My Lucky Charm.

Vampire Completed 4861

"Bukan ke hari tu kau sendiri yang mintak kerjasama dari aku?"tanya Roan di depan bibir Leah ketika itu. "Sekarang lain pulak ceritanya?"

Hendak elakkan bibir mereka bersentuhan, Leah sandarkan kepalanya ke belakang dengan lebih dalam lagi walaupun dia tahu usahanya tiada hasil sebab belakangnya batu.

Tidak kira la dia undur sebanyak mana, ia tidak akan meninggalkan sebarang jarak di antara mereka ketika itu.

          "Itu sebelum aku tahu siapa kau yang sebenarnya...sekarang aku tak perlukan kau atau sesiapa dalam puak royal wall kau tu lagi.."jawab Leah sambil genggam lepas jari jemarinya. Dia cuba bebaskan tangannya dari cengkaman maut Roan itu sejak tadi sebenarnya.

               Kening Roan terangkat sedikit selepas mendengarnya. Dia jarakkan sedikit kepalanya ke belakang supaya dapat lihat wajah Leah dengan seluruh. "Apa maksud kau?"tanya dia yang berasa sedikit terkejut dengan kenyataan itu.

Leah berdengus mengejek saat pandang sinis akan Roan.

            "Kenapa?Terkejut?"tanya dia. "Siapa suruh sentuh aku..kan semua rahsia kau dah ketahuan.."beritahu dia. "Untuk pengetahuan kau, aku ada kuasa Vision Reader..iaitu kuasa yang boleh tengok masa lampau kau...jadi setiap kali kau sentuh aku,..aku boleh tahu segalanya. Jadi apa saja yang kau cuba lakukan sekarang aku dah tahu..termasuk rancangan kau nak pikat aku supaya batalkan tindakan aku dari musnahkan syaitan bayang kesayangan kau tu.."

              Sh*t!Roan membutang mata terkejut. Dia tidak bergerak dari memagari Leah ketika itu. Tetapi dia terkejut sekejap saja. Selepas itu Roan kembali tersenyum. "Oh really?Bagus la kalau macam tu. Tak payah la aku jelaskan Panjang-Panjang pada kau.."

Air muka yakin Leah berubah menjadi kehairanan. Dia tidak menjangka reaksi Roan sekecil ini. Dia ingatkan lelaki ini akan gelabah ke apa ke?Atau lepaskan dia terus. Tapi tidak.

           Bersama senyuman jahat di bibir, Roan pandang Leah. "So tak kira aku cuba pikat dan ambil hati kau sekarang, keputusan kau tetap sama?"tanya dia yang melepaskan sebelah tangan Leah untuk di lingkarkan ke sekeliling pinggang itu.

Belum sempat Leah hendak lakukan apa-apa, tubuhnya di tarik merapat ke dada bidang Roan dalam sekelip mata. Dapat dia rasakan tangan yang melingkar di sekeliling pinggang dia ketika itu. Terlalu terpempan sampaikan dia sendiri tidak sedar sedang menahan nafas.

Roan tidak membuang masa. Dia terus memberi kucupan pada tepi mata Leah yang basah lagikan dingin dek air di situ. "Even aku buat macam ni?"kata dia setelah itu.

             Mata Leah terkebil-kebil memandang Roan. "Tak."jawabnya dengan nada khayal sewaktu menatap mata di depannya itu.

            "Macam mana kalau ini?"tanya Roan sebelum dia gerak mengucup pipi kanan dan kiri Leah pula.

              Tidak dapat mengawal apa yang dia rasa, Leah terpejam mata sesaat bibir Roan mengucup pipinya. Dia pegang bilah bahu Roan tanpa sedar. "Tak jugak.."kata dia dengan terpaksa. Cuba gagahkan diri!

              Bila Roan jauhkan bibirnya dari pipi Leah, dia sempat lihat Leah yang sedang memejam mata itu. Tersengih dia lepas nampak "Kau sure?"tanya dia lagi sambil bawa tangan sebelah lagi untuk pegang belakang leher Leah pula.

              Leah pun membuka mata dia dan kembali memandang Roan. Dia diam sekejap kerana terpana sendiri. Setelah sober, baru la dia berkata."Semua ni sebab Soul dalam badan kau tu je..aku tak rasa apa-apa pun terhadap kau sekalipun kau buat semua ni.."

               "Oh ya ke?"Roan menjungkit kening main-main semasa membalas renungan Leah. "Tapi apa yang aku rasa lain pulak?Kau jangan lupa, apa yang kau rasa, aku pun ikut rasa.."komen dia dengan yakin.

Leah pun melepaskan hela letihnya. Niat dia nak berehat di sini, tapi Roan ganggu dengan drama dan skit menggoda kepada dia pula.

Agaknya lelaki ni tak boleh ke uruskan saja hal sendiri dari menganggu ketenteramanya di sini?Memangnya hutang apa dia pada Roan?

               "Aku takkan tarik diri kalau itu tujuan kau ke sini...kalau aku tak boleh menentang kau, akan aku perangi semua syaitan bayang dekat sini"kata Leah. "Kalau kau cuba pujuk aku...semua ni takkan ubah pendirian aku...jadi baik kau berhenti.."kata Leah dengan nada marah yang dikawal.

                Giliran Roan pula yang melepaskan hela nafas panjangnya. "Please..hentikan saja niat kau..aku tak nak cederakan kau.."minta dia seikhlas mungkin.

              "Go to hell Roan Black!"sebut Leah dengan benci. "Kau tak nak cederakan aku sebab kau tahu kau akan turut rasa sama apa yang aku rasa.sekalipun aku cedera atau mati...aku dah tak peduli...jadi padan muka kau!Akan aku pastikan dia orang sakiti aku lebih teruk...."

Berketik rahang Roan mendengarnya.The heck! Matanya gerak kanan dan kiri saat memberi renungan dalam ke mata itu. Keras kepala betul la Leah ni?Nekad sungguh hendak menentang dia!Tapi betul ke Leah tak rasa apa-apa terhadap dia?

         "Kau takkan berani biarkan semua tu berlaku..." tanya Roan.

         "Kenapa aku tak berani pulak...ke kau yang takut nak tanggung rasa sakit tu nanti?"cabar Leah lagi.

         "Siapa kata aku takut...kau tu yang takut sebenarnya."balas Roan dengan yakin. Dia kemaskan cengkaman pada belakang leher Leah.

           Hek eleh!Suka hati je cakap dia penakut! "Mana ada aku takut!!" tangan dia di bahu Roan gerak mahu menurunkan tangan yang berada di belakang lehernya ketika itu sebab nak bebaskan diri, dia mula rasakan air sejuk dari sungai itu sikit pun tidak redakan rasa bahang yang dia sedang rasai ketika ini.

Bersama renungan penuh perasaanya, Roan pun berkata.

              "Fine...kalau macam tu aku ucapkan semoga berjaya...dan aku pun akan buat perkara yang sama...takkan aku berundur sama sekali. Aku nak tengok berapa lama kau boleh perangi semua Syaitan Bayang tu nanti.."

                Leah cuba tolak bahu Roan untuk jarakkan mereka berdua. Tapi Roan tidak membenarkannya. Lelaki itu malah buatkan kepala dia dan dadanya semakin rapat pada lelaki itu. Semakin panas la dia bila mereka rapat lama-lama begini!"Ha-ha...terima kasih untuk ucapan tu. Sekarang lepaskan aku."dia ketawa buat-buat sebelum buat muka tidak suka.

                 "Na-ah...not before I give you my lucky charm..."beritahu Roan semasa tolak kepala Leah ke depan merapat kepadanya dan dia menyengetkan kepalanya ke kanan sedikit.

Huh?Lucky charm apa?Leah berkerut kening, dia buka mulut hendak bersuara, namun tidak sempat suaranya hendak keluar, Roan sudahpun mengatup bibirnya dengan erat tanpa di duganya.

Roan memejamkan mata saat dia memberikan deep kiss pada bibir Leah dan mengeratkan pelukannya ke sekeliling belakang badan dan leher Leah ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience