Penipuan Demi Menutup Penipuan

Vampire Completed 4861

Flashbacks

Dua tahun yang lalu..

Sepulangnya dia dari menghantar Roan di sempadan Royal Wall, destinasinya diatur terus ke tapak ahli sihir vampire dan puak werewolf. Dia hantar baki hunter yang terkorban dek serangan pada hari itu pula. Memberi rawatan kepada mereka untuk kegunaannya nanti di suatu masa kelak!

Setelah itu terus dia atur langkah ke tempat dimana si pelaku kejadian sebenar. Orang yang bertanggungjawab di atas serangan yang telah terjadi.

           "Carlos!"panggil Leah sewaktu dia serbu masuk ke dalam bilik tidur lelaki itu. Dan perkara pertama yang menyapa dia adalah lelaki itu di atas katil Bersama dengan dua orang wanita werewolf! Wtf!

Kelam kabut Carlos bangun dari perbaringan dan capai selimut untuk tutup badannya yang terdedah. Sementara dua wanita werewolf disitu sikit pun tidak peduli untuk tutup apa yang patut.

              Dasar lelaki tak guna! "Keluar!"arah Leah kepada dua wanita di situ dengan mata menjegil bulat.

Dua orang wanita werewolf itu saling memandang Carlos. Setelah lelaki itu mengangguk kepala beri keizinan baru la mereka berdua turun dari katil dan keluar dari bilik tersebut.

Leah menjeling ke arah mereka berdua sewaktu mereka jalan melewatinya. Jijik!

          "Leah...aku boleh jelaskannya.." Carlos kalut ngesot hendak turun dari katil itu.

Leah yang berdiri di depan katil itu sudah mengepal penumbuk dan menggengam erat jari jemarinya.

        "Kau diam!"tengking Leah sekuat hati. "Apa kau dah buat!Aku beritahu kau supaya jangan usik hunter tu kan?yang kau dedahkan lokasi mereka pada pasukan werewolf kenapa!"soal dia dengan marah.

          Carlos menjungkit kening terkejut. "Huh?Apa kau cakapkan ni?"

Leah berarak jalan mendekati Carlos lantas dia cengkam batang leher lelaki itu dan tarik lelaki itu bangun dari katil tersebut dengan paksa.

              "Lima orang hunter telah diserang di tengah hutan berdekatan dengan kawasan Puak Nublar...cedera parah dan mati!Kau rasa?Selain aku dan kau siapa je yang tahu akan lokasi hunter tu?"deramnya di depan muka Carlos.

           "Dekat dengan kawasan Puak Nublar?Kenapa dia orang serang hunter dekat situ?"soal Carlos dengan kening berkerut menahan sakit.

            Bodoh!"Sebab Puak Werewolf nak fitnah Puak Nublar la..apa lagi!Kalau tidak mananya semua hunter tu di serang dekat situ!"bentak Leah di depan muka itu sambil menguatkan cengkaman pada leher itu.

           Carlos berkerut-kerut kening menahan sakit di lehernya ketika itu. "Please...aku tak boleh bernafas.." tepuk dia pada tangan yang berada di leher dia ketika itu.

Sambil membuat muka bengis, Leah lepaskan Carlos dan campak lelaki itu jatuh semula ke atas katil.

            "Kau tahu tak disebabkan kau, aku dah selamatkan anak lelaki Vladimir dan rakan-rakan dia mati dek serangan tu?Dan sekarang kau susahkan aku untuk cipta cerita dan jelaskan semua situasi ni nanti!Kita nak halang peperangan bukan cipta peperangan Carlos!"marah Leah.

           "Aku terpaksa okay. Kalau aku tak beritahu puak werewolf, dia orang ugut akan sakiti ahli puak aku yang lain...kau sendiri tahu kan isu puak warlock dengan werewolf macam mana...salah hunter-hunter tu la sebab cari pasal dengan Puak Werewolf.."

SLAP!

Satu tamparan hinggap di pipi kanan Carlos.

           "Kau dah kenapa!"bentak Carlos setelah itu sambil memegang pipinya yang sakit di tampar. "Apa masalahnya? Kan lagi bagus kalau macam tu?Hunter-hunter tu patut mati pun!"

            Masih tidak berpuas hati dengan apa yang di dengarnya., Leah mengerang kejengkelan."Kita semua akan susah!Kau tak faham ke!Dan sekarang aku kena tipu dia orang dengan mengatakan yang syaitan bayang yang serang mereka bukan werewolf sebenar!"

Carlos kemudiannya berdiri tegak. Menayang badan tidak berbajunya di depan Leah dengan megah.

          "Kenapa?Sebab kau masih peduli pasal aku?Sebab itu kau tak beritahu hal sebenar dekat dia orang?"

Leah buat muka, dia berdengus mengejek sebelum ketap gigi kebengangan. Ke situ pulak yang difikirkan Carlos!

Lelaki ni sedar tidak apa yang sebenarnya dah berlaku?

Carlos telah menyebabkan rancangan dia rosak. Bukan ini sepatutnya berlaku!Dan sekarang dia terpaksa berkongsi kuasa dengan anak lelaki Vladimir. Pemimpin Royal Wall sendiri. Dan itu bermakna dia perlu ubah rencananya semula untuk pastikan segalanya tidak terdedah! Sekarang dia perlu bazirkan masa untuk pulihkan diri semata kejadian ni!

           "Leah!"panggil Carlos dekat belakang.

End of flashbacks

Bersama renungan dinginnya Leah memerhatikan belakang badan Eros yang sedang berjalan paling hadapan dari dia di situ. Sekarang mereka dalam perjalanan untuk mendapatkan Puak Warlock yang telah menyembunyikan diri cukup lama sejak kejadian yang berlaku tempoh hari.

Bersama dengan Eros serta Kirin dan Moon, mereka berempat jalan dalam dua barisan secara berdua-dua. Leah di belakang bersama Moon, sementara Eros dengan Kirin di sisi. Mereka sama-sama bergerak pada petang itu untuk ke lokasi keberadaan Carlos dan puak lelaki itu.

Perjalanan mereka berakhir selepas 20 minit berjalan. Kirin terlebih dahulu yang berhenti di hadapan sebuah pokok gergasi di situ. Dia pusing menghadap Leah.

          "Ini dia.."tunjuk Kirin pada pokok itu.

            Eros turut menghadap Leah. "Di balik pokok ni tersembunyi pintu rahsia yang membawa kau ke Puak Warlock."beritahu dia juga.

Moon mengerling ke Leah secara sembunyi. Dia diam tidak berkata apa-apa. Menunggu isyarat dari ketuanya itu.

Leah pun pandang akan dua orang itu dengan dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience