Vampire Pay The Visit

Vampire Completed 4861

*DON'T COME TO ME AFTER READING THIS! SEBAB INI KARYA PERTAMA TINTA KONSEP VAMPIRE WEREWOLF APA KEJADAH NI*

Flashbacks

    "Turun jawatan?Apa maksud ayah??"

       "Puak Warlock akan ambil alih Puak Nublar mulai bulan ni.."

        "APA?!"serunya dengan lantang sampaikan cawan di meja terbalik jatuh menumpahkan isinya.

        "Leah...dengar. Ayah terpaksa lakukan semua ni. Ianya demi kebaikan puak kita."

       "Tapi kenapa?Selama ni okay je. Kenapa sampai perlu serahkan hak kepada Puak Warlock?Beritahu Leah...apa yang dia orang dah cakapkan dekat ayah?Dia orang ugut ayah ke?" soalnya sambil menggengam erat jari jemari menahan sabar.

Ayahnya mendiamkan diri. Kerutan di kening itu jelas-jelas beritahu ada sesuatu yang menggangu fikiran orang tuanya ini.

         "Ayah?"panggilnya lagi.

        "Mereka dah tahu Leah..mereka dah tahu darimana kita dapat makanan dan barangan keperluan untuk puak ni...disebabkan mereka sudah tahu, mereka ugut untuk sebarkan hal ini kepada The Hunter mengenainya. Demi menjaga keselamatan puak kita dan terutama sekalinya kamu, ayah terpaksa bersetuju."

Sumpah!Dia rasa macam nak menjerit dan pergi serang puak separuh manusia separuh raksasa tu sekarang jugak! Berani betul mereka mengugut ayahnya!

           "Mereka tahu ke Leah adalah seorang shadowhunter?Mereka tahu tentang setan-setan tu jugak?"tanya dia lagi.

Ayahnya menggeleng kepala sambil tunduk memandang pinggan makanan di atas meja makan mereka itu.

          "Tak. Mereka tidak tahu. Apa mereka tahu ayah peroleh semua bekalan tu dari balik The Big Wall. Itu saja."

Sh**!

End of flashbacks

Bunyi deru air terjun di kawasan hutan kedengaran menenangkan. Suasana tenang pada tengah hari itu begitu damai sekali. Daun menghijau di sekitar tempat itu.Tanah juga subur. Air sungai tidak tercemar. Malah dapat dilihat ikan berenang-renang dalam sungai di kawasan air terjun itu. Di balik batu tunggul yang bersepah di tempat itu, kelihatan seseorang sedang berendam dalam air sendirian.

Leah bersandar pada batu tunggul di situ dengan kepala dongak memandang langit. Matanya terpejam rapat. Rambut panjangnya disanggul kemas atas kemas sewaktu mandi di situ seusai mencuci pakaian.

Buat seketika segalanya aman dan nyaman...sehingga la

Kssk!

Kssk!

Bunyi daun kering dipijak kedengaraan sesaat kemudian. Memecah kesunyian tempat itu.

Kejadian itu buatkan mata Leah ikut terbuka dengan perlahan-lahan. Dia termenung memandang langit hutan yang dipayungi pokok kanopi di situ untuk beberapa saat.

PRAK!

Dahan kayu patah pula yang berbunyi.

Sepantas kilat, Leah keluar dari rendamannya dan mencapai jubah yang ditenggek pada batu berdekatan dan di sarung ke badannya yang basah serta merta. Pedang tempur yang disemat kemas pada kelongsong di keluarkan.

Berasa awas dengan sekelilingnya, mata Leah liar mengerling ke sekeliling tepi sungai itu. Pedang di hunus penuh amaran di depannya.

Tidak semena desupan angin yang deras menyapa dari tepi Leah. Buatkan dia yang dingin dek air sungai berkedip mata dan tidak sempat hendak bertindak.

         "Chill down princess!"muncul seseorang dari belakang dengan rapat berbisik di tepi telinga Leah. Lalu dia dekatkan hidungnya ke leher Leah yang terdedah itu. "You smell so delicious.."

Leah kejung di situ. Dia cengkam hulu pedangnya seerat mungkin. Namun dia atur nafasnya setenang yang boleh. Tidak mahu gelabah di situ.

         "Kau lambat...Eros."beritahu dia.

         "Hehe...sorry. Sesuatu berlaku semasa aku dalam perjalanan ke sini.." kata vampire itu sebelum jarakkan diri dan jalan ke depan Leah.

Mata Leah ikut gerak perhatikan langkah vampire di depannya dengan awas.

          "Ada sesiapa nampak kau ke sini?"tanya Leah lagi dengan kening mencerlung serius. Pedang di tangannya tadi di seluk semula ke dalam kelongsong.

Mata Eros menilik wajah basah dan segar Leah dengan sengih menggodanya.

           "Ini Eros la...even The Hunter sendiri tak boleh nak kesan aku.." ujarnya bernada bangga.

Leah menjuling mata menyampah. Dasar vampire kuat berlagak! Dia gerak ke batu tunggul berdekatan lalu tunduk mencapai pakaiannya.

            "Jangan nak buang masa.  Beritahu aku, apa maklumat yang kau dapatkan untuk aku?Dah kenal pasti kedudukan setan-setan tu?"soalnya sambil berdiri di belakang batu itu lantas menyarung pakaian ke badannya.

Eros silangkan tangan ke dada lantas sandar pada batang pokok besar di tepinya saat perhatikan kepala Leah dari balik tunggul batu di situ.

              "Ada tu ada...tapi yalah. Maklumat bukan datang secara percuma. Kau kena bayar dulu. Baru aku bagi tahu kau..."

Selesai menyarung seluar ke kaki, Leah keluar dari persembunyiannya sambil membutang kemeja di badannya.

Memang tak la!

             "Bagi aku dengar dulu maklumat tu lumayan atau tak. baru aku setuju untuk berikan bayaran.."beritahunya. Dia pandang lelaki berwajah pucat bermata merah di tepi pokok itu dengan renungan mencabar. Hujung bajunya di tuck in ke dalam seluar. "So apa maklumat tu??"

               "Hei...jangan la macam tu.." Eros tolak dirinya dari sandar pada pokok lalu jalan dekati Leah perlahan-lahan. "Macam mana kalau kau tak nak bayar aku lepas aku beritahu kau maklumat tu?Rugi la kerja keras aku...ingat senang ke nak intip dia orang tanpa bahayakan diri aku?"kata dia sambil tu.

Leah berdiri dekat situ memerhatikan Eros mendekati dia. Berasa jengkel dan rimas dengan perangai pengintipnya yang satu ini. Ingat dia takut?Patutnya Eros yang takut pada dia. Sebab kalau bukan kerana dia, mungkin Eros sudah pun menjadi debu lama dahulu!

            "Kau beritahu aku atau tak payah langsung?"ujar Leah yang tidak mahu mengalah dengan trik Eros yang sudah diguna pakai terhadapnya berulang kali.

Apabila Eros berdiri melangit di depan Leah, dia angkat tangannya lalu memegang pinggang ramping Leah. Dia tarik tubuh itu agar merapat padanya.

            "Aku nak 'Bayaran' dulu...dan percaya la, maklumat ni akan bagi kau keuntungan berlipat ganda dari sebelumnya."bisiknya di depan muka Leah. "Please...dah tiga hari aku tak rasa darah manusia gara-gara ekori dia orang.."setelah itu dia telan air liur craving tanpa sedar.

Leah mengecilkan mata, pandang curiga akan Eros. Dan ingat dia ni bank darah kebajikan? Yang senang-senang nak di ambik tanpa tujuan! Hell no!

           "No!Maklumatnya dulu."tegas dia.

Buat seketika Eros diam memandang mata Leah dengan mata vampirenya lantas mengesan emosi tidak goyah Leah dari mata itu. Susah betul la nak yakin kan hati perempuan sorang ni!

             "Ugh!Fine!"ngerang dia kerana mengalah. "Dia orang ada dekat kawasan utara sebelah Hutan Tieger. Ada pokok berusia ratusan tahun dekat situ yang dia orang nak serap kuasanya. Kau ke situ, tiga setan sekali kau akan dapat."beritahu Eros.

Leah pandang ke tempat lain. Dia termenung memikirkan sesuatu sebaik mendengar makluman itu.

Hutan Tieger. Kenapa la dia tak fikir! Mestilah setan-setan tu akan ke situ!

Tapi Malam ni?Upacara pelantikan akan turut diadakan pada masa yang sama. Itu bermakna dia ada peluang untuk selinap keluar dari koloninya untuk memburu tanpa disedari sesiapa!

Eros perhatikan reaksi Leah dengan sengih meleret.

           "Now...upah aku.."tunduk Eros ke leher kanan Leah. Bila naluri vampirenya muncul mendengar denyutan nadi di leher itu, gigi taringnya keluar secara automatic. Tanpa membuang masa, dia dekatkan giginya mahu menggigit leher itu.

            Tidak bergerak sama sekali, Leah pandang ke depannya. "Kalau maklumat yang kau berikan ini salah ! Aku akan jadikan badan kau debu Eros.."amarannya.

Eros tersengih jahat meleret semasa buka mulut mendekatkan gigi taringnya ke leher Leah. Dimana sumber makanannya berada.

             "Don't worry princess...maklumat aku sentiasa sahih!"bisik Eros sangat perlahan sebelum dia gigit selembutnya pada kulit sejuk Leah.

Sudah terbiasa dengan rasa sakit, Leah hanya mengetap gigi bila taring Eros menebuk kulitnya. Lalu dia merasai darahnya mula diminum oleh vampire itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience