"Kau cedera ke?"soal Moon lagi sambil menilik Leah dari atas ke bawah. Ingin pastikan puteri mahkota di sebelahnya tidak apa-apa. "Dia orang apa-apa kan kau?"
Leah menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. Terlambat sudah untuk tanya hal itu kepada dia. Tidak mungkin la dia nak beritahu Moon bahawa Orang yang cuba membunuh dia adalah orang yang menyelamatkan dia. Nanti mesti minah sebelahnya ini takkan berhenti bertanya itu dan ini. Silap masa, cerita akan sampai kepada ayahandanya.
"Not anymore..."jawabnya dengan malas.
Moon buat muka. Geram betul dia!Tahu tak dia risau separuh mati memikirkan keselamatan Leah. Boleh pulak kawan dia selamba je cakap macam tu.
"Huh?Tak lagi?Apa maksudnya? Kau cedera ke tak?"
Malas hendak menjawab soalan itu, Leah terus beralih ke topik lain serta merta. Moon belum tahu lagi yang dia berhubung dengan werewolf dan vampire selama ini. Alasan kenapa dia rahsiakannya adalah demi keselamatan Moon sendiri!
"Kau dah buat apa yang aku mintak?"tanya Leah selepas mereka memasuki ke kawasan yang di selindungi dengan kuasa ajaibnya. Kawasan yang ditutupi kubah dinding perlindung. Dan masuk saja ke situ, tidak kira la ahli sihir ke werewolf ke vampire ke atau sesiapa saja tidak akan dapat kesan keberadaan mereka apa lagi mendengar setiap perbualan mereka berdua.
"Macam yang kau mintak...semua puak Nublar dah pun dipindahkan ke kawasan selamat selepas serangan di puak Warlock tempoh hari..."beritahu Moon di sebelah.
Leah hanya berjeda pendek tanpa memberi respon kepada Moon.
"Selain tu laporan sudahpun dihantar kepada Raja Agung seperti yang dirancangkan tempoh hari..,aku beritahu tentang kejadian yang menimpa diri kau sekali."sambung Moon. "Tapi-"
Baru la Leah berhenti dari melangkahnya. Dia pusingkan badannya menghadap Moon. Dia pandang rakannya itu dengan kening terangkat sebelah."Kenapa?"
Moon ikut sama menghadap Leah. Dia menggigit bahagian dalam bawah bibirnya sewaktu buat muka serba tak kena. Keninganya berkerut susah hati. "Jodan dan ahli pasukannya turun ke sini..."
Hilang terus air muka tenang bersahaja Leah. "Apa?"Leah hampir menempik lantang di situ. "Jodan?"
"Ya."Moon mengangguk kepala satu kali. "Raja Lukariah telah beri titah supaya kau undurkan diri secepat mungkin dan pulang ke Grendola. Dia minta kau batalkan apa saja rancangan kau. Sebab Jodan yang uruskan semuanya di sini.."
Berderau laju darah dia lepas mendengar kenyataan itu. Sampai senak urat kepala dia dek darahnya di pam ke otak dengan kelajuan luar biasa. "Jodan apa?"soal Leah lagi yang begitu terkejut. Nafasnya mula naik turun seperti hendak di serang panik.
"Jodan dan pasukan dia tiba lewat malam tadi semasa aku buat rondaan di sekitar Nublar. Dan itu la yang dia katakan kepada aku lepas kami bertembung...dan nampaknya dia cuba mengesan kau menggunakan detak nadi kuasa kau tu.."Moon berkerut kening semasa menjelaskan akan pertemuannya dengan Jodan malam tadi.
Berasa begitu terpempan sekali, Leah mencekak pinggang dan pandang sekitarnya dengan reaksi risau cemasnya!Macam sh*t je semua ni!Haih!Kalau Jodan dah ada dekat sini maknanya hanya masalah saja la yang sedang menanti dia nanti!
"Apa patut kita buat ni Leah...patut ke kita berundur?Atau kau nak teruskan jugak rancangan kau ni?" soal Moon yang sepertinya turut merasai perasaan yang sama Leah rasakan.
Sambil mengerling ke Moon, Leah mengetap gigi erat-erat. Menahan rasa yang sedang membuak-buak di dalam dadanya ketika itu.
"Gila kau nak berundur. Kita dah separuh jalan pun. Aku takkan berundur. Kita teruskan jugak sampai Nublar bebas dari cengkaman peperangan ni..."
"Kalau macam tu Jodan macam ni?Tak ke dia akan jadi penghalang kita?"
Leah mati akal. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa lagi kecuali memandang Moon. Jelas-jelas wajah Moon beritahu yang gadis itu turut serabut memikirkan masalah baru mereka ini.
"Tak satu-satu masalah yang timbul... penat betul. "keluh Leah sewaktu menguak rambutnya ke belakang kerana rimas. Nampaknya dia kena lakukan sesuatu mengenai Jodan! Dia tak boleh tertangkap dengan mudah begitu sahaja!
Selaku puteri mahkota dan pemerintah Grendola, dia tidak akan sesekali mengalah begitu sahaja untuk pertahankan rakyat jelatanya. Sekalipun terpaksa korbankan nyawa. Akan dia laksanakannya sehingga selesai!
Share this novel