Operasi Membersih Yang Seluruh

Vampire Completed 4861

Perhatian Raja Lukariah terarah pada katil tengah di hadapannya ketika itu apabila lelaki di situ tidak bangun tetapi hanya baring tidak bergerak. "Beta arahkan kamu bangun wahai anak muda."arahnya.

Eros yang dengar suara itu memejam mata buat seketika mencari kekuatan sebelum gagahkan diri untuk bangunkan diri dari katil tersebut. Dan bila dia sudah duduk melunjur di situ, baru la dia pandang depan katilnya ketika itu.

Roan yang sedang kebingungan pandang ke Raja Lukariah dengan kening berkerut tidak faham.

Kirin pula sedang memegang kepala menahan rasa pening dan sakit yang menjalar di seluruh badannya.

Mereka bertiga kemudian pandang tidak berkedip ke Raja Lukariah setelah sober dari mamai masing-masing.

Untuk beberapa ketika mereka bertiga hanya pandang tidak bergerak sebab nak fahamkan situasi mereka di situ.

          "Apa yang dah berlaku?"tanya Roan yang sikit pun tidak ingat apa yang terjadi pada dirinya. Apa yang dia ingat adalah memori dimana dia berada di Royal Wall berbual dengan Drystan. Dan itu saja yang dia.

           "Siapa tuan ni?"tanya Kirin yang berkerut kening memegang tepi mukanya kerana berasa aneh sebab dia rasa macam hilang sesuatu, tetapi bila di pegang tiada yang kurang. Mata ada, pipi ada, kening ada, dahi ada..tapi kenapa ada yang kurang?

Eros mengetap gigi selepas reality mula menyentaknya. Sesuatu telah terjadi tapi dia tak tahu apakah ia.

           "Perkenalkan...beta adalah Raja Agung Lukariah, pemerintah Grendola. Beta ke sini adalah untuk memberitahu kamu bertiga bahawasanya atas jasa kamu bertiga, Puak Syaitan Bayang berjaya di hapuskan sepenuhnya dari Nublar. Selain itu, oleh kerana jasa kamu yang telah berkorban demi menyelesaikan peperangan antara puak di sini hingga mengorbankan nyawa kamu sendiri, untuk itu beta telah kurniakan kamu Cahaya Biru Penyembuh terhadap kamu bertiga kerana itu kamu bertiga dapat peluang kali kedua...tetapi..untuk bayarannya, sebahagian ingatan kamu akan lenyap. Selain ingatan siapa diri kamu, kehidupan peribadi kamu, kamu bertiga tidak akan dapat mengingati segala kejadian yang berlaku selepas itu.."

Suara itu berkumandang dalam bilik bawah tanah tersebut dengan dalam dan demanding.

Sampaikan Moon yang dengar pun meremang bulu roma. Dia menggigit bahagian bawah bibirnya lepas dengar Raja Lukariah berkata begitu. Rasa serba salah mula menjalar disegenap hatinya. Kasihan mereka sebab diperlakukan begini. Tapi nak buat macam mana,  nama pun peperangan,  mana la ada perkataan 'berhati perut'.

Roan pandang Kirin dan Eros silih ganti. Cuba proses semula ingatannya, tetapi gagal. Satu cebis kejadian dia tidak ingat. Satu pun. Dia tidak ingat apa-apa!Apa dia tahu ada satu perasaan ganjil yang tinggal di dalam dadanya ini. Perasaan terkilan yang sedih dan kosong. Rasa seperti ada yang kurang.

Kirin kerling ke Eros pula, berharap rakannya itu dapat memberitahu dia apa-apa. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.

         "Adakah kami mati kerana pertahankan Nublar?"tanya dia selepas Eros diam di katil sebelahnya.

Raja Lukariah menarik sengih nipis. Ini yang terbaik untuk mereka bertiga. Menghapuskan ingatan mengenai Leah dari memori mereka adalah perlu. Dia enggan mereka bertiga cari anakandanya lagi. Sudah la cukup apa yang Leah buatkan untuk mereka semua di sini.

           "Ya...kamu semua hero di sini...taniah..jadi mulai detik ini, jadila hunter yang berguna buat penduduk Outlanders dan Royal Wall kamu.." ujar Raja Lukariah.

Eros yang dengar pandang ke Raja Lukariah dengan renungan penuh maksud. Fikirannya kosong dan segalanya terasa seperti ditinggalkan dan disakiti. Tetapi dia tidak tahu kenapa dia rasakan perasaan ini.  sedar dia membawa tangannya ke dada lalu ditekap padanya. Dia tak suka perasaan ini!

Setelah itu Raja Lukariah pun berpaling keluar dari ruangan tersebut. Meninggalkan ketiga-tiga mereka yang sudahpun di pulihara semula seperti sedia kala. Ianya ibarat diputar balik ke masa sewaktu mereka tidak pernah menemui Leah atau jalani semua kejadian yang telah terjadi sebelum itu.

Segalanya kembali kepada kosong dan kisah asal mereka. Iaitu Eros, Kirin dan Roan adalah Hunter buat Royal Wall. Bezanya sekarang semua ingatan mengenai Leah yang telah berperang dan cuba pertahankan tempat itu telah dihapuskan oleh Raja Lukariah.

Selesai dengan tiga orang itu, Raja Lukariah memberi arahan kepada angkatan tentera yang datang Bersama-samanya ketika itu. Baginda mengarahkan seluruh kawasan Nublar termasuk seisi tempat itu 'dibersihkan' sepenuhnya tanpa jejak.

Operasi membersih itu pun dijalankan. Setiap maklukh dan kehidupan di Nublar itu di sihir oleh tentera diraja Grendola. Sihir itu bukan sahaja menghapuskan ingatan kehidupan Nublar mengenai Leah malah ia turut menghapuskan perasaan hasad dengki dan benci dari hati mereka.

Maka tiada sesiapa pun tahu akan kewujudan Leah mahupun Moon di situ dalam ingatan mereka. Apa yang mereka tahu, mereka selama ini telah berperang memerangi Syaitan Bayang yang selama ini telah melakukan banyak kerosakan. Dan hero mereka adalah The Hunter dari Puak Royal Wall yang selama ini cuba lindungi mereka.

Dan ingatan ini berkekalan buat selamatnya tanpa isu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience