Vladimir

Vampire Completed 4861

Parut luka kelihatan di tengah dada sewaktu Roan menyarung baju kemeja ke badan dan di butang menghadap cermin kaca.

Sambil dia butang baju, matanya terarah pada tatu yang terukir di leher dan sekitar lengannya. Tatu yang bukan dilukis atas kerelaannya, Tetapi muncul dengan sendiri pada suatu malam kejadian yang dia sendiri tidak pasti apa yang telah terjadi.

Apa yang dia ingat, malam tu dia dan pasukannya gerak sama masuk ke hutan untuk mengetatkan lagi kawalan di pesisiran tembok batu. Setelah itu segalanya menjadi tidak jelas buat dia.

Entah bagaimana bila Roan sedarkan diri, dia ditemui sendirian di tepi tembok dengan kesan darah di badan. Kelibat rakan sepasukannya tidak kelihatan. Hanya dia sahaja di situ.

Sehingga sekarang tiada siapa ada jawapan untuk persoalan yang bermain dalam fikiran Roan ketika ini.

Seusai mengenakan pakaian rasmi combat The Hunter, Roan atur langkah keluar dari bilik lalu merentasi kawasan istana itu sehingga la dia tiba di dewan menghadap.

Sebaik saja Roan tiba di situ, tempat tersebut sudahpun dipenuhi dengan para pemburu yang lain. Masing-masing sedang berdiri dalam barisan yang lurus.

Detak tapak kasut Roan itu telah menarik perhatian lelaki yang sedang berdiri menghadap dua lagi lelaki yang lain. Lelaki itu palingkan kepala lantas tersenyum saat menyambut kehadiran Roan ke ruangan tersebut.

        "Kamu sudah tiba."sapa Vladimir Cusco kepada anak lelakinya itu.

Berdiri saja Roan di depan ayahnya, dia beri anggukan kecil sebagai tanda hormat dan berdiri rehat. Kedua-dua tangan berada di belakang badan.

         "Selamat pagi tuan."sapanya. "Maaf kerana lewat."

Lelaki berjambang hitam sekitar muka dan dagu itupun tarik senyuman senang. Jelas terpancar reaksi senang dan bangga semasa memandang Roan.

          "Jangan risau. Ayah tahu kamu penat berjaga semalaman memantau dan meronda sekeliling Nublar.."kata Vladimir. "Dan kalau bukan kerana kamu, kita tidak akan tahu mengenai pelantikan baru ketua puak Nublar dan tempat persembunyian puak Warlock..."ujar Vladimir.

Roan tidak beri sebarang reaksi. Dia hanya termenung memandang ke lantai marmar di bawah kakinya. Renungan kosong diberikannya.

             "Bagaimana keadaan kamu kebelakangan ini? Kamu masih alami mimpi yang sama dan mendengar suara dalam kepala kamu itu lagi?"

Soalan itu buatkan Roan menyentakkan kepala naik memandang ayahnya. Kening dia terangkat sedikit. Ya.
Sejak beberapa tempoh ini entah kenapa dia terasa seakan dirinya bukan dirinya. Dan telah dia ceritakannya kepada ayahnya.

Sejak kejadian tempoh hari,  sejak itu la Roan sering dikunjungi mimpi dan perasaan yang bukan miliknya. Suara dan rasa fizikal yang dirasai kerap mengganggu kehidupan hariannya.

         "Tidak tuan. Semuanya sudah kembali kepada normal."tipu Roan. Dia enggan di anggap lemah dan tidak layak di depan ayahnya itu.

Vladimir menarik senyuman berpuas hati mendengar jawapan itu.

           "Memandangkan semua pasukan telah bersedia. Malam ini kita akan serang tempat mereka adakan majlis pelantikan dan jamuan itu. Ayah pasti kita akan dapat tangkap ramai Outlanders..."Vladimir ramas bahu Roan dengan renungan bangga dan bernada gembira.

            "Baik tuan."angguk Roan dengan patuh serta merta.

Setelah itu, Vladimir mengangkat kepalanya ke depan ruangan itu. Melihat hampir 50 orang Hunter berdiri di situ dengan aura gelap tersendiri. Hanya sekali pandang saja dia dapat tahu bahawa malam ini adalah malam bertuah dia.

Deretan Hunter disitu membalas renungan Vladimir tanpa gentar.

            "Baik la...Hunter semua!"laung Vladimir memulakan ucapannya untuk misi mereka. "Sekarang masa untuk kita tangkap semua 'parasit' yang telah banyak melakukan kerosakkan alam di hutan kita hingga kita kehilangan banyak sumber makanan dan bekalan. Hapuskan mereka tanpa tinggalkan seorang pun. Sekiranya mereka terhapus, maka kita akan bebas dari kuasa tidak sihat dan aura negative mereka. Dan tempat ini akan segar dan hidup semula!Mari la!Jangan takut. Jangan gentar. Kekal maju kehadapan demi kita semua di sini"laungnya dengan begitu semangat.

Habis saja ucapan Vladimir, para Hunter mula hentak lembing dan senjata mereka ke permukaan lantai dan chanting kata-kata semangat serampah mereka hingga bergema ruangan itu akan pantulan suara mereka.

Antara ramai-ramai di situ, Raon seorang saja yang kelihatan tidak tertarik dengan ucapan ayahnya itu.

Hairan dia, kenapa ayahnya ini enggan mengakui bahawa punca kenapa Royal Wall semakin nazak dan tenat adalah kerana kawasan ini tidak berhubung dengan Hutan Magika di luar tembok sana.

Kalau tempat ini dihubungkan dengan hutan di luar sana, dia yakin kehidupan mereka tidak akan senazak dan terdesak sebegini.Apa yang ayah dia tahu adalah menyalahkan Outlander untuk apa yang telah terjadi terhadap mereka di sini.

         "Kamu semua boleh bersurai. Saya harapkan berita gembira dari kamu semua.."arah Vladimir setelah itu. Dia kerling ke Roan yang sedang termenung Bersama sisa senyuman di bibir. "Jangan risau Roan. Nasib rakan pasukan kamu yang hilang dua tahun lepas akan mendapat pembelaan yang sepatutnya. Kita akan hapuskan Outlander yang menyerang kamu pada hari itu."beritahunya.

Teguran itu sentakan Roan. Dia pandang wajah awet muda ayahnya dengan renungan kosong. "Baik ayah.."sambutnya dengan perlahan.

"Sudah pergi sana. Banggakan ayah nak,"ujar Vladimir sambil menepuk tepi lengan Roan memberi sokongan.

Tanpa berkata apa-apa, Roan berpaling membelakangkan Vladimir dan menyertai ahli kumpulan Hunter yang lain keluar dari ruangan tersebut.

         "So berapa target kau malam ni?"soal Drystan dekat sebelah.

Roan palingkan kepala. Dia pandang rakannya yang sudah mengenakan topeng di muka. Kening dia terangkat sedikit.

Bersama dengan Drystan sering kali buatkan dia teringat akan orang kanan dan juga rakan baik sejak kecilnya. Walaupun sudah dua tahun berlalu, dia masih tidak percaya yang kawannya itu sudah mati. Kalau benar rakannya telah mati, kenapa mayat dan rangka rakannya itu tidak pernah dia temui di dalam hutan tu.

            "Aku tak tahu...kau?"balas Roan selepas seketika berfikir.

            "Hmm...maybe lima atau tiga warlock?Lama dah aku tak makan kuasa dia orang.."ujar Drystan dengan bangga.

Roan yang dengar hampir buat muka. Tiba-tiba saja timbul perasaan jijik setiap dengar kata-kata rakannya itu. Dia kemudiannya pandang semula ke depan dan jalan berarak merentasi koridor itu sehingga keluar dari bangunan istana tersebut tanpa berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience