mungkin akan cedera!Dan kalau lelaki tu cedera!Dia akan turut akan menanggung rasa sakitnya!

Kes paling teruk iaitu mati!

Lelaki tu tak boleh mati!

Sekiranya Roan mati, dia pun akan ikut sekali lelaki tu mati kerana kuasa yang berada dalam badan lelaki itu adalah miliknya.

Pendek ceritanya, sekiranya apa-apa berlaku kepada seorang dari mereka, maka kedua-duanya sekali akan menerima kesannya!

              "Hentikannya!"arah Leah lagi setegas mungkin. Dia tahu lelaki itu boleh dengar dan rasa dia. Tapi sedaya upaya dia samarkan semua itu supaya Roan tidak mensyaki apa-apa! Dan sekarang terpaksa dia angkat tirai tu semata untuk menghalang lelaki itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience