Perjumpaan Besar Besaran.

Vampire Completed 4861

Selang dua hari kemudian,selepas kehilangan Roan yang menggemparkan Royal Wall hingga buatkan hunter keluar melihat setiap pelosok hutan, membuatkan Royal Wall tidak dikawal ketat kerana kebanyakan pengawal dan hunter keluar untuk misi mencari Roan.

Leah apa lagi, dia pun gunakan waktu itu untuk seludup masuk ke dalam Royal Wall Bersama dengan pasukan rahsia dia yang selama ini telah bersembunyi di Nublar. Oleh kerana kesatria Grendola lebih terlatih dan di tahap kuasa paling tinggi di bandingkan mana-mana ahli sihir Royal Wall, hanya dalam masa yang singkat, Leah berjaya menawan Royal Wall begitu sahaja.

Vladimir telah diugut oleh Leah agar beri kerjasama kepada Puak Outlander untuk musnahkan Puak Bayang. Awalnya Vladimir tidak mahu setuju, tetapi selepas diberitahu yang Leah memegang Roan di dalam tangan, lelaki tua itu terpaksa akur dan bersetuju.

Lantaran itu, hasil berkat usaha Leah memujuk dan memancing setiap ketua untuk empat puak, akhirnya dia Berjaya mengumpulkan mereka ke satu tempat untuk berbincang mengenai isu yang mereka semua hadapi. Iaitu membanteras kuasa syaitan bayang dari berleluasa di Nublar itu.

Dari ayah Roan, Vladimir mewakili Royal Wall, hasil pujukan Eros yang sebelumnya, ketua puak vampire turut bersetuju, Kirin yang terlebih dahulu telah hubungkan Leah dengan ketua puak werewolfnya, Carlos yang Berjaya di jejak keberadaannya selepas menghilang akibat serangan hunter tempoh hari turut hadirkan diri mewakili puak Warlock. Puak Nublar sendiri diketuai oleh ayah angkat Leah.

Walaupun Eros, Kirin dan Roan tiada pada wakut perjumpaan tersebut, ianya sikit pun tidak menggangu rancangan Leah. Malah ia berjalan seperti biasa.

Cuma...

Awalnya pertemuan itu bermula dengan pertelingkahan dan bertegang leher, Setiap ketua tidak mahu mengalah dan asyik mempersalahkan antara satu sama lain. Bila seorang menafikan yang seorang menuduh, bila seorang menidakkan, seorang pula menyatakanSampai ke sudah intipati perjumpaan itu langsung tidak dapat di sampaikan apatah lagi di kongsikan sesama mereka.

Sehingga Moon yang hilang sabar dengan sikap pemimpin setiap puak itu, terus menyihir mereka semua kaku menjadi batu tidak bergerak kecuali boleh bernafas dan mendengar. Terkejut juga la mereka waktu itu. Namun tidak lama, setelah ditenangkan oleh kata-kata Leah, mereka kemudian di bebaskan semula dari sihir tersebut,

Maka dari situ bermula la perbincangan Leah Bersama pemimpin setiap puak di situ. Dari awal sehingga la akhir, Leah terangkan satu persatu kepada mereka apa yang sebenarnya telah terjadi di Nublar. Dia ceritakan akan punca kenapa peperangan tercetus, sehingga la soal syaitan bayang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan mengubah bentuk menjadi setiap ahli puak yang berniat hendak melaga-lagakan mereka antara satu sama lain.

Pemimpin Puak Vampire terima tetapi Pemimpin Werewolf berbalah yang serangan itu memang puak Vampire lakukan sementara Pemimpin Warlock masih makan hati dengan tindakan Royal Wall yang menyerang mereka tempoh hari.

Sebelum perbalahan mereka mula, Leah cepat-cepat leraikan pertengkaran tersebut dengan mengatakan bahaya Hutan Nublar sedang nazak. Tanahnya semakin mati, tumbuh-tumbuhan bakal pupus, kehidupan disitu akan merosot dan paling teruk adalah Puak Syaitan Bayang sudahpun meluaskan kawasan populasi mereka.

Mendengar makluman itu, keempat-empat pemimpin di situ terus patuh dan tekun mendengar setiap penjelasan Leah di situ. Selepas empat jam perjumpaan dilangsungkan, maka kata sepakat pun Berjaya di capai oleh kesemua mereka.

Dua hari kemudian, Jadon datang ke Nublar. Lelaki itu menemui Leah. Dan Leah pun ceritakan segalanya kepada lelaki itu dan meminta kerjasama Jadon untuk sama-sama menghulur bantuan bagi menjayakan misi Leah. Jadon menjadi Jadon, lelaki itu mahu tak mahu patuh akan permintaan Leah.

Maka bermula la operasi pembahagian kumpulan dan ahli untuk operasi memerangi syaitan bayang. Dari semua Bangsa Outlander dan Royal Wall, mereka semua masing-masing dengan adil dan penuh kerjasam mengagihkan ahli dan berkerja dalam satu kumpulan untuk aktiviti memburu dan menghapuskan semua makhluk perosak si Syaitan Bayang.

Selama seminggu lebih operasi itu berlangsung. Ianya di lakukan dari satu kelompok ke satu kelompok tempat tinggal dimana syaitan bayang bersembunyi. Dengan hasil bantuan dari puak Nublar yang membuat siasatan dan pantauan, sehingga la vampire yang boleh bezakan mana syaitan bayang mana bukan, warlock dengan mudah jadikan diri mereka umpan untuk bawa semua makhluk jahat itu keluar lalu dikerjakan oleh puak werewolf dan hunter dari Royal Wall.

Disamping itu, Leah, Moon, serta shadowhunter yang lain turut hulurkan tangan dan kaki mereka untuk menjayakan misi itu. Yang mana membuahkan hasil. Dari satu tempat tinggal ke satu tempat tinggal sehinggala markas Utama persembunyi syaitan bayang dimusnahkan oleh Outlander dan Royal Wall.

Hasil dari kerjasama yang terjalin itu, konflik dan ketegangan di antara semua puak semakin berkurang. Ramainya mula bersikap terbuka dan mesra dari sebelumnya. Sudah tiada lagi isu bermasam muka atau saling salah menyalahi antara satu sama lain.

Kehilangan Eros dan Kirin tidak di curigai sesiapa. Tiada siapa tahu atau cuba cari tahu dimana keberadaan mereka. Semua orang dan para Outlanders hanya menjalani hari mereka seperti biasa dan memerangi syaitan bayang tanpa henti. Sementara Roan masih dirahsiakan keadaannya.

Mereka berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi bagi memerangi syaitan bayang yang bertebaran di segenap Nublar.

Lalu khabar angin pun tersebar di seluruh pelosok Grendola. Dari sebuah daerah ke sebuah negeri hingga la berita itu sampai ke telinga Raja Agung Lukariah sendiri. Berita yang mengkhabarkan bahawasanya Puak Outlander dan Royal telah bekerjasama memerangi Syaitan Bayang dan pulihkan Nublar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience