Puak Werewolf

Vampire Completed 4861

Tiada satupun kepulan awan putih yang kelihatan di langit luas terbentang ini. Ianya buatkan pemandangan lain seakan lautan air yang tiada penghujungnya. Tapi ada la seekor dua burung hitam yang berterbangan merentasi langit, merentasi kawasan hutan pokok kanopi yang memayungi kawasan hutan belukar. Dibawah payungan itu dapat di lihat laluan kecil yang berselirat di celah pokok-pokok di situ.

Di situlah, baringnya seseorang di sebuah batang pokok lama yang tumbang di atas tanah. Kaki sebelah terangkat di atas lutut, kedua-dua tangan menjadi bantal di belakang kepala, muka ditutup dengan kain untuk menghadang silau pada siang hari itu.

Kssk!

Kssk!

Bunyi daun di pokok saling bergesek antara satu sama lain apabila angin mula bertiup. Menghasilkan okestra semula jadi yang menenangkan. Deru angin itu turut menerbangkan kain yang menutupi muka itu.

Terkutik kerana cahaya terang, dia serta merta bawa lengan naik ke atas matanya untuk hadang penglihatannya.

            "Seronok berjemur?"tegur suatu suara dalam dengan mengejut.

Kirin tersentak. Dia cepat-cepat bangun dari perbaringannya dan duduk tegak. Matanya yang satu itu terus terpandang susuk lampai sedang berdiri tidak jauh dari lindungan pepohon di situ. Agak taken aback dengan kehadiran vampire di situ, dia pun perlahan-lahan bangun untuk berdiri.

            "Apa kau buat dekat sini Eros?"tanya Kirin.

Eros jalan mendekati Kirin dengan langkah berhati-hati. Tangan masih berada di dalam poket seluar. Hood jaket berada di atas kepala. Rambut hitamnya jatuh menutupi sebahagian dagi dan keningnya.

            "Kau tahu kan ini kawasan werewolf...macam mana kalau ada yang tahu keberadaan kau dekat sini? Nak mati sangat ke?"tanya Kirin lagi. Risau dia!

            "Aku tak peduli.."beritahu Eros. Dia beri renungan tajam kepada Kirin. Jelas-jelas beritahu yang dia tiada mood hendak berbasa basi di situ. "Leah dalam bahaya." beritahunya serta merta.

            Air muka risau Kirin terus berubah menjadi bungkam. Dia pandang Eros dengan nafas tertahan-tahan. Tiba-tiba saja perasaan dia menjadi tidak enak. "Apa yang dah terjadi?"

           "Roan dan pasukan dia telah buat serangan hendap ke tempat warlock ketika mereka meraikan pelantikan penghulu baru mereka." nada Eros kedengaran tegang namun perlahan. Dia tahu kalau dia berbisik sekalipun Kirin masih boleh dengar akannya.

             "Apa?"Kirin berkerut kening sewaktu membuat muka tak percaya.

             "Leah berjumpa dengan Drystan. Dari situ Leah dicederakan..dan sekarang nyawa Leah serta Roan dalam bahaya"tambah Eros lagi. "Tujuan aku ke sini adalah untuk mintak kau hantarkan pesanan pada Drystan dan ceritakan kepada dia hal sebenar supaya Leah boleh diselamatkan.."

              Nafas Kirin naik turun seakan ketakutan. Menjadi gerun dia apabila mendengar nama Roan dan Drystan. "Di-dia orang Nampak kau?"tanya dia tergagap sendiri sebab begitu terkejut dengan berita yang baru di sampaikan oleh Eros.

               Eros mengetap gigi erat-erat. Sungguh!Dia sangat marah dan bengang sekarang ni! "Drystan nampak aku...Roan tak sempat."

             "Maksudnya dia tahu yang kau tak mati lagi?"

            "Aku dah lama mati Kirin...ingat tu..."

           "Still...kau masih bergerak. Jadi bagi aku, kau masih hidup."

           "Sudah. Jangan nak bertekak dengan aku pasal ni. Apa aku tahu, kau lepasi sempadan Royal Wall dan bawa Drystan ke sini."tegas Eros.

           "Macam mana dengan Leah?"

           Eros menggeleng kepala. "Tak okay...keadaan dia semakin lama semakin melarat"sebelum dia ke sini, Leah sudahpun terlantar tidak berdaya di atas katil. Bisa dari kuasa hunter memang begini. Ianya sangat berbahaya dan membunuh!

Kirin mengepal penumbuk erat-erat. Selepas sekian lama dia sembunyikan diri dari hunter, akhirnya dia terpaksa jugak tunjukkan dirinya. Dia enggan menemui mereka apalagi mempunyai kaitan dengan sesiapa di balik Royal Wall. Sebab dia malu dan jijik akan dirinya sendiri.

Eros maju beberapa langkah ke depan. Mendekati Kirin.

              "Kirin...kalau bukan disebabkan kuasa sihir yang ada dekat Royal Wall tu, aku dah pergi sendiri tanpa libatkan diri kau...masalahnya sekarang aku baru dekat je rasa nak terbakar, inikan lagi jejak kaki ke dalam kawasan tu...lekas Kirin...jumpa Drystan. Beritahu dia.." desak Eros lagi bila melihat Kirin diam membisu tidak berkata apa-apa.

Bila mendengarnya, dia angkat matanya ke depan lalu memandang wajah resah Eros. Nak tunjuk muka satu hal. Ini kan lagi beritahu hal sebenar kepada Drystan?Gali kubur namanya tu. Kening Kirin mencerlung susah hati mendengar nada terdesak Eros. Dia pandang judging akan rakannya itu.Maka sesuatu pun terlintas dalam fikirannya taktala melihat betapa resahnya Eros saat ini.

           "Eros...adakah kau-"tanya Kirin tidak habis.

Eros cepat-cepat mengangguk kepala mengiyakan.

           "Ya...apa pun yang kau fikirkan tu, jawapannya, ya. Sekarang cepat bertolak.."Eros memintas kata-kata Kirin sebelum rakannya menghabiskan kata-kata.

           "Ingat Kirin, kalau bukan sebab Leah, kita takkan ada dekat sini"tambah Eros. "Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak balas budi Leah yang sanggup bahayakan diri sendiri untuk pembunuh macam kita ni?"

             Kirin buat muka bengang sewaktu memandang Eros yang Berjaya memujuk dirinya untuk bersetuju. Haih!Kenapa la Drystan sakiti Leah!Kan tak pasal-pasal dia kena tunjukkan dirinya! "Fine...aku pergi..tapi dekat mana kau nak buat pertemuan tu?"

             "Tempat sama dimana kita di serang.."beritahu Eros dengan renungan nekadnya.

Kirin termenung memandang tanah di bawah kakinya dengan nafas tidak menentu. Keningnya berkerut taktala fikirannya menerawang ke memori lamanya. Memori ketika dia bukan seorang werewolf.

Tetapi The Hunter.

Ya Eros dan Kirin adalah bekas hunter yang diselamatkan oleh Leah suatu masa yang lalu.

Dua tahun lepas, Kirin, Eros dan Roan adalah satu sepasukan. yang dikerahkan untuk membuat rondaan di sekitar kawasan hutan Nublar. Namun ketika mereka sedang membuat rondaan, tanpa amaran dan dengan mengejut, kumpulan mereka telah di serang oleh kumpulan syaitan yang menyamar menjadi serigala jadian. Oleh kerana mereka tidak bersedia, kumpulan mereka di kerjakan dengan teruk.

Pada masa itu la Leah datang ke tempat kejadian dimana mereka berada. Gadis itu terlebih dahulu menyelamatkan Roan. Sementara baki yang lain tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialami oleh mereka teruk. Tetapi Kirin dan Eros Berjaya dibantu oleh Leah.

Sebagai bayaran untuk nyawa mereka itu, Kirin yang ketika masih nyawa-nyawa ikan di bawa ke puak werewolf lalu di berikan darah mereka. Maka serta merta Kirin menjadi seorang daripada mereka. Sementara Eros, Leah terpaksa bawa ke vampire kerana lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi. menggunakan sihir, Eros dihidupkan semula tetapi terpaksa menjadi vampire.

Untuk selamatkan mereka, Leah pertaruhkan kuasa dan nyawanya sendiri untuk bantu kedua-dua mereka walaupun Leah tahu dia tidak perlu lakukan hal itu. Tapi itu la Leah, tidak kira la itu musuh atau kawan, Dia akan cuba bantu sedaya upayanya tanpa meminta balasan!

Dari situ la, Leah menceritakan kepada mereka hal sebenar yang selama ini mereka puak Royal Wall telah salah faham sejak beratus tahun lamanya. Cerita sebenar kenapa peperangan antara puak ini terjadi. Semuanya berpunca dari syaitan yang boleh menjelma dan bertukar kepada apa-apa bentuk mahluk yang ada.

Menggunakan kuasa inilah syaitan berubah menjadi puak tertentu dan menyerang puak tertentu untuk menelagahkan antara satu sama lain. Seperti syaitan bayang ini berubah menjadi puak werewolf kemudian serang puak Royal Wall. Kemudian berubah menjadi puak royal wall dan the hunter untuk serang puak warlock. Kemudian berubah menjadi vampire untuk menyakiti puak manusia biasa. Jadi dari sini la peperangan ini terjadi.

Sekiranya syaitan bayang ini tiada, maka peperangan tidak pernah terjadi.

Selepas mengetahui hal sebenar, Kirin dan Eros berasa begitu serba salah sekali. Kerana selama ini mereka telah bunuh dan menyakiti mahluk yang tidak bersalah. Dan jadikan puak-puak lain sebagai mainan buruan mereka sejak berkurun lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience