Naik Angin

Vampire Completed 4861

"Kau vampire?"tanya Roan dengan nafas naik turun sedia hendak naik angin. Dia pandang akan Eros dengan reaksi kecewa yang teramat sangat. Betapa retaknya perasaan dia. Selama ini dia fikirkan Eros telah mati atau terseksa. Tetapi tidak!Rakan baik yang selama ini dia anggap sebagai keluarganya sendiri telah berubah menjadi vampire! "Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?" sungguh!Dia benar-benar tidak mengerti dengan semua ini.

Berasa jengkel dengan situasi serabut lagikan sedang berselirat itu, Leah menjuling mata sambil silang tangan ke dada. Tidak tahu hendak katakan apa lagi. Yalah kalau dia beritahu hal sebenar tidak ke Roan akan menyalahkan diri dia kerana mengubah Eros dan Kirin sebagai mahluk Outlander!

           "Ha'ah"angguk Eros.

Drystan lirik akan Eros sewaktu adik lelakinya dengan selamba dan kelihatan bangga mengiyakan kenyataan itu. Sedangkan dia rasa malu dan tercabar!Ada ke patut adik lelakinya menjadi makhluk yang selama ini mereka musuhi dan buru!Memang tak la!

Rahang Roan berketik hendak hilang sabar tanpa sedar dia mengepal jari jemari seerat mungkin. Renungan mencerun tidak puas hati terarah pada Eros.

          "Beritahu aku..apa sebenarnya yang berlaku pada malam kejadian kita di serang dengan puak werewolf tu?Kalau kau ada dekat sini itu bermakna Kirin dan yang lain pun seperti kau jugak ke?"

Eros menggeleng kepala. Dia menarik senyuman nipis di bibir.

"Tak adalah...selepas serangan tu berlaku. Aku telah mati, Kirin terselamat tetapi sudah berubah menjadi serigala jadian. Baki yang lain tak dapat di selamatkan"jelas Eros dengan bersahaja. "Dan kau jugak hampir mati kerana serangan mengejut tu..."katanya semasa lirik wajah Roan yang kelihatan mahu naik angin padanya. Kalau la Roan tahu sekiranya malam tu dia yang minta di selamatkan terlebih dahulu mungkin dia tidak akan menjadi vampire, dan Roan mungkin tidak hidup sehingga sekarang.

Menahan nafas terkejut Roan sebaik mendengar. Dia kerling ke Leah dengan kening berkerut susah hati. Kirin pun sama?Haish!Habis rosak semua kenalan rapat dia!"Dan sejak bila kau Bersama dengan Outlander bernama Leah ni?"

Leah buat muka tidak suka. Sejak tadi dia dengar Roan sebut Outlander...Outlander pada dia. Hina sangat agaknya jadi Outlander ni!

           Eros tersenyum lalu gerak merangkul bahu Leah. "Aku kenal dia sejak dia yang selamatkan aku, kau, dan Kirin...sejak tu aku jadi pendamping dia...kau patut ucap terima kasih dekat dia jugak. Sebabnya kalau bukan kerana dia, mungkin kau takkan hidup sehingga sekarang.."

             "Hei!"marah Leah serta merta sambil tolak dirinya jauh dari pelukan Eros dan menepis pakaiannya seakan mahu membuang kotoran. "Mulut tu memang murai sangat eh?"marahnya.

            "Apa maksud kau?"mata Roan mengerling semula ke Leah. Entah kenapa dia tak boleh berhenti dari pandang Outlander di depannya ini.

Eros tarik sengih jahat bila jeling ke Drystan. Nampaknya abang dia ni menepati janji dan percayakan cerita yang Leah sampaikan tempoh hari. Lantas dia palingkan kepala ke Leah.

            "Kenalkan...Leah Amora...puak Nublar, seorang shadowhunter dan orang yang telah berikan kuasa dia pada kau untuk memastikan kelangsungan hidup kau..."aju dia sambil tunjuk tangan ke Leah.

            "Eros!Apa ni!Kau dah janji kan!"marah Leah yang menempik bengang kerana tindakan Eros. Yang diberitahu kenapa!Nanti kan tak pasal-pasal tambah lagi masalah dia!

            "Dia berhak tahu Leah...dia kena tahu supaya dia tahu sekiranya sesuatu terjadi pada dia, kau akan ikut mati"sampuk Drystan tiba-tiba.

            Seakan ditampar, Roan palingkan kepala ke Drystan dan pandang kawannya itu dengan reaksi seperti lelaki itu ditumbuhi tanduk tiga di kepala. "Kau tahu?"tanya dia.

Drystan buat muka sambil mengangguk kepala dengan kesal.

          "Apa!?"semakin keruh air muka Roan.  Drystan pun!? What the f*ck!

          "Pada malam kau nazak tu..aku baru dapat tahu kenapa kau rasa sakit sedangkan yang ditikam adalah Leah...semua tu sebab dia kongsi satu Soul dengan kau...which mean, kalau sesuatu berlaku pada dia, kau akan rasa dan kalau sesuatu terjadi pada kau, dia pun akan rasa. Dari situ la aku jumpa Eros, Kirin dan Leah pun ceritakan hal sebenar dekat aku lepas aku sembuhkan dia dari kesan tikaman tu"jelas Drystan dengan mata tertunduk memandang ke bawah.

           "Dan kau rahsiakan semua ni dari aku?"soal Roan dengan marah.

          "Sorry... Tapi Leah sendiri yang mintak aku rahsiakan dari kau.." Drystan angkat mata lalu menjuih bibir ke arah Leah.

Leah pun melepaskan dengusan menyampah. Hek eleh! Tak guna betul jadi lelaki. Dua-dua mulut tempayan minta kena jahit. Harap saja jantina lelaki!Tapi perangai kepoh tak ubah macam makcik-makcik!Tak reti nak simpan rahsia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience