"Hah??"Roan ternganga. Tidak menjangka akan jawapan itu yang bakal di berikan oleh Leah. Dia fikir Leah akan mengelat atau cipta alasan ke apa ke!Sekali tu okay je?"Macam mana kau nak lakukan hal tu? Memangnya kau anak raja ke sampai boleh bagi tanah macam tu je!?"
Meledak ketawa Leah mendengar ayat terakhir itu, Dia lontarkan kepala ke belakang sambil bawa belakang tangan ke depan mula.
"Muhahahaha"baru tahu ke?Kelakar betul la Roan ni!Lelaki ni dah berkongsi kuasa dan minda dengan dia. Takkan la satu klu pun tak dapat?Apa ke bendul sangat ni jadi orang.
Melihat Leah ketawa begitu, ia buatkan Roan terdiam seketika kerana terpana sendiri dengan suara gelak Leah dan senyuman yang terukir di wajah itu. Satu perasaan hangat yang aneh menjalar di dalam dadanya ketika itu. Perasaan yang tidak pernah dia rasai selama ini.
"Kalau aku kata ya kau percaya tak?"balas Leah dengan sisa ketawanya.
"Jangan nak bergurau la...sedar-sedar la sikit diri tu Outlander..bukan sesiapa."
Leah menarik sengih mengejek lantas sandar ke dinding tembok Menara itu dan silangkan tangan ke dada.
"Kau setuju la ni ya?"langkah kanan betul la dia datang menemui Roan malam ni. Dengan adanya pasukan tambahan dari The Hunter, maka dengan mudah sekali dia dapat lakukan operasi serangan secara besar-besaran nanti.
Cepat dia selesai, cepat la peperangan ini akan berakhir.
Roan diam sambil memandang Leah buat seketika. Berkira-kira dalam kepala apakah keputusan yang dia patut berikan. Kalau dia bersetuju ayahnya marah tak agaknya?Kalau dia tak bersetuju marah ke Leah padanya nanti?
"Kau janji yang semua ni bukan perangkap dan peperangan ini akan berakhir?"tanya Roan inginkan kepastian .
Leah mengangguk-angguk kepala. "Yup.."
"Isy!Kenapa aku kena setuju semua ni?"soal Roan sekali lagi.
"Sebab aku adalah penyelamat kau?"balas Leah sambil kedip-kedipkan mata manja yang dibuat-buat.
Roan buat muka menyampah lantas menunjal dahi Leah dengan jari telunjuk dia. Gedik! "Hentikannya boleh tak!Kau ingat aku akan terpikat ke?"soalnya.
Leah ketawa lagi. "Kenapa? Tak comel ke?"
"Rasa nak tampar lagi ada la.." komen Roan dengan jelingan menyampahnya.
"Dah ah..aku nak blah. Hantar aku keluar dari Royal Wall ni sekarang." minta Leah sewaktu tolak dirinya dari bersandar pada tembok itu mula melangkah hendak bergerak.
Sambil palingkan kepala ke Leah, Roan capai tangan Leah dan dicengkam pergelangan tangan tu. "Stay..."dia pandang tangan Leah yang dicengkamnya itu. Tanpa sedar jari dia mengusap kulit tangan Leah perlahan-lahan.
Terus menahan nafas terkejut Leah bila imej flashback dari memori Roan muncul dalam kepala dia akibat dari skin contact itu. Bagai di rentap kuat akan urat sarafnya, dia terus jatuh melutut di situ dengan mata terpejam rapat.
Tangan Leah naik memegang kepala. Semuanya berputar laju seperti angin lalu. Kisah lama Roan sejak kecil sehingga segala perbuatan yang lelaki itu lakukan sepanjang hayatnya, di lihat oleh Leah secara paksa. Habis rahsia lelaki itu diketahui Leah.
"Leah.."panggil Roan yang ikut melutut di sebelah Leah dan menyambut tubuh itu.
Sesaat tangan Roan lepas dari menyentuh kulitnya, baru la Leah dapat buka mata sebaik semua imej itu lenyap.
Seakan baru terjaga dari mimpi ngeri, Leah bernafas dengan kencang lantas berpaling memandang muka itu dengan takut.
"Oh my god.."lafaz Leah dengan tergamam.
Kening Roan berkerut-kerut susah hati. "Kenapa?"tanya dia sambil pegang belakang badan Leah.
Sumpah senak dada dia sekarang ini. Di dalam flashback tadi, Leah dapat lihat akan latar belakang Roan yang sebenarnya. Siapakah lelaki ini dan asal usul Roan yang sebenar-benarnya.
Baru la segalanya masuk akal sekarang. Leah terus bersimpuh dekat situ dari melututnya kerana begitu tergamam. Tak mungkin! Dia ngesot hendak jauhkan diri dari Roan.
"Ada apa ni Leah?Kau okay tak?"tanya Roan dengan muka tak fahamnya.
Mahu tak mahu, Leah terpaksa mengangguk kepala dan cepat-cepat tenangkan diri. "Ah..aku okay."
"Mari...aku bawa kau ke bilik...mungkin sebab kau penat sangat ni.." ajak Roan.
Berasa tidak berdaya selepas melihat semua flashback tadi, Leah sikit pun tidak melawan atau menolak Roan. Dia hanya akur dan bangun dari situ lantas di pimpin pergi dengan Roan.
Share this novel