"Siapa yang lembab sekarang ni?" tanya Leah semasa tunduk memandang hunter yang sedang dipijaknya ketika ini. Mujur la Moon dan ibubapanya sempat larikan diri. Sekiranya tidak pasti mereka turut menjadi mangsa nafsu serakah para hunter ni!
Dasar mahluk tak guna!
Terkebil-kebil mata hunter itu setelah melihat Leah. Dia tidak menyangka dirinya akan ditumbangkan dengan seorang wanita. Berasa tercabar dengan apa yang terjadi, tanpa berlengah cepat-cepat dia hulur tangannya ke atas dan menembak cahaya kuasa keluar dari tapak tangannya.
Cahaya itu meledak ke arah Leah, tetapi dia hanya gerakkan sedikit sahaja kepala ke tepi untuk elak dari serangan itu. Sikit pun tidak menjejaskan dirinya ketika itu.
"Tssk!tssk!What a shame..." Leah mengetik lidah sambil menggeleng kepala kesal. "Ini ke hunter yang selalu orang sibuk katakan?Hebat dan membunuh tu?" ujarnya dengan sinis.
"Drystan!"satu suara lantang kedengaran dari satu arah dengan mengejut.
Leah palingkan kepalanya ke kanan lalu ternampak seorang hunter sedang berlari ke arah mereka. Terangkat tinggi keningnya apabila menyedari bahawa aura aneh yang dia rasakan tidak lama tadi datang dari hunter di depannya ketika ini!
Sh*t!
Terkesan dengan kehadiran hunter itu, Leah terus alihkan kakinya dari badan hunter tadi lalu di cekau kolar baju itu dengan paksa sebelum di jadikan tebusannya. Bawah leher itu dihunus dengan bilah cahaya yang dihasilkannya tadi.
"Roan jangan dekat!"arah Drystan sebaik dirinya di jadikan tebusan oleh Leah.
Cepat-cepat Roan berhenti mengejut beberapa meter dari Leah dan Drystan. Dia pandang tepat ke Drystan lalu ke gadis berambut ikal Panjang hitam di belakang rakannya pula. Tiba-tiba saja seluruh urat saraf dan tenaga dalam badan dia mula tidak tentu arah.
Apahal pulak ni?
Perasaan apakah ini?
Roan yang tidak bertopeng muka itu pandang ke Leah dengan kening berkerut kebingungan.
Leah turut tenung tepat ke dua pasang mata itu, Susah payah dia menelan air liur gemuruhnya hendak bersuara. Haish!Susah kalau macam ni!"Kalau aku jadi kau, aku akan dengar."beritahu dia. Please jangan dekati dia!
Nafas Roan naik turun kencang dek kuasanya yang tidak tenang sedang berombak-omabk di dada. Suatu perasaan aneh menjalar di segenap tubuhnya. Memberitahu dia supaya mendekat ke arah gadis di depannya sekarang ini!Dia pandang akan Drystan dan beri isyarat secara rahsia kepada rakannya untuk lakukan sesuatu mengenai situasi itu.
"Lepaskan dia sekarang!" arah Roan.
Dengusan kecil mengejek lepas dari Leah. Dia pandang Roan sambil tersenyum meleret. Lepas?Memang tak!Dia sanggup bunuh lelaki ni sekarang jugak!
"Kau fikir aku bodoh?" soalnya. "Kalau kau nak dia selamat, arahkan semua kawan-kawan hunter kau keluar dari sini dan tinggalkan tempat ni!Sekarang!"ajunya dengan nekad!
Kening Roan terangkat tinggi setelah menyedari sesuatu. Dia pandang pegun ke Leah! "Dan kau siapa untuk aku ikut permintaannya?" balasnya dengan yakin.
Rahang Leah berketik!Dia tekan hujung bilah kuasanya ke leher Drystan lebih kuat lagi.
"Cepat!Atau dia aku bunuh!"desak Leah lagi!Dia tidak boleh benarkan sesiapa sakiti dirinya atau Roan!Sekiranya hal itu terjadi, bukan saja identity dia akan terdedah malah rahsianya juga akan terbongkar!
Pada masa Leah sedang bercakap, ketika itu la Drystan angkat tangannya lalu keluarkan bilah cahaya dari tapak tangan lalu gerak menikam ke belakang lantas mengenai tepat di perut Leah.
Srapp!
Bunyi tusukan kulit terkoyak kedengaran.
Tindakan Drystan itu buatkan Leah hilang cengkaman kerana terkejut dan dia pun cepat-cepat jauhkan diri dari gadis itu menuju ke arah Roan.
"Argh!"Roan menjerit sebaik saja Leah ditikam. Dia tunduk memegang perut dengan sakit.
Tetapi ianya bukan datang dari Leah. Sebaliknya Roan yang menjerit dan muntah darah di situ dalam keadaan melutut kedua-dua kaki di atas tanah. Sementara Leah masih berdiri dengan kesan tikaman di perutnya perhatikan keadaan itu dengan cemas.
"Uhuk!"batuk Roan dengan muka merah padam. Matanya terpejam rapat ingin menahan sebu yang menyakitkan pada perutnya ketika itu. What the heck!Apa yang baru saja berlaku ni?
"Roan!"Drystan dapatkan Roan sejurus tiba di samping rakannya itu. "Kenapa ni?"tanya dia.
Leah berdiri dekat situ perhatikan reaksi Roan dengan air muka tanpa ekspresi. Dia tidak rasa sakit, tetapi dapat dia rasakan tubuhnya mulai melemah. Macam tak guna je!Tak pasal-pasal dia ditikam!
Kepala Drystan dongak memandang Leah dengan muka berangnya. Dasar Outlanders keparat! "Apa kau dah buat pada dia hah!"mati dia kalau sesuatu terjadi pada anak tuannya ini!
Leah tarik sengih meleret sambil pegang perutnya yang sedang mengalirkan darah membasahi dress yang dipakainya. Nampaknya tekaan dia benar!Macam sia-sia saja dia selamatkan lelaki bernama Roan ni suatu masa dulu.
Sambil menahan rasa sakit dan sebu yang dirasai pada perutnya ketika itu, Roan angkat matanya untuk pandang ke arah leah. Sumpah!Sakit sangat! Dia tidak faham kenapa dia yang rasa sakit!Sedangkan yang dicederakan adalah gadis di depannya!Bukannya dia.
"Kau-"sebut Roan dengan susah payah. Suara tu...suara sama yang muncul dalam kepalanya! Namun tidak sempat dia mahu bersuara, darah keluar dari mulutnya dan dia jatuh terbaring di situ tidak sedarkan diri.
"Roan!"panggil Drystan dengan cemas saat mencempung tubuh itu.
Leah mengetap gigi erat-erat sewaktu lihat Roan sudahpun tidak sedarkan diri.
Kan!
Dia dah cakap awal-awal supaya undurkan diri tadi!Tapi lelaki tak guna ni masih juga berdegil!Sekarang tengok apa dah terjadi!
Menyusahkan betul!
Kecik-kecik tak nak mati. Dah besar menyusahkan orang!
"Kau!"marah Drystan semasa memandang Leah.
Dia tersentak. Leah bawa tangan satu laginya naik menekap perutnya yang berdarah dengan kening terangkat. "Asal?" soalnya dengan mendatar.Suka hati je nak menyalahkan orang!Siapa suruh main tikam je tadi!
Sambil mengetap gigi kuat-kuat, Drystan berderam bengis. "Kau...akan bayar semua ni!"tubuh Roan di letakkan semula ke tanah sebelum dia bangkit dari situ dan berlari mahu menerpa Leah. Kali ini pedang pula yang di gunakan olehnya.
Oleh kerana segalanya berlaku dengan pantas dan Drystan pun berdesup laju menuju ke arahnya, Leah langsung tidak sempat hendak mengelak atau larikan diri. Dia hanya mampu berdiri di situ dengan reaksi kejungnya.
BERDESUP!
Ketika itu la satu tiupan angin lalu yang kuat muncul dari belakang Leah sebelum seseorang berdiri tepat di depannya. Menghadang serangan Drystan dengan tubuhnya sendiri.
Kejung kaku Drystan dekat situ lepas bertentang mata dengan sepasang mata berwarna merah di depannya ketika itu. Air muka marahnya berubah menjadi pucat. Dia tergamam sendiri.
"Eros??"sebut Drystan dengan nafas tertahan. What the heck!?
Eros tarik sengih mengejeknya semasa pegang tangan berpedang Drystan. Renungan dingin tiada perasaan terarah tepat ke mata Drystan. "Hey bro...lama tak jumpa."selorohnya dengan bersahaja.
Seperti baru melihat orang mati hidup semula, Drystan pandang tidak berkedip akan Eros. Hendak tertanggal jantung dia dari tangkainya taktala melihat lelaki yang selama ini dia fikirkan telah mati berdiri di depannya. Tak mungkin!
"Kau-"sebutnya yang tidak habis.
"Yup...ini aku.."beritahu Eros dengan muka berlagak yakinnya.
Menggunakan tenaga vampire dengan mudah Eros patahkan serangan Drystan dan campak tubuh itu ke belakang dengan hanya satu tolakan. Lantas dia berpaling menghadap Leah pula.
Leah yang sudah pucat lesi kerana kehilangan banyak darah pandang Eros dengan wajah tercengang. Dia sama sekali tidak menjangka kemunculan Eros di sini. Vampire ini tidak sepatutnya berada di situ!
"Apa kau buat dekat sini?"soal Leah dengan lemah. Macam mana Eros boleh ada di sini?
Eros tunduk memandang keadaan Leah lantas mencempung tubuh itu gaya pengantin begitu saja. Tangannya dieratkan ke sekeliling badan dan bawah kaki Leah.
"Selamatkan kau la..apa lagi.." jawabnya dengan mendatar.
"Tapi kau tak patut tunjukkan diri kau depan mereka macam tu je"bisik Leah kerana tiada tenaga hendak bersuara kuat. Dia pejam mata sambil berkerut kening kerana kepeningan.
Eros sekadar tersenyum meleret. Nak buat macam mana, nak tak nak terpaksa jugak dia lakukan hal ni demi Leah. Kalau sesuatu terjadi pada Leah, dia jugak yang susah!
Tidak berdaya hendak melawan, Leah jatuhkan kepalanya ke atas bahu Eros sebelum tangannya terkulai jatuh ke bawah kerana sudah tidak berdaya ekoran kecederaan yang dialami.
Drystan yang turut tidak sedarkan diri hanya terbaring di atas tanah dalam keadaan menelentang beberapa meter dari Roan yang pengsan tadi ditinggalkan terdampar terbiar di situ.
Sebelum pergi, sempat Eros kerling ke arah dua lelaki yang terlantar di atas tanah itu dengan mata merahnya. Ditatap wajah dua orang itu buat seketika. Ikutkan hati mahu saja dia bawa mereka sekali. Tetapi tidak. Bukan sekarang masanya! Lain masa, dia akan temui mereka. Sementara itu Leah adalah keutamaan dia.
Share this novel