Sebaik Leah tiba di depan tangki berisi jus anggur itu, dia terus pulas pili tangki dan dibawa cawannya ke bawah hos tangki tersebut. Maka mengalir la keluar cecair ungu darinya dengan aliran yang perlahan.
Sewaktu menunggu airnya penuh dalam cawan, tanpa disedarinya, Leah termenung. Dia khayal melihat air yang keluar dari muncung hos itu.
Sejak pertemuannya dengan Roan hari itu, mood dia ke bulan!Tidak kira la dia sekat emosi dan jaring komunikasi dia dari Roan, kuasa di badan lelaki itu tidak henti-henti mahu dapatkan dia!Kesan dari hal itu, Leah sedikit terganggu. Kerana itu la dia tak lalu nak makan.
Pap!
Satu sentuhan hinggap di bahunya dari belakang.
"Hoi!"sergah Moon di sisi apabila dia gerak menutup pilli tangki minuman setelah air melimpah keluar dari cawan Leah.
Leah pun tersentak la. Dia dengan bingung undur ke belakang lalu terpandang akan cawannya yang penuh dengan jus anggur itu sebelum memandang Moon.
"Kau dah kenapa?"tanya Moon sambil capai tisu dari tepi tangki itu lantas mengambil cawan dari tangan Leah untuk ditukarkan dengan tisu itu.
Menggunakan tisu yang diberikan oleh Moon, Leah kesat tangannya yang basah dengannya. "Mana ada apa-apa.."tipunya.
Moon berdengus pendek. Dia pandang curiga. "Yalah tu...kalau tak ada apa-apa, kau tak nampak macam orang baru putus cinta macam ni"
Sambil tunduk mengesat celah jari jemarinya, Leah kembali termenung. Memangla dia nampak bersahaja macam tidak kisah dengan semua yang terjadi.
Tapi apakan daya, Leah masih seorang perempuan. Yang mudah tersentuh dan sensitif. Jadi kata-kata Roan tempoh hari masih terngiang-ngiang dalam kepala dan benaknya. Tidak kira la sekuat mana usaha dia nak tempis semua tomahan hinaan dari Roan, ianya tetap terimbas kembali.
"Aku okay.."jawab Leah sambil mengangkat kepala memandang Moon.
Moon yang masak dengan perangai Leah tidak percaya. Malah dia gerak merapat ke Leah lantas di peluk badan tu hendak memujuk.
"Kau tahu...tak terlambat untuk kita batalkan semuanya dan pulang ke Grendola."bisiknya dengan perlahan. Sangat perlahan tetapi cukup kuat untuk Leah seorang yang dengar.
Berasa lega dengan pelukan itu, Leah rehatkan dagunya ke bahu Moon dan melepaskan hela panjang. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa letihnya dia saat ini. Tetapi dia tidak mahu berputus asa dan mengalah begitu saja. Kalau dia berundur, maka sia-sia la segala pengorbanannya selama ini.
"Aku tahu kau nak pertahankan Nublar dari dimusnahkan oleh ayahanda kau sebab ianya merupakan tempat kelahiran bonda kau. Tapi kalau kau dah penat, kita boleh berhenti.."cadang Moon sambil tepuk belakang badan Leah perlahan-lahan.
Masa ini la Leah memejamkan mata dan sorokkan muka dia ke balik bahu Moon. Jadi sedih terus dia bila bonda dia diungkit. Tak guna betul punya member.
Tahu je nak breakdown dia macam mana! Bersungguh dia tahan diri untuk tidak menangis sejak Roan tuduh dia bukan-bukan dan salahkan dia macam semua yang berlaku salah dia!
Lelaki tu tak tahu betapa strugglenya dia nak selamatkan semua orang di Nublar ini termasuk la lelaki itu. Boleh pulak Roan hina dia macam tu sekali.
Sekarang desakan masa dan kuasa yang terhad, dia berhadapan masalah dengan penghapusan tanah Nublar dari kerajaan Gredola lagi. Semakin tertekan dia dibuatnya semua ni!
"Aku tak boleh Moon.."luah Leah dengan sebak.
Moon pegang belakang kepala Leah dengan perasaan sedihnya. Tiba-tiba pulak dia mahu menangis.
"Jangan la kau menangis..nanti aku pun ikut menangis."pesan dia.
Tidak dapat membendung rasa berat yang dia rasai selama ini, akhirnya Leah menangis juga. Tanpa bunyi, dia mula teresak-esak.
"Aku tak boleh kehilangan bonda buat kali kedua."ucapnya dibalik sedu sedan.
Satu-satunya tempat yang mengingatkan Leah akan bondanya yang telah meninggal dunia adalah Nublar.
Sebab itu la dia bersungguh sangat nak pertahankan tempat ini. Hal ini hanya kerana Nublar adalah tempat dimana bonda Leah membesar dan berjumpa dengan ayahanda Leah. Untuk tidak musnahkan memori itu, Leah cuba selesaikan masalah di situ.
Mencebik bibir Moon bila Leah cakap macam tu. Dia eratkan pelukannya ke sekeliling bahu Leah lantas ikut menangis di situ.
Sama seperti Leah, Moon pun rindukan ibu kandungnya di Grendola sana. Tapi disebabkan desakan tugas dan tanggungjawab. Terpaksa la dia tabahkan hati menahan rindu dan keinginannya untuk menemui orang tuanya di sana. Sampaikan orang tuanya meninggal dunia pun dia tidak sempat hendak melawat.
Maka berdiri la mereka berdua di depan tangki air itu saling berpelukan, memujuk lara di hati masing-masing, Sebab dekat situ mereka berdua hanya ada antara satu sama lain saja.
Share this novel