Sedar.

Vampire Completed 4861

Sambil tersenyum seperti baru berjumpa dengan cinta hati, dia pandang wajah indah milik bondanya yang sedang tekun menenun kain. Sejuk mata memandang, cantik buat tatapan. Bertuah rasanya kerana dikurniakan seorang ibu sebaik bondanya ini.

         "Bonda..."panggilnya.

         "Ya.."balas bondanya tanpa memandang dirinya.

         "Apa yang ada di luar sana?"soal dia. sewaktu baring meniarap di atas permaidani sambil menopang kedua-dua tangan di bawah dagu.

         "Kehidupan lain."

        "Kenapa anakanda tak boleh keluar dari sini?Ayahanda selalu marah kalau anakanda cuba keluar dari sini..."tanya dia lagi.

          Masa inilah bondanya berpaling.Memandang dirinya dengan senyuman menampakkan barisan gigi. "Sebab dekat luar sana tidak selamat untuk anakanda. Kamu tahu...hendak melindungi itu lebih sukar dari menyakiti"

         "Apa maksud bonda?"

        "Kamu tahu...kenapa ayahanda kamu selalu buat kamu menangis dan marahkan kamu sekiranya kamu cuba keluar dari sini?"

        "Tak tahu"

        "Sebab dia hendak lindungi kamu...dia tahu kamu akan bersedih sekiranya dia kokong dan melarang kamu dari keluar sana...tapi kalau itu boleh buat kamu selamat..ayahanda kamu sanggup membiarkan kamu membencikan dirinya...."jelas bondanya dengan lemah lembut.

End of flashbacks

Seperti baru disimbah dengan ais sejuk keseluruh badan, dengan mengejut dia membuka mata dan bangun dari perbaringan Bersama deru nafas kencang lepas dari mulutnya.

           "Roan!"panggil ayahnya yang kemudian muncul di sisi birai katil. "Kamu dah sedar?"

            Terpinga-pinga bingung, Roan palingkan kepalanya ke tepi lalu bertemu muka dengan ayahnya yang kelihatan begitu cemas dan risau. "Apa yang dah berlaku?"tanya dia sebelum menelan air liur hendak membasahkan tekaknya yang terasa kering ketika itu.

           Vladimir pandang lega akan Roan taktala melihat anak lelakinya sudah baik semula. Kulit badan ini tidak lagi pucat seperti sebelumnya. "Sesuatu telah terjadi pada kamu sewaktu kamu serang puak warlock beberapa hari yang lepas...kamu muntah darah dan tidak sedarkan diri untuk beberapa hari ni.."beritahunya.

            "Tak sedarkan diri?"tanya Roan. "Memangnya Roan cedera ke?"tak ingat pulak dia apa yang telah terjadi. Perkara terakhir yang dia ingat hanya rasa sakit dan suara yang muncul dalam kepalanya sepanjang masa dia tidak sedarkan diri.

             "Kamu tak cedera."Vladimir menggeleng kepala. "Tapi kamu berkelakuan seperti orang cedera parah...ayah tak tahu apa yang telah menyebabkan kamu jatuh sakit...tapi tak mengapa la...syukur la kamu sudah stabil"

Roan yang dengar terus mengerling kesekeliling biliknya. Seakan mencari sesuatu. Dia tidak tahu kenapa, tapi sesuatu terdetik di dalam hatinya beritahu supaya dia bangun dan keluar dari situ.

            "Mana Drystan...dia tak apa-apa ke?"tanya dia semasa pandang ke ayahnya semula.

             Bibir Vladimir terketap nipis lalu lelaki itu mengangguk kepala. "Dia tak apa-apa yang mana buatkan ayah semakin marah padanya."

              "Kenapa?"Roan semakin kebingungan. Dia cuba ingatkan apa yang berlaku pada malam kejadian.

               "Mana taknya ayah marah. Dia patutnya jaga kamu..ini tidak biarkan kamu yang sakit...mujur la ada hunter lain yang sempat dapatkan kamu pada malam itu.."kata Vladimir bernada jengkel.

Masa ini la Roan teringat. Imej dimana Drystan di tahan dengan seorang gadis yang mengancam mahu mencederakan Drystan. Tapi sebaliknya gadis itu yang ditikam. Yang anehnya selepas gadis itu ditikam dia yang rasa sakit tu. Sementara gadis itu masih lagi teguh berdiri. Apa yang buatkan dia terkejut adalah, suara yang dia dengar dalam kepala pada malam itu persis seperti suara gadis yang menawan Drystan pada malam itu.

Ketika Roan asyik termenung, Vladimir bangun dari katil dan berdiri tegak menghadap anak lelakinya.

             "Kamu berehat lah dulu kalau begitu. Ayah keluar sebentar. Akan ada tabib yang datang memeriksa kamu. Sementara itu jangan fikirkan apa-apa. Rehat secukupnya sehingga kamu stabil."pesannya sebelum memberi tepukan pada bilah bahu Roan.

               "Okay.."balas Roan dengan nada termenungnya. Dia tidak memerhati pemergian ayahnya keluar dari situ, sebaliknya dia pandang akan hujung kakinya yang berselimut dengan kening berkerut. Sesuatu tidak beres di sini.

Ada yang tidak kena tentang dirinya!

Dia perlu cari gadis tu!

Ada sesuatu yang dia perlu tahu!

Seperti tiada apa-apa yang menimpa dirinya, Roan gerak turun dari katil. Pijak sahaja kakinya ke lantai, pada masa itu la pintu bilik terbuka. Drystan berjalan masuk ke dalam dengan muka segar bertenaga dan selambanya.

             "Kau dah sedar.."lafaz Drystan dengan bersemangat. Terkejut tetapi gembira. "Nak ke mana pulak ni?"dia perasan akan Roan yang sedang kenakan pakaian ke badan dalam keadaan tergesa-gesa.

              "Keluar."beritahu Roan sambil tu.

               "Ke mana?"Drystan mendekati Roan dengan kening berkerut tidak faham. "Kau baru je sedar. Takkan la nak keluar..ayah kau marahkan aku lagi nanti.."

Selesai menarik zip seluar, Roan berdiri tegak memandang Drystan.

               Drystan apalagi, terkebil-kebil la mata bila lelaki berwajah pucat baru sedar dari sakit memandang dia seperti dia tertangkap buat salah. "Kenapa?"tanya dia.

                "Aku nak ke Hutan Nublar semula...aku perlu cari gadis tu." beritahu Roan dengan nekad. Dia tak tahu kenapa. Tapi hatinya membuak-buak mahu menemui gadis itu.

Air muka cuak Drystan berubah serta merta. Dia pandang tidak berkedip ke Roan apabila menyedari gadis yang dimaksukan oleh Drystan adalah Leah. Takkan la Roan dah syak sesuatu!

                 "Buat apa?"

                "Aku tak tahu...apa aku tahu. Aku kena cari dia..so..kau ikut atau stay?"Roan menyarung jaket ke badan yang bert-shirt hitamnya.

Diam-diam Drystan mengetap gigi. Dia berbelah bahagi sama ada mahu menceritakan hal yang dia dapat tahu melalui Eros dan Kirin selepas mereka berdua berkongsi cerita kepadanya sebaik sembuhkan Leah.

Percaya?Dia tak pasti. Tapi apa gunanya mereka reka cerita. Bukannya bagi apa-apa faedah terhadap dia kan? Jadi Drystan ambil keputusan untuk terima semua penjelasan yang Leah sendiri beritahu kepada dia. Cerita dimana Leah yang selamatkan Roan dan berikan peluang kedua kepada Eros serta Kirin. Rahsia peperangan yang selama ini berpunca kerana syaitan bayang. Segalanya sudah diketahui oleh Drystan.

Dan kini Drystan dalam dilemma. Dia tidak tahu pada siapa dia mahu berpihak dengan!

              "Fine...aku temankan kau. Tapi bukan sekarang. Badan kau masih lemah. Kau perlukan rehat yang secukupnya"akur Drystan sambil tolak Roan supaya duduk ke katil.

               "Tapi aku-"

               "Aku tahu...tapi bukan sekarang. Dengar cakap aku. Atau ayah kau akan naik angin dekat aku lagi."pintas Drystan yang tidak memberi peluang kepada Roan untuk bersuara.

Roan yang dengar hanya mampu membuat muka kesal bengangnya. mahu tak mahu dia terpaksa mengalah. Sebab dia sendiri pun masih terasa letih dan sengal-sengal di seluruh badan. Kalau dia keluar sekarang, sama ertinya dia cuba menempah maut!

Masalahnya, dia nak sangat keluar dari sini sekarang jugak!

Ugh!

Berasa rimas dengan perasaan aneh yang menjalar dalam dirinya, Roan dengan kasar tumbangkan badan ke katil.

Sementara Drystan yang berdiri disitu pandang Roan buat seketika sebelum kembali keluar dari bilik tidur itu. Sambil dia berjalan merentasi koridor di situ, matanya melirik ke sekeliling dengan curiga. Ingin pastikan apa yang diberitahu oleh Eros tempoh hari benar atau tidak!

Kata Eros, di dalam kawasan Royal Wall ini tersembunyinya syaitan bayang. Makhluk yang boleh berubah bentuk dan menjadi sesiapa sahaja! Kata Eros lagi, kerana makhluk ini juga la menjadi punca kenapa kehidupan di dalam Royal Wall semakin hari semakin murung. Tidak seperti dahulu.

Rupa-rupanya ada parasit yang menumpang kesenangan dalam kesempitan secara sembunyi!

Untuk itu dia perlu berhati-hati agar rahsia yang dia tahu ini tidak ketahuan oleh sesiapa!Khuatir sekiranya syaitan bayang yang menyamar dalam Royal Wall ini cuba larikan diri.

Kini Drystan faham.

Bahawa selama ini The Hunter telah menjadi boneka buat syaitan bayang buat mengaburi kerja jahat yang dilakukan mereka yang sering menyerang dan mencetuskan peperangan di atas puak di luar Royal Wall. Hingga menyebabkan berlakunya salah faham antara mereka semua!

Kini peperangan antara puak bakal di ubah menjadi peperangan antara syaitan bayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience