Flashbacks
"Asyik-asyik Jadon!memangnya anak ayahanda sekarang Leah ke dia?"
"Sudah tentu la kamu anak ayahanda, tapi Jadon telah Bersama dengan ayah sejak dia remaja lagi Leah. Mesti la ayah akan pertahankan dia...yang kamu bencikan sangat pada dia tu kenapa sampai buatkan lengan dia patah begini!"
"Salah dia la siapa suruh kejar Leah masa naik kuda tadi. Kalau dia tak takutkan kuda tu, anakadan takkan terjatuh dari kuda tu dan dia takkan susahkan diri untuk selamatkan anakanda..."
"Ya Tuhan...kenapa la susah sangat nak bagi kamu faham?berapa kali ayah pesan, kamu tu tuan puteri.Bukannya lelaki. Jaga la adab. Jangan tunggang kuda lagi!?"
"No!Anakanda ada hak nak buat apa yang anakadan mahukan!Jadon patah tangan je...boleh tumbuh balik.Yang ayahanda angin sangat tu kenapa!Kalau sayang sangat pada Jadon tu, biarkan anakanda sertai pasukan kesatria diraja dan berlatih sama dengan mereka. Anakanda boleh tunjuk pada ayahanda yang anakanda juga mampu jadi sehebat seperti Jadon!"
"Tengokla tu. Ditegur takahu dengar. Bila disalahkan tuduh orang tak sayang pada dia.Ayahanda syukur bonda kamu meninggal dunia awal...jika tidak terpaksa la dia hadap perangai kepala angin yang memeningkan kamu ni...."
Bertuah punya bapak!
End of flashbacks
Dia pusing ke kanan sambil melepaskan keluhan panjang. Sedaya upaya mahu lelapkan diri, tetapi hatinya tidak tenang. Ini lain tak bukan mesti orang itu tidak tenang juga!
"Agh!"dengan kasar Leah bangun dari perbaringannya di katil dan palingkan kepala ke jendela di kanan biliknya. Cahaya bulan penuh menerobos masuk melalui kain langsir yang tidak di tutup rapat terpantul ke lantai kayu ruangan itu.
Sambil membuat muka tidak puas hati, Leah turun dari katil dengan berkaki ayam. Dia jalan mendekati pintu biliknya tanpa mempedulikan untuk kenakan pakaian yang lebih tertutup buat tubuhnya yang hanya mengenakan gaun tidur paras lutut tanpa lengan.
Selak pintu di buka terlebih dahulu sebelum daun pintu tersebut di kuak dengan perlahan. Menghasilkan bunyi berkeriut dek engsel lama saling bergesel.
Keluar saja dia dari rumah kayu atas pokoknya. Leah pijak tangga yang diperbuat daripada kayu itu dan perlahan-lahan menuruninya satu persatu tanpa tujuan.
Waktu itu sudah masuk tengah malam. Puak Nublar yang lain semua berada di rumah atas pokok masing-masing. Ada juga yang duduk di rumah atas tanah. Tapi semuanya gelap tidak bercahaya. Nampak sangat la waktu itu tiada sesiapa pun yang terjaga. Kecuali Leah.
Berdiri saja dia di tengah laman kawasan tempat tinggal rumah pokok di situ, Leah dongak memandang langit dimana bulan penuh berada.
Bersinar-sinar wajah dan matanya dek cahaya bulan itu. Dia terpegun seketika ketika itu tanpa sedar sebelum satu tiupan angin lalu menyapa dia hingga buatkan anak rambutnya jatuh menutupi mata dia.
Srr....!
Bunyi daun kering terbang di tiup angin.
Tersentak dengan kejadian itu, Leah selak rambut dia jauh dari mata ke belakang telinga sebelum tersedar ada yang aneh di udara sekelilingnya ketika itu. Bila dia larikan pandangannya ke kanan, dengan perlahan Leah menarik nafas terkejut.
Sepasang mata berwarna merah kelihatan dalam gelap di ceruk pepohon di situ. Semakin dipandang semakin ia mendekat. Lalu muncul la wajah pemilik mata itu tidak lama kemudian.
"Eros.."bisik Leah dengan perlahan.
"Buat kau terkejut ke?"tanya Eros sewaktu mendekat.
Mata Leah naik turun curiga perhatikan langkah pemangsa Eros. Nak apa pula lelaki ini?Takkan la nak sedut darah dia lagi!
"Apa kau buat dekat sini?"tanya dia. Tidak terkejut sekiranya Eros boleh lepasi sempadan dinding perlindungnya sebab lelaki ini memang telah dipelawa masuk untuk ke tempat itu. Kalau tidak dijemput, memang tak boleh masuk!
Tiga langkah dari Leah, Eros pun berhenti.
"Sorry...aku tahu aku tak patut buat macam ni pada kau lepas apa yang berlaku. Tapi kau pernah dengar kan peribahasa mengenai air yang dicincang takkan putus?"ujar Eros sambil seluk tangan ke dalam poket seluar.
"Hah?"Leah buat muka sambil berkerut kening tak faham. Merepek apa pulak dah vampire sekor ni? "Apa kau meraban ni?"
Seperti orang buat salah Eros garu belakang telinga kerana gatal tiba-tiba. "Uhmm...citernya macam ni.."mula dia sewaktu pandang ke kaki Leah yang tidak beralas. "Kan siang tadi kau suruh aku buat rondaan?"
"Ha..kenapa dengan hal tu?"Leah masih buat muka pelik dan tak faham.
"Well...masa on the way tu..aku dengan beberapa orang vampire bertembung dengan kumpulan hunter dari Royal Wall..."tambah Eros lagi. "Kemudian...kita orang dikepung. Awal tu aku ingat aku akan mati kau tahu...sekali tu..Drystan muncul..."
Buat seketika Leah hanya diam menilik air muka Eros yang begitu mencurigakan. Dia pandang akan wajah handsome yang pucat itu dengan mata di kecilkan. "So?"tanya dia. Kenapa kalau jumpa Drystan. Dah lelaki tu kan abang kepada Eros!
"Dia ugut nak bunuh kita orang..." Eros angkat mata lalu pandang Leah.
"Dah tu?"semakin tidak sabar Leah dibuat cerita Eros yang beritahu sekerat-sekerat begitu. Tak reti apa nak cerita terus tak payah nak berkan-kan bagai!Hempuk kang kepala tu hilang ingatan terus!
"Tapi Roan beritahu kalau aku beritahu dekat mana kau berada, dia akan bebaskan aku dan yang lain.."
Mulut Leah jatuh ternganga dengan luas. "Apa?"desisnya dengan berang. Kalau bukan memikirkan waktu itu ramai orang tengah tidur, sudah lama dia jerit tadi! "Kau apa?"
Eros cuba pegang lengan Leah sewaktu buat muka merayunya. "Kau jangan risau...aku tak beritahu kau dekat mana tapi sebaliknya aku buat perjanjian dimana aku akan bawa kau jumpa Roan sendiri." beritahu dia laju-laju. "Lagipun dia tahan kawan-kawan aku, kau rasa?"
POK!
Satu tumbukan hinggap di atas kepala Eros.
"Auw!"aduh Eros yang terus memegang kepalanya dek pukulan Leah. Terus dia buat muka tak bersalah dengan sengih goofy.
"Kau gila ke!Buat apa aku jumpa mamat sengal tak sedar diri tu!Yang dia nak jumpa aku kenapa pulak!"bisik Leah dengan keras.
Eros menarik muncung serba salah dia. "Mana la aku tahu, mungkin Roan nak jumpa kau ke apa ke...Nak buat macam mana. Kalau aku tak beritahu dia akan bawa vampire lain dan sakiti dia orang..nak tak nak terpaksa la aku cakap macam tu..."
Sambil menggeleng kepala tak percaya, Leah pandang kesal akan Eros sewaktu mencekak pinggang tak puas hati. Kejap lagi ada yang hangus kena bakar jugak kang!Buat menyirap darah je la! Abang sendiri pun tak boleh nak handle ke?!Dia jugak jadi pajakannya!
Bertuah betul!
"Dekat mana aku kena jumpa dia?"tanya Leah marah-marah.
Mendengar pertanyaan itu serta merta timbulkan sengih di hujung bibir Eros. "Kau nak pergi ke?"
Leah menjuling mata menyampah. Di tanya lagi! "Memangnya aku ada pilihan lain ke?"
Eros menggeleng kepala sambil tersengih suka. "Kau pergi siap. Aku bawa kau jumpa Drystan sekarang."
Share this novel