Malam Pelantikan

Vampire Completed 4861

Warlock. Ianya merupakan magical creature yang dilahirkan bentuk manusia. Sekali pandang memang tak boleh nak bezakan sama ada mereka itu manusia biasa atau warlock. Tetapi spesis ini mempunyai kuasa ajaib yang berbeza fungsinya.

Antara banyak-banyak mahkluk magik, warlock berada di tangga teratas. Mereka mempunyai kuasa dimana mereka boleh buka portal untuk ke mana-mana sahaja.

Selain itu mereka juga mempunyai kuasa yang boleh mengawal fikiran seseorang, dari menghapuskan ingatan seseorang sehingga la kepada menghalang ingatan seseorang itu. Selain itu warlock mempunyai system benteng perlindungan yang kukuh dan beberapa lagi jenis kuasa yang hebat.

Namun banyak-banyak kelebihan yang mereka miliki, warlock juga mempunyai kelemahan tersendiri. Iaitu werewolf. Mereka adalah musuh abadi golongan spesis ini.

Kenapa?

Sebab kuasa magis mereka tidak beri sebarang kesan kepada puak werewolf. Tidak kira la sekuat mana kuasa sihir itu, ianya tidak akan beri sebarang kesan. Kerana itu warlock adalah target paling mudah untuk di bunuh oleh werewolf. Dan sering menjadi target peperangan antara werewolf.

Untuk kukuhkan lagi kedudukan dan tambahkan wilayah, warlock telah buat perjanjian dengan puak manusia biasa. Sebagai syarat puak warlock berikan perlindungan kepada puak manusia biasa. Manusia biasa jadi orang mereka untuk lindungi mereka dari serangan werewolf nanti.

Untuk perlindungan mereka dari peperangan kelak!

Unggun api menyala marak di tengah-tengah kawasan. Pondok kecil dan meja dipenuhi dengan hidangan serta makanan yang enak.

Bunyi gendang yang rancak dan orang menari memeriahkan majlis jamuan di situ. Sama ada manusia biasa mahupun warlock sendiri semua kelihatan gembira tiada perasalahan di antara mereka.

Cahaya dari obor dicacak ke sekeliling kawasan yang telah dipagari dengan sihir pendinding pelindung warlock. Pengawal bertugas pula masing-masing berada di post mereka. Mereka berkawal dengan perhatian yang ketat.

Ibarat tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku, semua di situ bersuka ria dan menikmati jamuan yang dihidangkan kepada mereka semua pada malam pelantikan penghulu puak baru mereka.

Taktala Puak Nublar dan Warlock sedang bersuka ria, ketika itu kelihatan Leah berdiri dalam gelap memerhatikan semua orang di situ dengan renungan helangnya.

Sejak majlis bermula sehingga la jamuan berlangsung, sekali pun dia tidak turunkan perasaan berjaga-jaganya. Perasaan penuh amaran dan berjaga-jaga buatkan dia alert akan ke sekelilingnya ketika itu.

Sewaktu gadis seumurnya yang anggun merias diri sedaya upaya hendak tonjolkan diri di hadapan warlock yang kebanyakan rupawan dan kacak, Leah sikit pun tidak tunjuk minat untuk mengikuti sambutan itu.

          "BAH!~"sergah Moon dari tepi dengan tiba-tiba.

Mata Leah sekadar berkedip. Dia tidak terkejut sebab dari awal lagi dia menyedari kehadiran rakannya itu,

          "Seronok?"soal Leah

           Moon ketawa lalu mengangguk kepala. "Mesti la...lagi-lagi lepas anak kepada penghulu baru kita. Carlos tadi berborak dengan aku..." beritahunya dengan teruja.

Leah hanya perhatikan wajah Moon yang sudah blushing seperti apa. Taksub betul dengan anak kepada warlock tu. Entah apa yang diistimewa sangat pun dia tak faham.

             "Dah tu kenapa kau dekat sini?Pergi la berborak dengan jejaka idaman kau tu..."selorohnya.

              "Itu yang aku ke sini...nak ajak kau ikut aku sekali berborak dengan dia."beritahu Moon sambil cubit lengan panjang dress yang dipakai oleh Leah. Enggan bersentuhan dengan rakannya kerana dia sedia maklum akan kuasa istimewa yang dimiliki oleh Leah sebagai shadowhunter.

Iaitu Vision Reader. Boleh lihat semua kejadian lepas dengan hanya bersentuhan.

Kening Leah mencerlung tak puas hati. Aik! Dah kenapa nak libatkan dia pulak!

Ih!

Tak mau la!

            "Ah!Tak nak aku. Kau nak, kau pergi sendiri. Aku lebih suka sendirian." Leah tarik lengannya semula dari cubitan Moon.

Pada masa Moon hendak bersuara, seseorang muncul dari arah kanan mereka berdua dengan tiba-tiba lalu diikuti dengan suara lelaki yang lunak dan sedap telinga mendengar.

              "Hai Leah..."

Kedua-dua kepala itu berpaling, Moon dengan muka terkejut, Leah dengan muka menyampah. Masing-masing menatap wajah lelaki kacak berambut perang menutupi dahi dengan sepasang mata kelabu silver berkening hitam tajam itu tanpa berkedip.

Moon tersengih sesaat kemudian setelah menyedari siapakah orang itu,

Sementara Leah pandang tidak berminat sambil membuat muka.

Datang dah makeluk sekor ni!

            "Lama tak jumpa kan..."Carlos pandang Leah dengan renungan bersinar penuh teruja. "Kali terakhir kita jumpa itu pun masa-"

Tidak mahu Moon mendengarnya, Leah cepat-cepat pintas kata Carlos.

          "Sudah. jangan nak ungkit hal lama. So better kau stop dekat situ."tegah Leah.

Moon buat muka. Dia pandang tak faham akan Leah. Kawannya ini kenal ke dengan Carlos!? Dia sendiri tidak tahu yang Leah pernah bertemu dengan Carlos. Memangnya dua orang ini pernah berjumpa ke?

          "Kau orang berdua kenal antara satu sama lain ke?"

Perhatian Carlos terus beralih pada Moon setelah mendengar pertanyaan itu. Dengan dashing, dia beri senyuman boyish kepada Moon.

           "Sudah tentu...Leah tak beritahu ke?Kami pernah berhubungan tidak lama dulu.."nada bangga jelas kedengaran dari kata-kata Carlos itu.

Seakan mahu menumbuk tepat ke batang hidung mancung Carlos, Leah beri jelingan maut kepada lelaki itu.

Suka sangat tu dah kenapa? Pandang saja muka Carlos dah cukup buat tekak dia kembang inikan lagi berikan kenyataan yang mereka pernah bersama?

Ugh!

Muntah hijau jugak kang dia nanti!

Terjungkit tinggi kening Moon. Dia pandang tergamam ke Carlos.

           "Huh?Hubungan?Memangnya hubungan apa?"tanya Moon kebingungan dan terkilan pada masa yang sama. Leah Bersama Carlos?

Tanpa tunjuk rasa segan atau teragak-agak, Carlos pun beritahu.

            "Kekasih saya. Tiga tahun kami bersama sebelum berpisah tidak lama kemudian itupun berpisah tanpa sebab. Kan?"kata dia sewaktu memberi jelingan tidak puas hati kepada Leah.

Leah hanya buat muka tidak peduli apabila menyedari renungan yang diberikan kepadanya oleh Carlos.

             "Apa?"soal Moon sebelum dia pandang tak percaya ke Leah. Agak taken aback dengan informasi yang diterima. Serius dia tak tahu pun mengenai hal ini. "Kenapa kau tak pernah cerita dekat aku?"tanya dia.

Leah palingkan wajahnya ke Moon lalu berkata.

             "Macam aku tak a-"Leah berhenti bercakap dengan mendadak. Tiba-tiba saja dia dapat rasakan bulu romanya tegak meremang.

Telinganya mula berdengung dan kepalanya berdenyut aneh. Hal itu buatkan Leah turunkan tangan yang bersilang di dada ke bawah dan berdiri kaku memandang ke depan buat seketika.

Perasaan ni...

Perasaan sama yang pernah dia rasakan tak lama dahulu!

Perasaan penuh amaran dan bahaya!

Oh sh*t!

Tak mungkin!

Takkan la!

Dengan nafas tertahan-tahan, Leah pandang Carlos dengan penuh amaran.

          "Ada apa ni Leah?"soal Carlos yang  perasan akan perubahan aura sekeliling Leah ketika itu.

Perlahan-lahan Leah gerakkan bola matanya ke Carlos. Badan masih kaku menghadap ke depan.

          "Dia orang ada dekat sini.."kata Leah dengan mata terbutang kaku.

          "Siapa?"soal Moon blur-blur.

Air muka Carlos berubah serta merta.Rahangnya berketik.

          Tak guna!"The Hunter!"sebutnya dari balik ketapan gigi.

Moon membutang mata seluasnya dengan nafas tertahan-tahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience