Eros dan Kirin jadi bingung sendiri bila Leah dan Moon yang mereka baru kenal tak lama tadi pandang mereka seperti mereka itu secebis daging.
Sejak jumpa tadi mereka boleh perasan perubahan tingkah laku tidak tenang Leah itu. Nak ditanya mahunya gadis itu jawab. Sudahla Leah ni suka berahsia jenis orangnya.
"Hey...Leah?"panggil Kirin dengan teragak-agak.
Leah tersentak, dia kerling ke Kirin yang tidak jauh dari dia. "Kenapa?"
"Kau okay?"tanya Eros pula.
Tidak tahu nak jawab apa, Leah lemparkan pandangannya ke arah lain. Bibirnya di ketap kerana berasa tidak pasti.
"Kau sure kau nak buat hal ni?"tanya Moon di dalam kepala menggunakan kuasa telepati.
Leah yang dengar dalam kepalanya hanya mendiamkan diri. Dia sedang buat perhitungan yang patut untuk keputusannya ini. Memang dia tak patut reka cerita mengenai serangan yang menimpa Kirin dan Eros. Tetapi dua orang ini jugak bersalah sebab rahsiakan hal sebenar dari dia!
Jadi sama adil sama timpal la dengan perbuatan mereka sekarang.
Dia terkena mereka pun ikut terkena!
Fair and square!
"Asal kau nampak pelik sejak jumpa dengan Roan?Dia katakan sesuatu tak baik pada kau ke?"Kirin bertanya lagi bila Leah buat tak tahu.
"Tak ada apa-apa.."jawab Leah acuh tak acuh, Sungguh dia benar-benar rasa susah hati dan takut sekarang ini! Imej milik ingatan Roan masih menghantui dirinya sehingga sekarang.
"Habis tu kenapa kau nampak macam resah je?"lantas Eros berdiri melangit di depan Leah.
Sambil buat muka hendak menangis, Leah pandang Eros dan Kirin silih ganti. Dia kepal penumbuk erat-erat. Sebelum dia jumpa Carlos, dua orang ini perlu dia uruskan terlebih dahulu. "Kau sure kau nak tahu?"soal dia dengan renungan kecewa pada Eros.
Elok saja Eros tersenyum, dia buat muka serba tak kena. "Kenapa dengan kau ni?Aku tanya sebab aku kisah pasal kau...itu je."
Kirin pun begitu. Dia pandang Leah dengan kening berkerut tidak faham.
Moon yang sudah tahu apa rancangan Leah yang seterusnya hanya berdiri di situ dalam keadaan berjaga-jaga. Keutamaan dia adalah keselamatan Leah.
Tidak semena Leah tolak dada Eros hingga buatkan lelaki itu jalan mengundur ke belakang secara mengejut. "Fine...aku beritahu..kau dengar sini elok-elok!"
Terkebil-kebil mata Eros bila Leah begitu dengannya. "Cakap tu cakap je la...tak payah la berkasar."
"Yalah Leah...apa yang berlaku sebenarnya ni?Kenapa kau marah?"soal Kirin pula.
Mata Leah silih ganti memandang Kirin dan Eros di situ."Sakit?Habis sakit hati aku ni ada kau kisah?"lafaznya dengan marah.
"Hah?"Eros pandang tak percaya ke Leah. "Dah kenapa kau sakit hati?Memangnya kita orang dah buat apa?"tanya dia.
Leah ketawa mengejek lalu berkata.
"Kau tanya aku apa yang kau orang dah buat?"tanya dia dengan nada mesra yang dibuat-buat.
Semakin mencerun kening Kirin melihat tingkah Leah.
"Kau rahsiakan hal sebenar dari aku selama ni!Mati-mati aku ingat kau orang cedera sebab syaitan bayang!Sedang kan apa?Kau orang adalah pencipta syaitan bayang tu sendiri!Kau orang cipta scheme kau orang sendiri untuk susahkan semua orang dalam Nublar ni!"marah Leah dengan bengang. "Kau orang fitnah puak lain supaya mereka saling bertelagah!Kau orang yang panggil makhluk jahat tu!Untuk apa?Untuk balas dendam pada Puak Outlander atas perbuatan mereka terhadap keturunan kau!"
Terkedu terus Eros dekat situ. Dia pandang Leah dengan mata tidak berkedip. Kalau jantung dia berdegup, mungkin sudah tertanggal dari tangkai agaknya. "A-apa yang kau cakapkan ni?"tanya dia tergagap sendiri.
Mata Leah semakin merah dan mulai berair. Dadanya naik turun kerana hilang sabar.
"Kau tahu selama ni aku fikir peperangan ini disebabkan syaitan bayang sendiri. Rupanya tak!Semua ni disebabkan ketamakan kau orang semua je!"Sia-sia betul la dia bazirkan masa dan tenaga dia dekat tempat ni!Kalau la dia tahu yang peperangan ini berlaku kerana Outlander yang serang Royal Wall dulu kerana berebutkan sumber tenaga. Memang tidak la dia bazirkan masa dekat sini! Tak cukup dengan tu, Royal Wall balas balik ke Outlander dengan kerahkan syaitan bayang ke Nublar pula. Hebat betul kan!Sangat hebat!
Kirin cuba dekati Leah, namun belum sempat lelaki itu hendak sentuh Leah, dengan mengejut, Moon berdesup muncul di depan Leah dengan pedang terhunus di depan muka.
"Jangan dekati dia."amaran Moon.
Leah hanya berdiri di situ dengan renungan marah.
"Apa semua ni?"tanya Eros dengan bingung. Mata merah vampirenya semakin terang.
Ketika itu la beberapa susuk lampai berpakaian combat dengan lencana emas di tepi lengan melompat dari atas pokok dan mendarat di situ dengan serentak. Mereka kemudiannya jalan mengelilingi tempat itu.
Leah tidak tersentak, dia hanya memandang marah akan Kirin dan Eros di situ. Keningnya mencerun tajam.
"Kau orang tak patut tipu aku...." kata dia sewaktu kelibat-kelibat orang berpakaian combat diraja Grendola di situ mula mengepung tempat dimana dia dan dua orang itu duduk melepak tadi.
"Apa semua ni Leah?"tanya Eros lagi dengan renungan cemas bila perasan yang orang disitu seperti jadikan dia target.
Kirin sudah menyeringai menayang gigi taring serigalanya memberi amaran.
Moon mengetatkan lagi cengkaman pada hulu pedangnya setelah melihat akan dua makhluk berbahaya di depannya ketika itu. Hairan dia sekarang...bagaimana Leah boleh berurusan dengan mereka semua ini tanpa cederakan diri sendiri?
"Kenapa kau orang tak cakap dari awal yang syaitan bayang bekerja untuk Royal Wall?Kenapa kau orang rahsiakan hal sebenar mengenai siapa Roan yang sebenarnya?Sebab itu ke kau suruh aku selamatkan Roan sebab kau tahu kalau Roan mati, tembok yang terbina tu akan musnah termasuk la seisi kehidupan yang ada di dalam hutan ni?"Leah pandang kecewa akan Kirin dan Eros. Sungguh selama ini dia anggap mereka sahabat baik dia. Sekali tu apa?Mereka aniaya kuasa yang dia miliki demi kepentingan mereka sendiri.
Dasar makhluk pelesit! Tak hairan la kenapa Ayahanda dia beria mahu musnahkan tempat ini buat selamanya. Sebab ayahanda dia dah tahu dari awal bagaimana orang-orang di tempat ini
Penganiaya.
Penipu.
Pemanipulasi.
Tamak!
Bila Kirin dan Eros dengar semua kenyataan itu, mereka berdua begitu tergamam dan kelu lidah hendak berkata.
"Roan beritahu semua ni ke?"tanya Eros.
Leah menggeleng kepala. "Tak...aku tahu sendiri.."skin contact yang diberikan oleh Roan yang beritahu dia semua ini. Dan sekarang dia benar-benar marah.
"Leah..."panggil Eros dengan muka serba salah yang amat. "Dengar...aku ada sebab kenapa rahsiakan semua tu dari kau.."katanya.
Leah berdengus mengejek. "Jangan risau.."kata dia. "Sebab aku sendiri pun ada rahsia yang disembunyikan dari kau orang.." ujarnya.
Kening Kirin mencerun tidak mengerti bila lihat Leah yang berubah 360 darjah begitu sahaja dalam sekelip mata.
Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Bukan ke mereka semua sekutu?Leah minta bantuan mereka untuk cari Puak Warlock bukan?
Tapi mengapa semua ini terjadi pula?
"Rahsia apa?"tanya Kirin dengan perlahan.
"Aku akan beritahu kau apa rahsia tu dengan syarat kau orang beritahu aku apa caranya untuk musnahkan syaitan bayang dari tanah Nublar ini buat selamanya?"cadang Leah setelah itu. Dia masih berdiri di belakang Moon yang mengawalnya.
Kirin mengeleng kepala sambil berkerut kening tidak bersetuju. "Leah...kau tak boleh lakukannya."
"Ianya terlalu rumit dari apa yang kau sangkakan.."tambah Eros pula.
Damn it!Susah sangat ke nak beritahu!"Beritahu aku atau dia orang akan bunuh kau orang serta merta dekat sini jugak!"tempik Leah dengan berang.
Eros berkerut kening susah hati.
Share this novel