Tidak Keruan.

Vampire Completed 4861

Waktu malam yang sama

Roan dan Drystan menyelinap secara sembunyi dari Royal Wall keluar ke dalam hutan Nublar. Masing-masing tidak mengenakan pakaian rasmi hunter tetapi pakaian biasa supaya tidak mudah dikesan sesiapa. Seperti pencuri takut ditangkap lepas curi masuk rumah orang, kelibat lampai dua orang itu sekejap-sekejap kelihatan dari balik pepohon di situ.

Kebetulan malam itu bulan penuh, cahayanya pula terang seterangnya hingga boleh Nampak kawasan dalam hutan itu.

           "Wei..kau tahu ke kita nak ke mana ni?"bisik Drystan semasa jalan sambil memandang langkahnya. Takut pulak dia tersandung kayu ke pijak benda berbisa ke!Tak pasal-pasal pulak kang!

             Roan yang focus memandang ke depan dan ikut apa yang ada dalam kepalanya ketika itu bersuara. "Tak." jawabnya.

             "Hah?Tak tahu?Abis tu kita masuk ke hutan ni menonong je tanpa tujuan ke?"Drystan kedengaran jengkel.

             "Maksud aku...aku tahu nak bawa kita kita ke mana, tapi aku tak tahu dekat mana kita akan berada nanti.."jelas Roan. ]

Drystan yang dengar menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tak faham akan Roan. Kawannya ini tak habis-habis hendak masuk ke hutan sejak beberapa hari ini.

Kata Roan lagi, lelaki ini mahu mencari gadis yang dia tikam tempoh hari a.k.a Leah. Siang malam hanya Leah sahaja yang dibicarakan oleh Roan. Naik pening kepala dia menghadapnya.

Bila ditanya nak apa dari Leah, tak nak di beritahu pula. Dan sekarangmereka berada di tengah hutan dan menyelinap seperti pencuri nak merompak rumah orang!

Kerja gila betul.

             "Memangnya kau nak apa dari perempuan tu?tak boleh ke kita teruskan saja hidup kita macam biasa dan lupakan semua ni?"sungut Drystan di sebelah Roan.

Roan menjungkit bahu. Alangkah bagus sekiranya dia ada jawapan untuk soalan itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak boleh lupakan gadis itu sejak kali pertama dia nampak.

Dan paling Roan tidak boleh lupakan adalah perasaan bergelora yang dirasainya pada malam serangan itu. Dan dia yakin gadis itu turut merasai apa yang dia rasai ketika itu!

Dan perasaan tidak keruan yang dirasai oleh Roan telah membuatkan dia nekad untuk masuk ke hutan pada waktu malam-malam begini!Semuanya kerana dia mahukan gadis itu!

             "Aku nak penjelasan.."kata Roan.

              Keluhan Panjang lepas dari bibir Drystan sebelum dia menggeleng kepala. "Haih!Penjelasan apa lagi yang kau nak?"tanya dia. Kalau Roan tahu sekalipun ianya tidak akan dapat ubah apa-apa. Eros sudah mati dan kini menjadi vampire, Kirin pula menjadi puak werewolf. Dan kalau Roan tahu bahawa Leah telah mengubah rakan-rakan mereka jadi Outlander, dia yakin Roan akan bencikan Leah dan salahkan Leah.

Ditambahkan lagi, Drystan tidak dapat menceritakan hal sebenar kepada Roan kerana Leah sudah melarang untuk beritahu apa-apa kepada Roan.

Tidak lama mereka berjalan, tiba-tiba Roan berhenti secara mendadak dan dia pandang ke depan dengan muka seperti orang baru Nampak hantu.

               "Asal?"tanya Drystan setelah perasan akan perubahan rakannya itu.

                Roan bawa jari di depan bibirnya mengisyaratkan kepada Drystan supaya diam. "Kau dengar tak?"tanya dia.

                 Mata Dyrstan apa lagi, dengan liar mengerling ke sekelilingnya mencari bunyi yang ditanyakan oleh Roan. "Bunyi apa?"tanya dia dengan penuh waspada

                "What the hell?!"

                Terangkat tinggi kening Roan apabila suara lembut itu menyapa kotak fikiranya. Dia menahan nafas tanpa sedar. "Jumpa pun..."sengih dia.

               "Macam mana kau boleh masuk dalam kepala aku ni?"

              Roan kembali menyambung langkah dengan senyuman di bibir. "Saya tak tahu...mungkin awak turunkan shield awak tanpa sedar hingga buatkan kita berhubung semula"

             "Ugh!Keluar!Aku busy ni!!Jangan menyemak dalam kepala aku!"

             "Tunggu!"Roan mempercepatkan langkahnya. Namun suara itu tidak lagi kedengaran dalam kepalanya. Laluan komunikasi telepati mereka di block semula.

             "Wei!Kenapa dengan kau ni?" sentak Drysan. "Makin lama makin pelik je perangai ka-"

BRAAAK!

Tak semena, pokok dekat depan laluan mereka tumbang diikuti kemunculan seekor mahkluk tercampak sama dengan sisa tumbangan pokok di situ.

Melompat terkejut mereka berdua waktu itu. Masing-masing membutang mata tercengang.

Sewaktu Drystan dan Roan perhatikan depan mereka, ketika itu seseorang muncul dari kegelapan, melompat ke Udara dengan tinggi sebelum mendarat di atas badan mahluk yang tercampak sama dengan pokok tumbang tadi.

Lantas muncul la orang yang Roan cari-carikan selama ini di depan mata.

Semakin luas mulut Roan sewaktu menyaksikan kejadian di depan matanya ketika itu. Jantung di dalam dadanya berdegup kencang tidak tentu arah tanpa sebab!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience