Perangkap

Vampire Completed 4861

"Jadi apa rancangan sebenar kau selepas ni?"tanya Moon kepadanya.

"Rancangan aku adalah untuk musnahkan Puak Syaitan Bayang dari Nublar sepenuhnya dengan menghapuskan pencipta dia...sekiranya Royal Wall tiada lagi pewaris maka semua perjanjian turut temurun mereka dapat di musnahkan"

"Maksud kau...kau nak bunuh Roan?"

"Kejam sangat bunyi tu..."

"Habis tu?"

"Aku akan ambil kuasa aku dari dia sepenuhnya. Dan ubah dia jadi manusia biasa. Dengan ini Roan tak lagi boleh gunakan kuasa dan kawal syaitan bayang lagi. Dan bila hal tu terjadi kita akan perangi mereka semua sehabis mungkin.."

"Jadikan Roan manusia biasa?Tak over sangat ke?"

"Terpaksa. Cuma cara ni je yang aku ada...lagipun Eros dan Kirin pun aku akan hapuskan. Pendek ceritanya sesiapa yang mempunyai kuasa aku bakal dihapuskan supaya aku ada cukup kuasa untuk menentang Puak Syaitan Bayang nanti...dengan apa yang aku miliki sekarang tak cukup untuk aku bertahan sehingga semua selesai."

"Kalau macam tu apa cara kau nak buatkan dia datang pada kau tanpa kau cari dia?"Moon yang sedang duduk di kerusi berhadapan dengan katil tempat dia bersila buat muka ingin tahu.

Dia pun apalagi, tersenyum meleret la jawabnya. "Apa susahnya.Aku akan gunakan bonding kita orang berdua la untuk kuasai emosi dia supaya dia cari aku dan dekati aku...bila dia datang, aku akan serang dia masa tu jugak...dan rampas kuasa dia serta merta."

"Oh...okay...bila kau nak mulakan rancangan tu?Aku ikut.."

"Lepas kita jumpa Eros dan Kirin esok, uruskan mereka berdua dulu, lepas tu baru settle kan Roan. Aku nak rampas dulu kuasa aku dari dua makeluk tak guna yang tak jujur tu.."

Tanpa menjauhkan bibirnya dari Roan, Leah bawa tangannya ke belakang leher lelaki itu pula dan gunakan kuasa miliknya untuk sentuh kesan symbol sihir yang berada di tepi leher itu. Sekali bila dia dah tekap, tapak tangannya kemudian bercahaya dan symbol itu turut bersinar.

Roan tersentak, dia terus buka mata sebab terkejut dengan rasa menjalar yang aneh di sekitar leher dan sekeliling tulang rusuknya sebelum rasa sakit yang amat sangat mula dirasai pada tengah dada dan kepalanya.

Taktala Roan mula bergelut hendak jauhkan diri, Leah tidak lepaskan Roan malah dia paksa Roan berendam di dalam air hingga tenggelam separuh badan dan hanya kepala saja berada di atas permukaan.

"Leah..apa ni?"tanya Roan dengan kening berkerut. Kenapa Leah buat semua ni?

Leah menarik sengih jahat meleretnya semasa tunduk memandang wajah terkejut Roan.

"Kenapa sakit?"tanya dia. Alah kesiannya."Aku tak sangka mudah betul nak perangkap kau ke sini kan?"ujarnya tanpa mengalihkan tangan dari bekas symbol kuasanya. Dia sedang serap semula kuasa dari tubuh itu. "Suka sangat ke kau dekat aku?"tanya dia sebelum Tarik sengih mengejek.

"Huh?"Roan pegang tangan Leah. Mahu di alihkan tapi entah kenapa dia tak dapat nak lawan Leah. "Apa maksud kau?" soalnya dengan kening berkerut menahan sakit. Urat belirat mula timbul di permukaan leher dan pelipisnya. Tidak berdaya hendak tolak tangan Leah, dia hanya terduduk ke dalam air sesaat selepas itu.

Leah menggeleng kepala sambil mengetik lidah beberapa kali.

"Tsk...tsk...what to do...ketua hunter paling hebat diperkatakan orang sekarang tak berdaya.."ejeknya dengan nada sedih yang dibuat-buat sebelum tersenyum semula. "Untuk pengetahuan kau...Semua ni adalah perangkap Roan...aku yang kawal emosi kau supaya datang ke sini untuk cari aku.."beritahu dia. " Such a shame...kalau la kau bukan demon, pasti aku akan sukakan kau jugak..." beritahu Leah dengan kepala terlentok ke tepi. "Memandangkan kau sendiri tak boleh nak mengalah dan berundur dari peperangan ni...maka terpaksa la aku masuk campur dan lakukan hal ni...sorry but not so sorry...."

Perlahan-lahan symbol yang di badan Roan pudar dan hilang bentuk asalnya dari kulit itu. Menandakan bahawa kuasa Leah mula meninggalkan badan Roan ketika itu.

"Kau-"gagap Roan yang mula hendak hilang kesedaran kerana terlalu lemah. Dia terlalu lemah sehingga nak terkejut atau marah pun tak berpeluang. "Kau tak boleh biarkan aku mati atau semua kehidupan dekat sini pun akan mati.." ngerangnya dengan terdesak menahan rentapan yang dapat dirasai dari tulang belakang hingga ke tengkuknya.

Leah ketawa kecil, dia lihat Roan yang semakin lama semakin pucat seperti orang tidak cukup darah di dalam air itu. Mata lelaki itu mula memerah dan kelihatan berat hendak terkatup.

"Jangan risau...kau takkan mati...cuma dah tak boleh gunakan kuasa lagi...sebab kau sudah jadi manusia biasa tanpa kuasa.."kata Leah sambil alihkan tangan dari leher Roan setelah kuasanya kembali sepenuhnya ke badan dia.

Tidak sempat hendak dengar ayat terakhir Leah itu, Roan sudahpun tidak sedarkan diri dan tenggelam masuk ke dalam air di depan Leah ketika itu.

Melihat Roan yang tenggelam itu, Leah hanya menjuling mata menyampah.

Akhirnya!Bebas jugak dia dari kekangan lelaki ni. Lepas ni tak adalah dia rasa rimas lagi. Tidak peduli untuk angkat Roan keluar dari air, Leah berpaling ke belakang mahu naik semula ke darat.

Berpaling saja Leah, waktu itu la Moon muncul dengan bersama-sama kesatria Grendola di situ.

Moon dari jauh sudah tersenyum goofy.

"Pergh!Siap kiss bagai.."seloroh Moon sambil serahkan jubah kepada Leah untuk tutup badan itu.

Sambil capai jubah itu, Leah beri isyarat kepada kesatria di situ supaya gerak mendapatkan Roan di dalam air sana. Tanpa berlengah kesatria di situ terus masuk ke dalam air dan dapatkan Roan."It feel nothing.."bkata dia sewaktu sarung jubah itu ke tubuh.

Moon menarik sengih jahatnya. "Kan bagus kalau kau buat semua ni dari awal"kata dia. "Settle terus masalah kita dengan cepat.."

Dengusan kecil lepas dari Leah, dia buat muka menyampah.

"Itu sebab aku fikir yang aku bersalah pada Roan dan kawan-kawan dia sebab di serang dengan werewolf gara-gara mulut celupar Carlos...rupanya tak...so aku Tarik la balik kuasa aku dari dia orang.."komen Leah mengenangkan apa yang sebenarnya telah berlaku di Nublar ini.

Mereka berdua kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan air terjun itu saling berdampingan.

"Apa kau nak buat pada Roan nanti?"tanya Moon di sebelah.

Leah tidak menjawab soalan itu dan hanya melangkah maju ke hadapan dengan air muka dingin tiada perasaan. Roan bakal menjadi tiket dia nanti untuk dapat pelepasan yang mudah!

Disebabkan Leah tidak memberi sebarang respon untuk soalannya, Moon pula ambil keputusan untuk mendiamkan diri dan sama-sama dengan Leah berjalan masuk ke dalam hutan itu untuk kembali ke Puak Nublar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience