Istana Grendola

Vampire Completed 4817

Bandar Grendola.

Bandar yang terkenal dengan kekayaan dan keharmonian. Segala kemahuan boleh di penuhi. Apa saja yang diingini bakal di miliki. Semuanya hanya di sini.

Atas berkat raja yang memerintah Istana Grendola, rakyat serta hamba yang hidup di tempat itu sentiasa di limpahi dengan kesenangan. Bertuah siapa yang lahir dan berasal dari tempat itu sejak bergenerasi.

Namun lain pula kisahnya buat mereka yang tinggal jauh dari kawasan itu. Mereka yang berasal dari negeri dan daerah lain tidak dapat menikmati apa yang dirasai oleh penduduk Grendola. Ramainya datang berbondong-bondong ke tempat tersebut mencari pelindungan dan makanan kerana kesan dari peperangan yang terjadi,

Oleh kerana hal itu, Raja Grendola, iaitu pemerintah Kerajaan Grendolla iaitu Raja Agung Lukariah telah mengerahkan para tentera dan kesatria terhandal dari istananya untuk turun padang membantu rakyat yang terseksa dek peperangan yang terjadi di dalam negeri di bawah naungannya itu.

Tapi itu la....

Bukan semua perancangan berjalan lancar seperti yang diinginkan. Dan bukan semua perkara berlangsung seperti yang dimahukan.

              BAM!

Sebuah skrol emas terhempas atas permukaan meja seramik setelah ia dicampak dengan kasar oleh lelaki di depan meja sidang itu.

Hanya sekadar bunyi itu saja sudah cukup buatkan mereka yang berada di sekeliling meja tersebut melompat terkejut dan tunduk menikuskan diri kerana takut.

                "Berapa lama beta perlu tunggu?"soal Lukariah dengan wajah tegangnya. Mana dia tidak angin satu badan sekiranya hal sama saja yang di laporkan!

                 "Maafkan patik tuanku...plantun yang bertugas mengalami kesukaran untuk tiba di kawasan peperangan kerana terkandas dek serangan lanun dan perompak jalanan.."beritahu laksamana kanan serta merta.

Lukariah kerling ke kesatrianya itu dengan kening berkerut. Tangan dia bercekak di pinggang. Dahi yang sedia berkedut semakin berkerut.

                     "Bagaimana operasi membantu dan menyelamat kamu boleh gagal berkali-kali?Beta nak tahu alasan tu?Bagaimana kedudukan kamu boleh terdedah!"bentaknya.

Senyap sepi ruangan itu tiada bunyi sebaik bentakan itu kedengaran.

                      "Mereka sedang nazak sekarang!Kamu semua adalah pahlawan terhandal!Takkan hanya kerana perompak dan lanun picisan seperti mereka itu pun tidak dapat di tumpaskan!Rakyat beta sedang nazak di luar sana.kalau begini la gayanya. Biar beta sahaja yang keluar ke sana hantar bantuan!"

Dengan serentak semua kepala tegak memandang raja di hujung meja itu. Masing-masing buat muka risau dan terkejut sebaik cadangan itu di lafazkan oleh pemimpin mereka.

                     "Tuanku jangan...ianya bahaya. Kami tidak boleh ambil risiko dengan meletakkan tuanku di dalam bahaya!"

                     "Betul tuanku...sekiranya sesuatu terjadi kepada tuanku...kerajaan ini turut dalam bahaya.."

Lukariah berdengus tidak percaya. Dia pandang mengejek ke muka pembesar dan penasihatnya yang ada di situ.

                     "Pandai pun kamu fikir...kalau begitu lakukan la kerja kamu dengan betul!Ingat sikit...jangan fikir kamu semua di selamat dan sihat walafiat, kamu boleh pandang ringan akan nasib orang lain yang sedang menderita dekat luar sana-"

Taktala itu la pintu gerbang balairung seri itu terbuka dan tiga orang kesatria beruniform berarak masuk dengan derap langkah yang seragam dan lekas. Mantel yang dipakai mereka berkibar dari belakang sewaktu mereka berjalan, mengeluarkan bunyi kibaran yang jelas.

Perhatian Lukariah serta merta beralih sebaik menyedari kehadiran tiga orang tentera itu. Elok mimic mukanya tegang dan berkerut tidak puas hati, terus jatuh tangan dia di sisi dengan serentak.

Semua di situ perhatikan akan tiga orang kesatria tersebut dengan perhatian yang tekun. Mereka menanti berita apa pula yang bakal buatkan raja mereka ini murka kali ni!?

                     "Tuanku..."tunduk tiga orang kesatria itu gaya orang memberi hormat kepada raja mereka.

Lukariah mengangguk kepala kecil memberi perakuan akan kehadiran mereka itu.

                   "Hm. Ada apa ni?"tanya Raja Lukariah dengan renungan judging pesimisnya. Ini pasti berita tak baik lagi! Memangnya pahlawan dia ni satu pun tiada yang betul ke kerjanya?

                    "Seperti yang tuanku mahukan, pelan itu sudahpun berjalan seperti yang dirancangkan."maklum kesatria pertama.

                    Terjungkit sedikit kening kiri Raja Lukariah sebaik mendengarnya. "Apa maksud kamu?"

Kesatria kedua keluarkan skrol dari balik mantel lalu di suakan ke depan Lukariah.

                  "Berikut merupakan laporan dari kesatria bertugas yang di arahkan untuk jalankan misi di sana."

                   Raja Lukariah mencapai skrol itu lantas di buka gulungannya dengan lekas. "Bagaimana kesatria yang ada di sana?Ada yang terkorban ke?"tanya dia sambil tu.

                   Kali ini kesatria ketiga pula bersuara. "20 orang yang dihantar. Tetapi kini hanya berbaki suku saja darinya."beritahunya dengan nada kesal.

                    Lukariah membaca isi skrol itu dengan teliti hingga tidak sedar dia berkerut kening dan bereaksi risau. "Siapa yang hantar skrol ini?"tanya dia sambil mengeratkan cengkaman pada kertas di skrol itu. Nafasnya mula naik turun seperti orang ketakutan.

Kesatria pertama palingkan kepala ke rakannya, kesatria kedua. Buat muka tidak pasti dan meminta bantuan untuk tolong menjawab soalan itu.

                   Kesatria kedua pun pandang. Dia buat muka kesal sebelum tunduk memandang ke lantai dan berkata. "Ianya di hantar melalui portal teleportasi tepat di gerbang masuk istana lewat pagi tadi."

Dengan muka terpempannya, Lukariah pandang akan tiga kesatria di depannya. Tangannya yang memegang skrol itu jatuh ke sisi dengan lemah sebelum dia mula gerak terumbang ambing mahu terjatuh.

                 "Oh god..."Raja Lukariah melepaskan hela nafas tak percaya sewaktu terduduk di kerusi lantas picit dahinya untuk hilangkan rasa hendak pitamnya. Skrol di tangannya terjatuh ke atas lantai sebaik ia terlepas dari cengkamannya.

KELENTANG!

                      "Tuanku.."sambut kesatria yang duduk berdekatan dengan raja itu. Niatnya mahu mendapatkan lelaki itu.,

                        Namun Lukariah beri tapak tangan pada kesatria itu. Mengisyaratkan supaya dirinya tidak di dekati. "Cukup."tegahnya.

Mereka di situ pun kembali duduk dan perhatikan raja mereka itu. Reaksi prihatin dan risau jelas terpancar di wajah masing-masing.

Lukariah memejamkan mata buat seketika. Memikirkan semula isi kandungan skrol yang dibacanya. Sungguh!Dia sudah cukup memberi masa pada mereka di sana. Kini bila keadaan jadi begini. Dia tidak mahu terus menerus menangguh hal ini. Dia khuatir sekiranya semua ini berterusan, masalah hanya akan semakin bertambah.

                      "Jodan..."panggil Lukariah sambil membuka mata dan mengangkat kepala memandang ke depannya.

Sebaik nama itu di sebut, seorang lelaki lampai pun bangun dari kerusi di meja sidang hadapan Raja Lukariah. Ianya seorang lelaki berambut Panjang ikat satu ke belakang dengan renungan dalam. Tatu jelas kelihatan di lehernya.

                      "Saya tuanku.."satu suara serius membelah keheningan ruangan itu.

                       Raja Lukariah beri renungan letih marahnya ke Jodan lantas bertitah. "Beta mahu kamu dapatkan anakanda beta dan bawa dia pulang ke sini serta merta. Tidak kira la cara apa yang kamu lakukan. Apa beta mahu, anakanda beta kembali ke sini dalam keadaan hidup dan sempurna."

Jodan diam tidak membalas. Dia dengan berani memandang tepat ke mata Raja Lukariah itu berdiri tegak memerhatikan garis tua di wajah tersebut.

                        "Beta berikan keizinan kepada kamu untuk gunakan ia." tambah Lukariah lagi.

Jodan mengangguk satu kali tanda patuh.

                        "Tapi tuanku kan-" sampuk laksamana tiba-tiba.

                        "Lima tahun beta berikan masa tetapi satu hasil pun tiada. Kesabaran beta sudah sampai tahapnya." Lukariah melepaskan keluhan dia semasa kerling ke bingkai gergasi keluarganya dimana isteri dan anaknya turut berada. "Bawa anakanda beta pulang ke sini." bisiknya sambil termenung melihat wajah anaknya yang sedang tersenyum buatkan wajah itu saling tidak tumpah seperti isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience