Devil And Demon

Vampire Completed 4861

500 tahun yang lalu

Sebelum terciptanya Nublar, terdapat sebuah masyarakat yang digelar sebagai Asuras. Mereka terbahagi kepada dua bangsa. Iaitu Royal Wall dan Outlanders. Pada awalnya mereka hidup aman,namun tidak lama.

Dari hari demi hari dua bangsa ini mula berubah, mereka menjadi tamak akan tanah Nublar. Masing-masing nak menang sendiri.

Royal Wall terlebih dahulu beri cadangan untuk membahagikan tanah Bersama dengan Outlanders. Tetapi Outlanders enggan bertolak ansur. Mereka cadang bahawa Nublar sepatutnya jadi milik mereka.

Enggan bertekak, Royal Wall Tarik diri lantas bina tembok yang membahagikan tanah mereka di antara Outlanders.

Tindakan itu telah mencetus kemarahan Bangsa Outlanders. Pemimpin Outlanders yang ketika itu adalah seorang warlock telah menyerang dan melumpuhkan Royal Wall dengan hasil kerjasama Outlanders.

Seperti tiada penghujungnya setiap penghuni yang terdiri daripada devil dan demon telah dibunuh dan dihapuskan oleh Puak Outlander yang terdiri daripada vampire, werewolf, warlock dan manusia.

Bersama-sama mereka tindas Puak Royal Wall. Tidak kiralah siapa, kanak-kanak atau wanita tidak bersalah dihapuskan oleh mereka hingga berubah menjadi debu halus.

Ramai devil dan demon telah terkorban kerana serangan itu. Namun begitu ada yang bersisa ekoran peperangan itu. Iaitu anak kepada demon sendiri. Menjadi kanak-kanak kecil tidak berdaya, dia hanya duduk di tengah kekecohan di situ sambil menangis dalam keadaan bingung. Tidak faham apa yang berlaku.

Dari situ la Bangsa Royal Wall yang terselamat dari serangan tersebut telah pun mengangkat sumpah untuk menyusahkan kehidupan Outlanders berkurun-kurun lamanya. Dari devil dan demon sahaja, mereka turut jadikan elf dan manusia magika sebagai sekutu mereka.

Dan sejak itu la Royal Wall sentiasa cuba mencari alasan untuk menyusahkan kehidupan Outlander. Mereka mahu membalas dendam keturunan Outlander yang telah menyakiti mereka semua kerana alasan ketamakan mereka!

Termasuklah, keluarkan syaitan bayang dari neraka naik ke bumi untuk menyebarkan kejahatan di luar tembok keselamatan mereka. Semuanya berpunca dari Bangsa Royal Wall sejak moyang lagi. Hinggakan syaitan bayang di situ beranak pinak dan menyebarkan kejahatan fitnah mereka ke serata Nublar. Dan tujuan Utama mereka hanya satu. Iaitu menyusahkan semua kehidupan Outlander di tanah Nublar itu.

Dan semua kejadian itu berlanjutan sehingga la kemudian hari.

Sambil menghadap jendela, Roan berdiri di situ dengan skrol di tangan. Dia sedang tunduk membaca isi kandungan skrol itu sejak tadi. Bersama renungan dingin, dia teliti setiap butiran yang ditulis dalam Bahasa elf itu.

Isi kandungan skrol itu merupakan sejarah silam milik keluarganya sejak beratus tahunnya. Segala kisah serta memori yang menjadi rahsia kenapa peperangan antara puak terjadi di Nublar.

Dari Alasan kenapa Puak Royal Wall begitu bencikan Outlanders sehingga la punca kenapa Syaitan Bayang menyerang Nublar.

Sebenarnya semuanya telah dirancang dari awal.

Segalanya hanya bertujuan hendak buatkan semua puak di sini saling bercakaran sesama mereka.

Tapi itulah, bukan semua rancangan akan berjalan seperti yang dimahukan.

Asalnya Syaitan Bayang diarahkan untuk menyamar dan sakiti puak lain supaya berlakunya salah faham sahaja. Tapi lain pulak yang terjadi.

Siapa sangka senjata akan makan tuannya sendiri?

Adakala apa yang dirancang boleh lari dari rancangan sebenar!

Dan cara untuk hentikan semua ini adalah hanya kematian sahaja.

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan pintu kedengaran. Menyentak lamunan Roan di situ.

          "Roan.."panggil Drystan di depan pintu itu.

          "Hm."balas Roan tanpa mengalihkan mata dia dari catatan di skrol itu. Hanya satu perkataan saja yang dia tenungkan sejak tadi. iaitu 'MATI'.

          "Dia orang dah sampai.." beritahu Drystan.

          Baru la Roan palingkan kepala ke balik bahunya. Tangannya jatuh ke sisi. "Semuanya?"tanya dia.

           Drystan mengangguk kepala. "Ha'ah."

           Lantas Roan berpaling, dia letakkan skrol tadi di atas meja kerja. "Ayah aku?"tanya dia sewaktu capai jaket dari kerusi lalu di sarungkan ke badan.

           "Ada sekali.."perhati Drystan ke Roan sewaktu rakannya gerak menghampiri pintu menuju ke arahnya. "Boleh aku tahu untuk apa meeting mengejut ni diadakan?"tanya dia setelah itu.

Roan keluar dari ruangan bacaannya itu terus ke koridor. Kaki Panjang dia melangkah luas merentasi koridor tersebut.

           "Leah beritahu aku something malam tadi.." katanya.

            Drystan dekat sebelah sedaya upaya mahu menyaingi langkah Roan. "Tentang apa?"

Sekalipun Leah adalah penyelamat dia, tidak semestinya Roan akan mengalah dan biarkan semua hal itu berlaku.

            "Leah ajak aku untuk bersekutu dengan dia bagi menghapuskan Syaitan Bayang.."Roan palingkan kepala memandang Drystan. "Outlanders akan berkerjasama semula. Mereka akan sama-sama menentang syaitan bayang yang dikatakan punca peperangan ini berlaku.."kata dia.

              Terbuka luas mata Drystan selepas mendengarnya. "Apa dia?" tanya dia semula.

Roan kembali memandang ke depan apabila mereka berdua mula menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

Selama ini semua ahli puak Royal Wall tahu kewujudan Syaitan Bayang. Jadi mereka langsung tak kisah apa yang terjadi di luar sana kerana tembok batu perlindungan ini akan lindungi mereka. Selain puak Royal Wall tiada siapa tahu mengenai syaitan bayang mereka.

           "Rasanya Eros dan Kirin tak ceritakan hal sebenar bahawasanya syaitan bayang bekerja dibawah Royal Wall pada Leah memandangkan Leah telah berjaya satukan empat puak tu menjadi satu bangsa semula semata hendak hapuskan Puak Syaitan Bayang. Jadi sebelum hal tu terjadi kita kena halang gabungan tu dari berlaku..."beritahunya.

Tercengang Drystan bila mendengar makluman itu. Dia terus berhenti dari melangkah menuruni anak tangga di situ. Bergabung?Pandangnya ke Roan dengan tergamam. Sekali lagi?

Apabila Roan perasan Drystan berhenti, dia pun ikut berhenti di bawah anak tangga itu. Drystan yang masih berada di puncak anak tangga di pandangnya dengan kening berkerut tak faham.

           "Kenapa?"soalnya.

Buat seketika mata Drystan gerak ke kanan dan kiri seakan memikirkan sesuatu. Cuba memahami situasi yang sedang berlaku ketika itu. Dia hairan bagaimana Leah yang merupakan ahli Puak Nublar iaitu puak manusia biasa boleh lakukan hal sebesar ini?Sendirian?Tak masuk akal betul.

             "Kau tak rasa pelik ke dengan semua ni?"soal Drystan bila dia menyedari sesuatu. Perlahan-lahan dia gerak memandang Roan. "Kalau Leah seorang manusia biasa, dari mana dia dapat kuasa untuk sembuhkan kau dan selamatkan Eros serta Kirin?Paling mencurigakan adalah...kenapa Leah beria nak tamatkan peperangan ni?Siapa dia?Kuasa apa yang dia miliki?Kau tak pernah terfikir ke tentang hal tu?"

Roan yang dengar memandang Drystan dengan renungan dalam. Ya tak ya. Kenapa baru sekarang dia terfikir?Dia cuba proses semua maklumat itu dengan teliti. Hendak menyambung semua titik-titik yang digambarkan oleh Drystan ketika itu. Beberapa saat berlalu dan masa itu la realiti menyentak fikiran Roan. Bersama nafas tertahan, dia pandang akan Drystan dengan kening terangkat tinggi.

          "Sebab dia bukan orang Nublar?" jawab Roan dengan muka tertanya-tanya.

             Drystan ketap gigi dengan erat. "Mungkin. Jangan dia tahu siapa kau yang sebenarnya sudah. Kalau hal tu terjadi, masalah besar nanti."ujarnya dengan perlahan.

             "Kalau dia bukan orang Nublar atau ahli sihir atau warlock?Siapa dia?"Roan buat muka bengang! Kalau Leah tahu siapa dia sebenarnya, pasti keadaan jadi semakin rumit!

             "Itu yang kau kena cari tahu.kau orang berdua kan ada bonding? Kenapa kau tak cuba masuk fikiran dia ke apa ke?"aju Drystan.

              Cakap macam senang je. Roan termenung memandang ke satu. arah. Berfikir sejenak dia buat seketika. "Kalau dia tak block aku..mungkin boleh.."ujarnya.

                "Kita ada masa lagi, kau boleh lengahkan Leah dari dia buat serangan.."

                Roan pandang Drystan berkerut kening. "Macam mana?" tanya dia dengan muka tak suka. Macam-macam la!

                Drystan menjungkit bahu tanda tak tahu."Mana aku tahu..pandai-pandai kau la. Kalau kau tak nak dia perangi Syaitan Bayang a.k.a Royal Wall, kau kena ambik hati dia...buatkan dia berpihak pada kau.."

               Mendengar kata-kata itu, Roan terdiam memandang Drystan. Kawan dia ni laju je kalau bab mengenakan orang!Geliga sungguh. "Pikat?"tanya dia sendiri. Mahu ke Leah jatuh hati pada dia nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience