Homeland

Vampire Completed 4861

Beberapa tahun kemudian.

Langit cerah, awan berarak, Udara segar dengan pelbagai bau. Tanah subur dan pemandangan nan yang hijau dapat dilihat seluas mata memandang. Segalanya berwarna warni dan kelihatan indah. Tiada kurangnya pun tempat itu.

Suara orang sibuk berbual dan menjual beli memenuhi tempat itu. Mana-mana boleh nampak manusia dan ahli sihir pelbagai bangsa dekat situ. Sama ada elf mahupun oger. Semuanya kelihatan harmoni. Malah ada yang berborak sesama mereka sambil tersenyum senang walaupun berbeza bangsa dan puak.

Dari balik kesibukan pekan Grendola itu, kelihatan dua orang bermantel merun baldu berlogo kesatria diraja dan jelas-jelas berjalan di samping antara satu sama lain. Seakan seperti tiada apa-apa telah terjadi, penduduk di situ jalani rutin dan pekerjaan masing-masing tanpa kelihatan terganggu atau risau.

Setelah peperangan tamat beberapa tahun yang lalu, kehidupan rakyat Grendola di serata negeri semakin membaik. Semuanya hasil kerjasama dari beberapa kawasan yang ada di daerah Grendola itu, terutama sekali Nublar. Dibantu dan di pimpin oleh pasukan khas yang terdiri daripada puak vampire, hunter dan werewolf, Grendola berjaya menghapuskan peperangan dan meluaskan kawasan jajahan mereka.

Ditambahkan lagi dengan kebijaksanaan pemerintah baru Grendola sendiri, Negara Magika Grendola telah menjadi negara paling teraman dan harmoni di antara banyak-banyak negara yang lain. Kerana kemampuannya itu jugala banyak pemerintah luar datang memberi royalty inginkan perlindungan dari mereka.

Dan pemerintah itu adalah Leah sendiri. Dia adalah permaisuri baru Grendola selepas ayahandanya turun taktah.

Sejak kejadian di Nublar, sejak itu la cara Raja Lukariah pandang Leah berbeza. Dia tidak pandang anak perempuannya sebagai seorang perempuan yang sepatutnya duduk rumah dan uruskan rumah tangga. Tapi Raja Lukariah pandang Leah sebagai seorang pemimpin dan anak yang tiada tolok gantinya. Raja Lukariah tidak lagi menegah Leah dari melakukan sesuatu buat rakyat dan kerajaannya. Malah dia biarkan Leah yang ambil alih dan beri saranan untuk setiap perkara.

Dari situ la kerajaan Grendola mula berubah dan semuanya mula membaik dan di perbaharui. Segalanya menjadi mudah untuk diselesaikan dan diuruskan kalua bukan kerana penglibatan Leah. Maka bermula pemerintahan yang bebas tanpa larangan terhadap penglibatan kaum wanita dalam sesuatu urusan di Grendola.

            Bersama senyuman senang di bibir, lengan itu di tariknya ke satu arah. "Sini tengok tu.."tunjuk Leah dengan bersungguh kepada orang di sebelahnya sewaktu mereka berdua melintasi sebuah gerai candy floss.

              "Lagi?Kita baru makan aiskrim tadi...tak cukup banyak ke kita makan gula satu hari ni?"

              "Alah...bukannya mati pun kalau makan banyak gula dalam sehari tu.."rungut Leah yang tidak mahu mengalah. Dia tarik juga lengan itu ke arah gerai dimana candy floss berwarna pink, biru, kuning dan putih di jaja.

Mahu tak mahu orang yang Bersama Leah terpaksa menurut. Dia heret jugak kakinya sewaktu lengan dia yang sudah seperti mahu tertanggal sejak tadi di heret ke sana ke mari ditarik oleh Leah.

Sesampai saja Leah di depan gerai itu, dia terus hulur kepingan syiling kepada penjaja itu dan mengambil satu dari pada stick candy floss berwarna pink di situ.

          "Kau nak?"aju Leah di depan muka itu.

           Sambil buat muka tak suka, tangan Leah di tolak ke tepi supaya makanan bergula itu jauh dari mukanya. "Kau sengaja nak seksa aku atau apa sebenarnya ni?"tanya Moon.

          Leah ketawa. "Alah...nak manja sikit dengan kau pun tak boleh...nanti kau ikut suami kau balik. Dah aku tak boleh lepak dengan kau.."katanya.

          Moon menjuling mata menyampah. Dia silangkan tangan ke dada. "Sebab itu la aku suruh kahwin. Kau tak nak..banyak la alasannya."

         Bersama senyuman terkilan di bibir, Leah pandang wajah Moon yang berseri kerana tinggal beberapa hari saja lagi bakal jadi pengantin baru. "Bukan sekarang.."

         "Hmm...kalau bukan sekarang? Bila?Sampai kau jadi dara terlajak macam tu?"seloroh Moon. "Ke kau masih tak boleh move on dari Nublar?Dah berapa tahun berlalu Leah, dia orang pun tak ingat kau, Roan sendiri dah kahwin, Eros pun dah nak berkahwin...Kirin jangan cakap la...dah bercinta pun...kau ni hah single pringle macam ni..kahwin dengan Jodan tak mahu.."

Leah pandang candy floss di tangannya ketika lepas dengar kata-kata Moon. Nak buat macam mana, dah mereka bukan jodoh dia. Teringat dia berita yang disampaikan oleh ayahandanya mengenai tindakan ayahanda dia 'bersihkan' seluruh Nublar hinggakan semua memori mengenai dia dihapuskan dari ingatan semua orang di situ. Memang naik angin bagai nak apa lah jawabnya. Paling yang buat dia mengamuk adalah lepas dapat tahu yang Moonadalah punca kenapa ayahanda datang ke Nublar hari tu dan bereskan kerja yang sepatutnya dia yang bereskan.

Tapi lepas  tu Leah cool balik. Dia tak marah lama-lama. Sebab niatnya ke Nublar adalah untuk bantu mereka dan buktikan kepada ayahandanya yang dia pun boleh lakukan sesuatu yang lelaki lakukan. Cuma yang tak puas hatinya ayahanda dia tak berikan dia peluang untuk habiskan segalanya dengan baik, itu je.

Yang lain dia tak kisah, sama ada Kirin, Eros dan Roan tidak ingat tentang dia, ianya terbaik untuk mereka semua walaupun dia dah buat salah pada mereka dengan merampas kuasa mereka macam tu je!

Sebab dia sudahpun menemui mereka semula sewaktu urusan kerjasama Nublar dengan Istana Grendola untuk bekerjasama menghapuskan musuh dan luaskan jajaha. Mereka semua sikit pun tidak ingat pada dia, tapi semakin membaik. Dalam diam dia minta maaf la walaupun mereka tak kenal siapa dia yang sebenarnya.

Benda pun mereka dah lupa. So tak ada hal dekat situ.

             "It's okay...bagusla semua orang happy...sebab bagi aku, kalau semua orang happy aku ikut happy."kata Leah semasa tersenyum memandang Moon. Ya,  dia happy kalau semua hidup happy.

Moon melepaskan hela nafas kesalnya. Yalah..kalau bercakap dengan permaisuri yang seorang ni memang takkan menang punya. Tak hairan la kenapa Jodan takut nak kahwin dengan Leah sampaikan lelaki itu pilih diri dia sebagai isteri.

            "Yalah tuanku permaisuri agung yang dikasihi...sekarang boleh kita balik ke istana?Lama-lama dekat sini ada pulak yang membebel nanti." ajaknya setelah itu.

            "Ih...menyampah la..tak adanya Jodan nak membebel. kau keluar dengan aku je..bukan dengan lelaki lain.Mengada sangat...tak larinya kau ni pun...orang nak culik pun tak mahu.."seloroh Leah sebelum rangkul lengan Moon dan mula berjalan pergi dari situ sambil makan candy flossnya.Menyampah pulak bila dia teringat akan Jodan. Lelaki itu kan, ada saja tau caranya nak rampas perhatian orang yang dia sayang.Mulanya ayahanda dia, kemudian Moon.

Mana tidaknya, sejak Leah pulang ke Grendola bersama Moon, sejak itu la Jodan dan Moon saling luangkan masa Bersama, dan akhirnya dua orang itu tangkap cintan!Dan sekarang nak kahwin pun.

          "Mana kau tahu"tanya Moon dengan nada terkejutnya.

          "Banyak cakap la kau ni...makan je candy floss tu..."

          "Manis la!"

          "Makan je la... Biar makin manis muka tu... "

Dua orang sahabat itu jalan merentasi laluan pasar yang dipenuhi dengan penduduk yang lalu lalang di kawasan pekan tersebut dengan bebelan masing-masing.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience