Syaitan Bayang

Vampire Completed 4861

Seminggu kemudian

Selepas pertemuan Leah dengan Jodan, Leah luangkan masa Bersama Moon untuk uruskan Puak Nublar yang majoritinya ialah manusia biasa. Dari penempatan hingga la perlindungan, Moon serta beberapa orang lagi kesatria rahsia dari Grendola berusaha untuk menyelesaikan isu keselamatan puak itu setelah puak warlock dikhabarkan telah pun larikan diri dan bersembunyi ke suatu tempat yang tidak diketahui dimana kedudukannya.

Serangan yang berlaku tempoh hari telah menyebabkan Puak Warlock begitu takut dan risau. Jadi demi menjaga kelangsungan puak mereka warlock tidak lagi berada di mana-mana pelosok hutan Nublar.

Sempat juga Leah cuba cari kelibat Carlos, tetapi sikit pun tak ada petunjuk tentang lelaki itu mahupun puak warlock sendiri. Disebabkan hal itu, sebahagian dari rancangan telah rosak. Elok saja dia hendak jayakan misinya dengan bantuan warlock, kini pilihannya semakin terhad.

Untuk itu, Leah terpaksa ubah pelannya kepada pelan yang lebih ektrem dan berbahaya!

         "Apa kau cakap?"

          "Yup?"

           "Kau serius atau main-main ni?"

           "Nampak aku tengah bergurau ke sekarang ni?"

            "Tapi-"

             "Ah...tak ada tapi-tapi dah. Aku tak nak dengar sebarang alasan. Apa aku tau kau bawa aku jumpa ketua puak vampire kau tu..."

             "Gila agaknya kau ni?Nanti kang dia tak lepaskan kau macam mana?Satu kerja lagi nak selamatkan kau! tak serik-serik kan kau jadi orang?"

Leah jeling Eros dengan muka tak puas hati. Vampire sekor ni agaknya memang tak sayang mulut ya?Cakap tu main lepas je!Selamba je nak label orang gila!

            "Kau tu kalau cakap tak ada yang menyenangkan hati bila dengar, tak payah cakap langsung la!"gerutu Leah.

Mereka berdua sekarang tengah duduk melepak di atas pokok malam itu.

Rutin biasa Leah mahu memburu syaitan bayang setelah menerima order dari Kirin lewat malam semalam. On the way hendak ke kawasan target, masa tu jugak la Eros nak munculkan diri. Nah...dari situ la Leah luahkan cadangannya mengenai idea hendak menemui ketua puak vampire bagi mendapatkan kerjasama dari lelaki itu bagi menjayakan misinya menghentikan peperangan antara puak di Nublar ini.

           "Mana taknya aku cakap macam tu....dah kau tiba-tiba je nak jumpa ketua vampire kenapa pulak?"

            "Adalah"

Giliran Eros pula yang menjeling ke Leah. Kebetulan ditepinya ada sebiji buah. Alang-alang tu, Eros pun petik la kemudian dia lemparkannya ke Leah!

PAK!

Tepat mengenai kepala tu.

            "Auw!"Leah tersentak. Cepat-cepat dia bawa tangan naik menggosok kepala. Siut betul! "What the hell!Kau dah kenapa!"desisnya dengan geram.

            "Kau tu...suka mintak tolong tapi tak pernah nak beritahu dengan jelas apa tujuannya. Siapa tak angin. Even dua tahun kita berkenalan sikit pun aku tak tahu siapa kau sebenarnya..."

Nak tahu siapa dia?Leah menarik sengih mengejek. Tak payah la buang masa nak tahu siapa dia. Tak bawa keuntungan pun. Siapa dia tak penting dekat sini! Pandangannya terarah di suatu tempat setelah Nampak kelibat makhluk yang dikehendakinya tidak jauh dari situ.

           "Kau nak tahu siapa aku?"Leah palingkan kepala ke sisi kiri sambil tersenyum penuh muslihat.

           Eros pandang Leah dengan kening berkerut. Dia pandang curiga akan reaksi Leah ketika itu. "Memangnya kau siapa?"soalnya.

Tidak menjawab soalan itu, Leah bangun dari duduknya di atas dahan pokok tempat mereka bertenggek sejak tadi. Sejurus itu dia gerak mengikat rambutnya ke belakang tinggi-tinggi.

           "Aku bukan la sesiapa. Tapi cukup untuk susukan seisi Nublar dekat sini"beritahunya sambil tu.

Pergerakkan Leah diperhatikan oleh Eros dengan teliti. Matanya bergerak sama setiap kali Leah bergerak. Dari dulu lagi dia hairan sebenarnya.

Sejak awal perkenalan lagi. Persoalan pertama yang timbul adalah, Leah berasal dari puak manusia biasa. Tapi bagaimana Leah boleh memiliki kuasa tahap hanya kesatria diraja saja boleh dimiliki. Persoalan kedua, rupa paras Leah terlalu mahal untuk menjadi orang kebiasaanya. Sesiapa saja yang pandang boleh tahu Leah bukan seorang manusia biasa yang common.

Tapi Eros tidak pernah menyuarakan persoalannya itu sebab tidak mahu Leah berasa rimas dengan dia. Dia sukakan Leah dan mahu berdamping dengan gadis itu walaupun kadang-kadang dia tak boleh nak kawal naluri vampirenya. Sekurang-kurangnya Leah ada di sisinya dalam satu hari itu. Kerana itu Eros tidak pernah mempersoalkan Leah.

            "Kau dah nak tangkap dia orang ke?"tanya Eros sambil berdiri di atas dahan dan tunduk memandang ke satu arah yang sama dimana Leah pandang tadi. menggunakan kemampuan vampire, dari jauh lagi dia boleh nampak dan hidu bau musuhnya itu.

            Leah tersengih lalu memandang Eros dengan renungan menggodanya. "Asal?Kau nak join sekali ke?"tanya dia.

            Seperti orang mengantuk yang disorong bantal, Eros terus tersenyum handsome dan pandang Leah dengan penuh maksud. "Apa aku dapat kalau aku tolong kau tangkap dia orang?"tanya dia.

Ugh!Pantang betul!Leah menjuling mata sambil tersengih menyampah.

              "Fine...aku tangkapkan dia orang untuk kau..upahnya kau tahu sendiri.."

              "Ada je kau kan?"Leah mengeleng kepala sambil menggeleng kepala.

Tanya berlengah Eros terus melompat dari situ terlebih dahulu. Lantas Leah menyusul kemudiannya dari belakang.

Tiga makhluk berbulu hitam setinggi lelaki dewasa dengan dua pasang telinga caplang berdiri di tepi sebuah pokok ajaib. Mereka sedang enak menyerap teras kuasa dari pokok ketika itu. Sewaktu mereka sedut cahaya putih keluar dari pokok itu lantas menyerap masuk ke dalam tubuh mereka.

Di saat mereka sedang asyik 'menjamu' selera, ketika itu la Leah mendarat tepat dari belakang satu daripada mereka. Berdiri saja Leah di situ, gadis tersebut sondongkan sikit kepala ke depan da menyergah.

          "BAH!"

Tiga syaitan bayang itu apalagi, tersentak la mereka. Masing-masing pusingkan badan menghadap Leah. Setelah mereka terpandang Leah, mereka terus menyeringai bengis menayang gigi tajam dan mimic muka hodong masing-masing.

Leah yang sudah biasa melihat bentuk asal syaitan bayang sikit pun tidak gentar mahupun terkutik untuk rasa ngeri apatah lagi takut. Dia sudah lali dengan semua ini.

             "Sorry ganggu kau orang makan...tapi aku ada kerja yang perlu di selesaikan...apakata kita selesaikannya secepat mungkin?"cadangnya dengan mesra.

             "Skrraaaa!"nganga makhluk-makhluk itu dengan ngeri sekali.

              Hanya satu libasan saja, Leah dengan bergaya sekali mengeluarkan dua bilah pedang melalui kedua-dua tangan dengan serentak dan cahaya petir biru mengalir pada bilah pedang itu. "Shall we start then?"tanya dia.

Di saat tiga makhluk iut mendekati Leah, pada masa itu la Eros munculkan diri di balik bahu Leah dengan mata vampire dia. Dia berdiri melangit di belakang Leah dengan yakin.

            "Well...well...nampaknya kawan kita ni tak cukup makan lah" sindirnya dengan bersahaja.

Mungkin kerana marah dan terkejut, syaitan bayang di situ terundur sedikit ke belakang kerana tidak menjangka kemunculan vampire di situ. Mereka tak tahu yang puak manusia dan puak vampire bekerjsama.

Leah gunakan peluang itu untuk menyerang mereka. Dia libas kedua-dua pedangnya dengan serentak ke hadapan dengan sepenuh hati!

Time to hunt!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience