Rakan Shadowhunter.

Vampire Completed 4817

Pada keesokan harinya Leah telah berikan agihan tugas buat shadowhunter yang lain agar membuat rondaan untuk mengesan kedudukan tempat persembunyian syaitan bayang berada.

Awalnya Moon hendak ikut sekali, tapi Leah tegah sebab kalau semua keluar tiada siapa yang akan menjaga kawasan Puak Nublar. Mahu tak mahu Leah terpaksa akur dengan arahan itu.

Eros pun sempat tawarkan diri jugak nak ikut, tapi Leah beritahu yang lelaki itu ada tugas lain yang perlu di lakukan iaitu pecahkan beberapa kumpulan vampire untuk sesi memburu syaitan bayang. Kalau bukan kerana di ugut bakal di beri bekalan darah segar yang banyak dari Puak Werewolf, Eros tak dapat nak tolak akan arahan itu.

Maka Leah keluar la sendiri ke utara Nublar satu hari suntuk itu.

Sendirian tanpa gentar Leah jalan di sekitar gigi sungai memerhati kawasan hutan yang semakin layu dan membusuk. Air sungai pun hitam. Bunyi burung dan unggas langsung tidak kedengaran di kawasan itu. Nampak sangat la tempat itu adalah bekas hotspot para syaitan bayang cari makan.

Tertarik hendak tahu sekiranya dia lakukan sesuatu, Leah tanggalkan sarung kulit dari kedua-dua belah tangannya. Lantas dia bercangkung di atas tanah di situ. Bila tapak tangannya menekap permukaan tangan itu, satu getaran tenaga dan bunyi dengung serta merta menyapa dia.

Yakin dengan tekaannya tepat, Leah pun tersengih bangga. Dia angkat kepala untuk kerling ke sekitar kawasan sungai dan hutan di depannya ketika itu.

Buat pertama kali, dia berasa bangga kerana di lahirkan sebagai keturunan diraja. Yang berdarah tulen magika asli. Kalau bukan kerana keistimewaan dia sebagai golong diraja, mungkin dia tidak di kurniakan kuasa luar biasanya ini.

Muncul tiga orang dari belakang dengan kain sebagai penutup mulut mereka berdiri di belakang Leah. Ditangan mereka saling memegang senjata.

           "Kami dah selesai ronda..." beritahu seorang daripada mereka tiba-tiba.

Sambil bangun dari cangkungnya, Leah tepuk tangan untuk hilangkan tanah dari tapak tangannya itu.

           "Well...aku sebaliknya.."beritahu dia sewaktu berpaling memandang shadowhunter di depannya itu. "Percaya atau tidak, kita sekarang berada di tanah syaitan bayang...dan di sebalik seberang sungai hitam ini, terdapatnya sebuah dinding ajaib yang memagari kita dengan dunia mereka.."Leah tersengih jahat.

Mereka bertiga hanya diam memandang Leah.

           "Arahkan mereka semua untuk cepatkan rancangan kita...pancing mereka keluar."Leah gerak maju ke hadapan mendekati mereka mahu meninggalkan tempat itu.

         "Tuanku serius hendak gunakan warlock sebagai umpan?"tanya seorang dari mereka sambil ekori langkah Leah dari belakang.

          "Kenapa?"Leah pakai semula sarung kulit hitam ke tangannya semula. "Tak boleh ke?"

          "Tak ke mereka marah nanti sekiranya mereka tahu?"soal orang kedua pula.

Leah ketawa kecil. Apasalahnya, Lagipun puak warlock dah banyak susahkan Puak Nublar selama ini.

Mereka fikir hanya kerana mereka berkuasa dan berpengaruh, mereka boleh kenakan mereka seperti hamba dan pusat bekalan mereka. Sebab itu la dia putuskan hubungan dengan Carlos.

Selain perangai menjengkelkan lelaki itu, puak warlock mempunyai perangai yang menyakitkan hati juga.

           "Buat je la..soal marah dia orang tu...aku boleh handle dengan sekali petik je. Terus hilang ingatan dia orang...apa susah.."beritahu Leah apabila mereka berempat masuk semula ke dalam hutan untuk pergi dari kawasan utara itu.

           "Tapikan tuanku.kenapa saya rasa kita macam terburu-buru nak selesaikan misi ni?"tanya orang ketiga pula.

Berdengus tak percaya Leah dibuat soalan itu. Mana dia tak terburu-buru. Dia cuma hanya ada masa dua minggu sahaja sebelum Jodan dan tentera diraja turun ke Nublar nanti. Bila bala tentera ayahadanya turun di sini, Hutan Nublar bakal berubah menjadi padang jarak padang terkukur.

          "Jodan datang bawa titah beberapa minggu lepas. Lelaki tu beritahu yang Raja Agung telah beri kebenaran untuk musnahkan Nublar sekiranya peperangan di tempat ini tidak tamat dalam jangka masa terdekat.."cerita Leah. Dan dia perlu kembali ke Grendola dan tidak akan dibenarkan keluar dari istana sampai bila-bila jadi patung lilin mereka!

Memikirkan hal itu buatkan Leah merinding jengkel. Rasa macam nak larikan diri pun ada.

Ketika empat orang itu sedang berjalan saling berdamping, dari kejauhan lagi kelihatan seseorang sedang berdiri di atas pokok memerhati kelibat empat orang tersebut secara rahsia.

Disebabkan orang itu berdiri jauh dan tinggi di atas pokok. Leah dan tiga orang rakan shadowhunternya sikit pun tidak perasan apa lagi sedar mengenai hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience