Mind Your Own Business

Vampire Completed 4861

Leah mencekak pinggang sebelah tangan sewaktu dia kuak rambutnya ke belakang dengan kesal.  Serius! Dia nak maki sangat mamat sengal di depannya ini. 

        "Hei... Kau dengar sini ya.. "sengih Leah dengan meleret sewaktu tunding jari ke dada Jadon berkali-kali sewaktu dia bercakap. Sakit betul la hati dia setiap kali menghadap Jadon. Hairan tahu tak!Asal tengok je muka ni, darah dia mendidih je sepanjang masa!

Mata Jadon turun pada jari Leah yang sedang menunjuk dadanya. Lalu dia kembali memandang muka Leah tanpa berganjak sikit pun dek tundingan jari itu. Malah tidak terkesan pun.

Dengan lagak dominan dan bossnya Leah dekati Jodan dan berdiri betul-betul di depan lelaki itu. Wajahnya hanya berjarak seinci dari wajah Jodan. Dia nak tunjuk pada lelaki ini, dia bukan la orang yang Jadon patut macam-macam dengan.

        "Aku tahu kau nak nampak perfect dan hebat di depan mata ayahanda aku dengan lakukan semua kerja heroic ni... "bisik Leah dengan benci di depan muka itu.

Sementara Jodan sikit pun tidak terkutik dengan jarak mereka berdua itu. Dan ini bukan la kali pertama Leah tunjuk perangai terhadapnya. Boleh dikira hampir separuh umur dia tinggal di dalam istana dihabiskan dengan kata-kata benci Leah.

Jadi semua ini sama sekali tidak buatkan Jodan terasa atau makan hati. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Sebabnya Jodan memang dah tahu yang Leah sangat membencikan dirinya.

         "Tuan puteri, sa-"

        "Ah-ah-ah... Let me talk first. You. Shut!"halang Leah sambil buat tangan zip mulut tanda diam.

Terkatup terus mulut Jodan setelah itu. Dia mengetap bibir menahan sabar saat memandang bibir Leah.

           "Aku tahu kau nak semua perhatian dan jugak kelebihan menjadi orang kanan ayahanda...Fine. Kau buat la apa kau nak buat. Pergi la mampus dengan semua populariti kejadah kau tu.... I don't give a sh*t about it. So f*ck off and mind your own business okay?"

Jodan pandang tidak berkedip tepat ke mata Leah yang ketika sedang merenungnya dengan kening mencerun marah.

Leah ikut terdiam setelah selesai bercakap. Tangannya di silang ke dada tanda tidak puas hati. Dia pandang tidak berkedip tepat ke mata Jadon. Well... Kalau orang istana takut pada lelaki ini,  tidak bagi dia! Bagi dia Jodan ini bukan sesiapa!

Jadon pun sama. Lelaki itu hanya menatap wajah Leah tanpa berkata apa-apa.

Apabila mereka berdua saling membalas renungan dan tidak berkata apa-apa untuk seketika,  baru Jadon bersuara.

        "Dah habis?"soalnya sambil menyilang tangan ke dada juga.

         Kening Leah berkerut. Excuse me!? Matanya naik turun menilik Jadon. Hek eleh! Mengajuk orang nampak! "Apa yang dah habis?"tanya dia blur-blur.

         "Ada apa-apa lagi yang tuanku hendak katakan?"tanya Jadon.

          Leah berdecit menyampah.  "Tak ada lagi. So kau boleh blah!"ujarnya dengan sassy.

          "Kalau macam tu giliran saya pula untuk bercakap."kini giliran Jodan pula yang menghampiri Leah.

Tiba-tiba Leah berasa terancam apabila Jadon selangkah demi selangkah mahu merapat pada dia. Matanya terkebil-kebil sewaktu undur ke belakang hendak jarakkan diri.

            "A-apahal dengan kau ni?"tanya dia tergagap-gagap.

Jodan tidak berhenti dari melangkahnya. Dia dekat dan mendekat sehingga la Berjaya penjurukan Leah di tebing lereng cerun itu. Sikit saja lagi, Leah boleh jatuh ke belakang macam tu je.

Taktala Leah berhenti kerana sudah terperangkap, ketika itu Jadon bersuara.

            "Saya tak peduli apa yang tuanku hendak kata kan kepada saya. Tapi ada perkara yang saya mahu tuan puteri tahu."ujar Jodan dengan renungan penuh amarannya.

Leah menelan air liur dengan susah payah. Dia tidak mahu bergerak sebab takut terjatuh ke dalam cenuram di belakangnya ketika itu. tetapi muka Jodan begitu hampir sekali dengan wajahnya.

          "Pertama, peperangan semakin serius. Pelarian semakin ramai. Berita mengenai tuanku cedera telah membuatkan Raja Lukariah hilang tumpuan. Untuk memastikan kelangsungan hidup kerajaan Grendola, kehadiran tuan puteri sangat penting di sisi Raja Agung sekarang ini. Kedua, saya lakukan semua ini kerana tugas dan bertanggungjawab di atas keselamatan tuanku sejak kematian tuanku permaisuri. Bukan kerana hendakkan perhatian atau ganjaran. Ketiga, tuanku tak perlu korbankan diri sendiri demi membuktikan tuanku berguna di depan mata Raja Lukariah dengan cara begini....cukup dengan kekal selamat dan sihat itu sudah memadai buat baginda."

Mendengar kata-kata itu Leah hanya mendiamkan diri. Matanya naik turun silih ganti memandang bibir dan mata Jodan. Dia nak sangat melawan, tapi kata-kata Jodan sungguh meyakinkan dia untuk percaya dan patuh akannya!

          "Hentikan perangai memberontak ini...tiada apa-apa lagi yang tuan puteri dapat lakukan untuk mereka di Nublar ini.....sudah lima tahun tuanku menjauh dari Grendola. Raja Lukariah susah hati. Dan sekiranya hal ini berlanjutan kesihatannya dalam bahaya. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko." ujar Jodan lagi.

Disaat Leah hendak bersuara, tiba-tiba muncul beberapa orang kesatria dari balik pepohon di situ. Mereka semua berdiri di situ membentuk separa bulatan di sekeliling tempat tersebut Bersama aura penuh amaran.

Mulut Leah terbuka sedikit kerana dia begitu tergamam tidak terkata. Apa dia patut buat?

          "Kalau aku ikut kau orang...apa yang kau orang akan lakukan kepada mereka yang ada di sini?"tanya Leah.

          "Musnahkan semuanya. Tiada satupun yang tinggal. Raja Lukariah sudah pun berikan titahnya untuk mengunakan ia."jawab Jadon dengan mendatar. "Syaitan bayang tidak boleh keluar dari kawasan Nublar. Kita tak boleh bazirkan waktu dengan membezakan mereka satu persatu. Demi keselamatan semua. Penduduk Nublar bakal di hapuskan sepenuhnya dari muka bumi Grendola."

Terketar-ketar mata Leah mendengar kata-kata Jodan hingga tidak sedar yang dia mengepal jari jemarinya. Begitu nekad sekali ayahandanya!Dia matian-matian mahu pertahankan tanah ini selama lima tahun keberadaan dia di sini!

Haish!

Terpaksalah!

           "Fine...aku akan balik.Tapi dengan syarat."lafaz Leah dengan renungan nekadnya. Dia tak boleh berputus asa sekarang!Apa yang dia perlukan adalah sedikit sahaja masa lagi."Berikan aku masa sebulan. Kalau dalam masa sebulan ni masalah di Nublar tidak selesai. Kau orang boleh lakukan apa saja yang kau orang mahukan. Dan aku akan kembali ke Grendola semula.."cadangnya.

Kepala Jodan terlentok sedikit sewaktu memberi renungan judging kepada Leah. Apalagi idea gila puteri mahkotanya yang seorang ni?

              "Dan bagaimana tuanku hendak selesaikannya?Jangan beritahu saya yang tuanku akan gunakan kuasa tuanku sendiri untuk hapuskan semua syaitan bayang di sini?Sekiranya benar, saya tidak membenarkannya."

Leah mengetap giginya erat-erat. Dia tak tahu. Tapi dia ada idea yang mana dirinya sendiri tidak yakin sama ada ianya akan Berjaya atau tidak. Tetapi selagi tak cuba mana nak tahu kan?

            "Adalah caranya. Apa yang kau orang kena buat sekarang adalah. Balik ke Grendola semula. Beritahu hal ni pada ayahanda. Pesan pada dia supaya tunggu. Sebulan kemudian, kau orang boleh datang semula ke sini.."minta Leah sekali lagi dengan harapan Jodan akan bersetuju.

Jodan pandang renungan mata Leah. Sudah lama dia tidak lihat sepasang mata ini bersinar dengan reaksi ceria dan bersemangat. Apatah lagi bibir itu.

Berasa kesal dan kecewa, Jodan hanya mampu melepaskan keluhan panjang mengalahnya lantas mengangguk kepala.

              "Baiklah kalau itu permintaan tuanku. Akan saya tunaikannya. Tetapi ini adalah peluang terakhir untuk tuanku."akur Jodan."Selepas ini tiada lagi kompromi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience